Selasa, 26 Julai 2011

berjuang habis-habisan

SKUAD bola sepak kebangsaan sudah dianggap terlalu sinonim mengharungi perjalanan sukar untuk meraih sesuatu kejayaan.

Pertamanya, pada Sukan SEA 2009 di Laos, kekala- han 1-3 kepada Vietnam pada aksi peringkat kumpu- lan menyebabkan peluang untuk ke separuh akhir hampir tertutup kecuali perlu menewaskan Thailand.

Ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Arthit Sunthorn- pit, Malaysia nyaris tersingkir sebelum mendapat dua gol lewat menerusi Mohd. Nasriq Baharom pada minit ke-81 dan Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan.

Malaysia akhirnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam 1-0 di final setelah terlebih dahulu menyingkirkan Laos 3-1 pada peringkat separuh akhir.

Keduanya, pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Malaysia berjaya menamatkan kemarau 32 tahun gagal ke pusingan kedua biarpun pada aksi terakhir peringkat kumpulan tewas 0-3 kepada China.

Aksi itu penuh kontroversi apabila pengadil dari Australia, Ben Williams melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Hasrat mencipta satu lagi sejarah mara ke suku akhir bagaimanapun tidak kesampaian apabila Malaysia tewas 1-3 kepada Iran akibat kepincangan tiga tonggak utama yang digantung itu.

Ketiganya, pada Piala Suzuki AFF 2010, Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung peringkat kumpulan. Ini menyebabkan skuad Harimau Malaya terpaksa bergantung harap kepada Indonesia pada aksi terakhir.

Mujur Indonesia menewaskan Thailand 2-1. mana- kala Malaysia membelasah Laos 5-1, sekali gus berjaya mara ke separuh akhir dan akhirnya muncul juara setelah menumbangkan Indonesia dengan agregat 4-2 di final.

Kini situasi dan skrip sama berulang lagi apabila peluang Malaysia untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 belum terjamin setelah tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

"Kami akan turun ke padang (esok) dengan menta- liti untuk menang bagi melayakkan diri ke pusingan ketiga.

"Para pemain telah membuktikan dalam situasi seperti ini sebelum ini yang mana mereka akhirnya berjaya juga bangkit dengan baik dan seterusnya mencipta kejayaan.

"Cuma saya harap mereka jangan hilang fokus meskipun berjaya mendahului.

"Saya tuntut fokus mereka melebihi daripada 90 minit permainan," kata jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi semalam.

info:kosmo

harimau muda langkah kanan

Result 1st game di Slovakia awal pagi tadi: Moldava 0-1 Malaysia B-22. Gol Wan Zack Haikal (m47).. Tahniah Harimau Muda!

Jangan ulang lagi – Rajagobal

Berita & Informasi BolaSepak: Jangan ulang lagi – Rajagobal: "SINGAPURA – Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mahu benteng pertahanan tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilapan mudah sehingga dibo..."

Rajagobal Jadi Penjaga Gol?

Berita & Informasi BolaSepak: Rajagobal Jadi Penjaga Gol?: "  25 JULAI – Ekoran berang dengan kekalahan 3-5 kepada Singapura, Datuk K Rajagopal mengambil langkah drastik dengan menyenaraikan dirinya ..."

Khamis, 21 Julai 2011

Pilihan malaysia kembalikan maruah negara

SKUAD pilihan Malaysia berjaya mengembalikan maruah negara yang tercalar selepas dipersenda dua gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Liverpool yang mencatatkan kemenangan besar ke atas skuad utama negara minggu lalu.

Walaupun tewas kepada satu lagi kelab terbaik dunia, Chelsea dengan keputusan 0-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, itu sudah cukup untuk memuaskan hati 84,980 pminat yang hadir memberikan sokongan.


Blues nyata terpaksa berhempas pulas apabila perlu menunggu hingga minit ke-78 sebelum penyerang berbisanya, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol gantian, Mohd Izham Tarmizi.

Ia berpunca daripada kesilapan Mohd Izham yang gagal menampan kemas sepakan terbabit sebelum melantun ke dalam gol selepas terkena bahagian belakangnya dan disahkan masuk oleh pengadil perlawanan, Mohd Subkiddin Mohd Salleh walaupun terdapat bantahan dari pemain Malaysia yang mengatakan bola itu belum melintasi garisan gol.


Jurulatih pilihan Malaysia, Ong Kim Swee nyata gembira dengan menganggapnya sebagai satu perlawanan yang biasa diharungi barisan pemain Olimpik negara.


“Kami sebenarnya bermain tanpa tekanan kerana sembilan pemain senior yang beraksi sejak permulaan berjaya mengelakkan sebarang gol dihasilkan lawan.

“Malah keyakinan itu memberi impak kepada pemain Olimpik negara pada separuh masa kedua yang percaya dapat melakukan kejutan namun lawan yang berjaya menjaringkan gol. Namun saya juga terpaksa melihat kembali jaringan itu sama ada sudah masuk atau sebaliknya,” kata jurulatih Olimpik negara itu.

Selasa, 19 Julai 2011

perancangan ong kim swee

SAMA seperti pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas, jurulatih skuad Pilihan Malaysia, Ong Kim Swee juga mahu menggunakan dua skuad berbeza bagi aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Sebagai percaturan, Kim Swee akan menampilkan kesebelasan pemain senior pada babak pertama sebelum memasukkan barisan muda daripada skuad Olimpik dalam baki 45 minit perlawanan.

“Mengikut trend dua perlawanan skuad kebangsaan menentang Arsenal dan Liverpool sebelum ini, pasukan lawan telah meletakkan barisan kedua mereka pada babak pertama dan barisan utama hanya dimasukkan selepas rehat.

“Jadi saya harap Chelsea turut menggunakan pendekatan yang sama dan kita akan mempertaruhkan barisan pemain senior pada babak pertama itu nanti,” kata Kim Swee pada sesi latihan skuad Pilihan Malaysia di Padang MSN, Bukit Jalil semalam.

kombinasi 4 kapten

BEKAS kapten skuad kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah bakal menge- tuai barisan skuad Pilihan Malaysia bagi menghadapi Chelsea pada aksi persa- habatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Namun Zamani, 30, tidak menanggung beban itu keseorangan kerana turut akan 'disokong' tiga lagi kapten berpengalaman iaitu Amri Yahyah (Selangor), Badhri Radzi (Kelantan) dan Shahrulnizam Mustapa (Perak).

Gabungan empat kapten terbabit pasti memberikan satu persembahan mantap apabila mereka diperkuatkan dengan lima lagi pemain senior iaitu Hairuddin Omar, Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Joseph Kalang Tie dan penjaga gol, Farizal Marlias.

Seandainya usia mungkin membatas- kan pergerakan dan kelajuan sembilan senior ini, mereka akan ditampung keghairahan baki 13 pemain muda berusia 22 tahun ke bawah yang merupakan tonggak skuad Olimpik negara, Harimau Muda A.

Bagi Amri, 30, beraksi bersama pemain-pemain muda sedikit sebanyak telah menjadikan para pemain senior terpaksa mengikut 'rentak' dan kepantasan mereka, sekali gus bakal menjadikan corak permainan skuad Pilihan Malaysia lebih menarik.

"Kami akan ikut corak permainan yang diterapkan jurulatih Ong Kim Swee. Saya sendiri akan cuba memberi- kan komitmen tinggi berdasarkan pengalaman yang dimiliki.

"Bagi kami kapten-kapten skuad negeri ini, gabungan untuk perlawanan menentang Chelsea ini merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna untuk kami memberikan satu persemba- han terbaik.

"Ini pertama kali saya bergandingan dengan Hairuddin di barisan serangan. Saya harap dapat membantunya menjaringkan gol dan saya sendiri juga akan cuba menggegarkan gawang Chelsea," kata Amri ketika ditemui pada sesi latihan di Padang MSN, Bukit Jalil pe- tang semalam.

Nama Amri pasti dikenang sebagai penjaring dua gol skuad kebangsaan ketika tewas tipis 2-3 kepada Manches- ter United di Stadium Nasional pada 2009.

Berbeza pula dengan Badhri, 29, yang lebih dikenali sebagai Piya, ini merupakan aksi sulungnya di pentas antara- bangsa biarpun pada hakikatnya jersi Malaysia berwarna kuning hitam yang bakal disarungnya malam esok bukanlah untuk skuad kebangsaan, sebaliknya Pilihan Malaysia.

"Rasa bangga dipanggil menyertai pa- sukan ini. Ini pertama kali saya menyarung jersi Malaysia sepanjang 29 tahun. Saya akan cuba mempamerkan aksi terbaik, jika ada rezeki mana tahu dapat memikat jurulatih kebangsaan (Datuk K. Rajagobal).

"Apa pun saya akan menggunakan peluang bertemu Chelsea ini dengan sebaik mungkin. Ia satu gabungan skuad yang cukup mantap dengan bebe- rapa kapten dan pemain senior dibantu pemain-pemain muda.

"Sepanjang seminggu ini, saya sudah mula menunjukkan keserasian dengan Shahrulnizam untuk mengemudi jentera tengah. Walaupun gandingan kami tidak berapa mantap lagi tetapi serba sedikit kami dapat memahami permainan masing-masing.

"Secara peribadi pula, insya-Allah kalau boleh, saya hendak menjaringkan satu gol," ujar Badhri.

Sabtu, 16 Julai 2011

Safiq,Safee jadi perhatian liverpool

Jaringan menerusi sepakan percuma kapten Safiq Rahim dan dua gol daripada Safee Sali jelas membuka mata Liverpool bahawa Malaysia juga mampu melahirkan pemain berkelas dunia.

Penolong jurulatih Liverpool, Steve Clark mengakui kehebatan kapten Malaysia itu dalam mele- dakkan gol pertama agak mengejutkannya.

Malah menurut Clarke lagi, kemasukan Safee pada 20 minit terakhir permainan berjaya menaikkan semangat pemain negara dengan ketajaman penyudah dan keghairahan memburu gol.

"Bagi saya jaringan pemain No. 8 (Safiq) menerusi sepakan percuma sangat cantik sekali.

"Malah dia juga banyak memainkan peranan dalam gerakan Malaysia," kata Clark pada sidang media semalam.

"Penyerang No. 10 (Safee) pula bermain dengan hebat. Dua jari- ngannya serta keghairahannya memburu gol berjaya memberi tekanan kepada kami.

"Ia satu perlawanan yang baik bagi mereka dan saya rasa aksi keseluruhan pemain Malaysia agak bagus. Mereka bertahan dengan baik dan sangat kompetitif," tambahnya lagi.

Menurut Clarke, kombinasi pemain Liverpool pada babak pertama lebih bertenaga berbanding babak kedua yang disifatkannya bermain secara terbuka.

"Kami bermula dengan baik, banyak menguasai bola dan mencipta peluang.

"Tetapi kombinasi pemain babak kedua agak longgar dan kami banyak kehilangan bola. Jadi sudah pasti saya lebih gembira dengan kombinasi pemain di babak pertama.

"Babak kedua juga permainan sangat terbuka oleh kedua-dua pihak.

"Saya puji tentangan yang diberikan pemain Malaysia kerana mereka dapat menjaringkan tiga gol. Ia sesuatu yang bagus bagi mereka," tambahnya.

Datuk K.Rajagopal Gembira Aksi Harimau Malaya

BIARPUN tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi per- sahabatan petang semalam, jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal sudah boleh tersenyum lega.

Ini kerana ada peningkatan yang dipamerkan pemain negara berbanding ketika kekalahan 0-4 kepada Arsenal Rabu lalu, terutamanya tindakan penyudah yang dinanti-nanti selama ini telah ditemui.

Malah Rajqgobal juga gembira apabila 'ayam tamba- tan'nya, Safee Sali yang baru pulih daripada kecede- raan, membuktikan ketajamannya dengan dua jari- ngan, sekali gus mampu menjadi inspirasi apabila ber- tandang ke Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 nanti.

"Secara keseluruhannya, saya gembira dengan peningkatan pemain kita. Mereka bermain dengan pantas dan menunjukkan kombinasi yang baik," kata Raja- gobal pada sidang media semalam.

"Kita bermula dengan baik dan cuba menguasai bola, cuma kadang kala pemain lambat membuat ke- putusan di atas padang.

"Apa pun, saya gembira kerana kita dapat juga men- jaringkan gol. Jaringan Safee menyuntik semangat pe- main dan saya gembira kerana dapat menurunkannya hari ini," ujar beliau lagi.

Begitupun, Rajagobal juga sedar kerapuhan benteng pertahanan perlu diperbaiki lagi sebelum pertemuan dengan Singapura.

Menurutnya, kealpaan pertahanan telah menyebab- kan pemain Liverpool mendapat gol dengan mudah.

"Kita telah memberi enam gol secara percuma kepada Liverpool hari ini. Kita tidak boleh memberi pe- luang sebegini kepada sebuah pasukan berkelas dunia seperti Liverpool.

"Tetapi saya juga mahu menguji kombinasi pemain pertahanan dalam perlawanan seperti ini, sebab itu saya masukkan Rizal (Fahmi), Farisham (Ismail) dan beberapa lagi pertahanan.

"Saya mahu beri peluang kepada mereka beraksi berdepan dengan penyerang-penyerang bertaraf dunia. Bukan senang untuk mendapat peluang sebegini. Apa pun, ia satu ujian yang bagus buat mereka," tambah Rajagobal lagi.

Mengenai prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang bolos lima gol, Rajagobal berkata: "Kita tidak boleh menyalahkan Khairul Fahmi kerana penjaga gol bertaraf dunia juga akan dibolosi gol.

"Lagi pun, semua gol itu adalah berpunca daripada kealpaan pertahanan kita yang longgar.

"Apa pun, saya akan buat penilaian semula dan akan menurunkan barisan yang kuat dari segi mental dan fizikal apabila berdepan dengan Singapura nanti," katanya.

tewas tapi melawan

SKUAD bola sepak kebangsaan tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Begitupun, aksi melawan anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu wajar dipuji apabila mereka tampil lebih agresif berbanding ketika tewas 0-4 kepada Arsenal pada Rabu lalu. Keenam-enam gol Liverpool dijaringkan oleh Charlie Adam, David Ngog (2), Maxi Rodriguez (2) dan Dirk Kuyt.

Manakala skuad kebangsaan membalas tiga gol menerusi kapten, Safiq Rahim dan dua jaringan penyerang sensasi, Safee Sali.

Rajagobal melakukan empat pe- rubahan pada kesebelasan utamanya dengan menyenaraikan Shar- binee Allawee Ramli, Muslim Ahmad, Baddrol Bakhtiar dan Abdul Hadi Yahaya. Liverpool pula yang dikemudikan oleh penolong pengurusnya, Steve Clarke selepas Kenny Dalg- lish terpaksa pulang awal ke England, membuat enam perubahan berbanding kesebelasan ketika menewaskan Guangdong Sunray Cave 4-3. Kedudukan babak pertama terikat 1-1 setelah sepakan penalti Adam pada minit ke-25 berjaya di- padam oleh sepakan percuma Safiq yang menewaskan Brad Jones minit ke-42.

Skuad kebangsaan bermula baik pada babak kedua tetapi kelalaian benteng pertahanan membenarkan Ngog mudah meledak dua gol pada minit ke-67 dan ke-68 mene- waskan penjaga gol gantian, Khairul Fahmi Che Mat.

Ketinggalan 1-3, Rajagobal memasukkan Safee pada minit ke-69 dan percaturan itu ternyata berhasil apabila penyerang Pelita Jaya itu berjaya meledak dua gol. Terdahulu Liverpool berjaya menambah gol keempat menerusi sentuhan Rodriguez pada minit ke-74.

Bagaimanapun semangat para pemain negara kembali melonjak apabila Safee menjaringkan gol kedua pada minit ke-78. Ia berpunca daripada kegagalan penjaga gol gantian Liverpool, Martin Hansen menangkap kemas bola rembatan Amirulhadi Zainal. Tiga minit kemudian, Safee merapatkan kedudukan 3-4 apabila pantas menyudahkan hantaran leret Rizal Fahmi Ab. Rosid untuk menewaskan Hansen buat kali kedua. Namun harapan untuk melihat Harimau Malaya bangkit menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila kelekaan barisan pertahanan sekali lagi dihukum pada masa kecederaan. Rodriguez menjaringkan gol kelima Liverpool pada minit ke-90, manakala Dirk Kuyt melengkapkan gol keenam minit ke-93.

info:kosmo

Jumaat, 15 Julai 2011

Datuk K.Rajagopal Kecewa

NADA kecewa disuarakan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menjelang aksi persahabatan menentang Liverpool di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang ini. Bukan kerana pengurus Liverpool, Kenny Dalglish sudah pulang awal ke England tetapi Rajagobal jelas berasa kecewa dengan sikap peminat yang hadir ketika Harimau Malaya tewas 0-4 kepada Arsenal, Rabu lalu.

“Saya tak faham apa yang mereka (peminat) mahu. Saya fikirkan mereka sudah cukup bijak. Mereka tak boleh samakan skuad kebangsaan dengan kelab Liga Perdana England. “Kita amat memerlukan sokongan peminat pada saat genting menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura. “Sebagai rakyat Malaysia dan menetap di Malaysia, bukan saya nak kata kita tak boleh sokong kelab Liga Perdana England.

“Tetapi kenapa tak boleh sehari sahaja datang ke stadium pakai jersi Malaysia? Saya harap esok (hari ini) ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru,” kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam. Pada aksi bertemu Arsenal Rabu lalu, majoriti stadium dipenuhi peminat yang hadir dengan jersi merah dan tambah mengecewakan Rajagobal, anak-anak buahnya diejek setiap kali melakukan kesilapan.

“Bila Arsenal terlepas peluang, mereka tidak diejek tetapi bila kita buat silap, kena ejek. Mereka tak boleh nak banding pemain kita dengan pemain lawan. Arse- nal pun mampu tewaskan pasu- kan sehebat Barcelona. “Jadi saya sangat berharap warga Malaysia yang hadir ke stadium esok (hari ini) memberi sokongan padu kepada sku- ad negara sendiri,” tegas Raja- gobal.

Selepas sesi latihan petang semalam, Rajagobal mengesahkan dua pemainnya, Aidil Zafuan Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha tidak dapat diturunkan akibat kecederaan buku lali dan hamstring. “Saya sudah panggil dua pengganti iaitu Ismail Faruqi Ashari dan Izzaq Faris Ramlan semalam (kelmarin) dan akan mencuba mereka. Jika memuaskan, mereka mungkin diselit untuk skuad ke Singapura,” ujarnya.

Khamis, 14 Julai 2011

Datuk K.Rajagopal mahu anak buah pamer aksi sebenar

SETELAH melihat anak-anak buahnya gagal mempamerkan aksi sebe- nar ketika tewas 0-4 kepada Arsenal malam kelmarin, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengharapkan 'sesuatu' ketika menentang Liverpool petang esok.

Bagi Rajagobal, beliau mahu para pemainnya bangkit mempamerkan kemampuan sebenar sebelum memi- lih mereka yang benar-benar layak untuk beraksi menentang Singapura pada 23 dan 28 Julai ini.

"Memang ada beberapa pemain yang tidak beraksi pada prestasi sebenar. Saya tidak mahu dedahkan nama mereka tetapi dalam mesyuarat pasukan, saya telah beritahu pemain-pemain terbabit.

"Saya akan terus mencuba para pe- main ketika berdepan Liverpool ini. Saya mahu lihat siapa yang benar-benar memiliki karakter. Kita kena main dengan tempo yang laju. Jangan ulangi kesilapan ketika bertemu Arsenal.

"Kita bolos pun bukan menerusi ja- ringan bertaraf dunia tetapi kita sendiri yang beri gol kepada lawan," kata Rajagobal ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan di Stadium Nasio- nal, Bukit Jalil petang semalam.

Beliau mengesahkan dua pemainnya, Aidil Zafuan Radzak dan Nor- shahrul Idlan Talaha tidak akan beraksi esok, sekali gus tempat mereka akan digantikan oleh dua pemain baharu, Ismail Faruqi (Terengganu) dan Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A).

"Aidil mengalami kecederaan buku lali, manakala Norshahrul kembali mengalami kesakitan hamstring dan saya tidak mahu kecederaannya kembali teruk kerana aksi bertemu Singapura lebih penting.

"Tetapi apabila perlawanan menentang Liverpool ini berlangsung pada 5.45 petang, ia sedikit kelebihan buat kita. Cuma kita perlu mendapat rentak dengan cepat pada awal permainan," jelasnya.

Dalam pada itu, Rajagobal turut menegaskan bahawa skuad Harimau Malaya akan kembali memakai jersi biru petang esok setelah ternyata jersi kuning berterusan tidak membawa tuah.

"Lawan Indonesia, Taiwan dan Arsenal kita tewas dengan jersi kuning. Kita pun tak pernah menang dengan jersi kuning dan kamu boleh lihat ba- gaimana pemain kita tak bertenaga semalam (kelmarin).

"Tetapi ini bukan satu kepercayaan. Ia lebih kepada psikologi. Rio Ferdinand (pemain Manchester United) akan melompat di terowong masuk padang setiap kali beraksi. Pemain lain pun ada cara mereka.

"Begitu juga dengan saya. Apabila kita pakai jersi biru, lihatlah kita ber- aksi begitu yakin dan garang sehingga menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010," jelas Ra- jagobal.

Difahamkan, skuad kebangsaan terpaksa memakai jersi kuning malam kelmarin kerana Arsenal hanya membawa jersi kedua mereka berwarna biru untuk aksi tersebut.

Rabu, 13 Julai 2011

malaysia gagal cipta kejutan

SKUAD bola sepak kebangsaan gagal mencipta kejutan apabila tewas 0-4 kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Di hadapan 65,000 penonton yang majoritinya berjersi merah sambil dicelah-celah mereka terselit penyokong berjersi kuning, empat jaringan skuad The Gunners itu dijaringkan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky.

Tiada kelibat Robin van Persie, Samir Nasri, Bacary Sagna dan Andrei Arshavin dalam kesebelasan Arsenal, sebaliknya pengurus The Gunners, Arsene Wenger membariskan Ryo Miyaichi, Carl Jenkinson, Thomas Vermaelen dan Marouane Chamakh.

Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal pula meletakkan penjaga gol ketiga, Nasril Nourdin dalam kesebelasan utama dan hanya memasukkan Khairul Fahmi Che Mat selepas rehat.

Menerusi serangan pertama ke arah pintu gol Malaysia pada minit keempat, Arsenal berjaya memperoleh sepakan penalti setelah Aidil Zafuan Radzak menjatuhkan Jack Wilshere.

Ramsey yang mengambil sepakan penalti itu mudah menewaskan Nasril untuk gol pertama Arsenal.

Malaysia hanya melakukan serangan sulung pada minit kelapan, tetapi hantaran lintang Asraruddin Putra Omar mudah ditanduk Alex Song ke arah penjaga golnya, Wojciech Szczesny.

Pada minit ke-24, stadium bergema seketika apabila sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim dari sebelah kanan hampir memerangkap Szczesny yang terpaksa melompat untuk menepis bola ke belakang.

Namun kelekaan pertahanan Malaysia dihukum pada minit ke-36 apabila hantaran lintang Wilshere berjaya disudahkan dengan lambungan kemas oleh Walcott untuk kedudukan 2-0.

Bermula babak kedua, Wenger melakukan lapan pertukaran sementara Rajagobal hanya memasukkan Khairul Fahmi dan Abdul Hadi Yahaya menggantikan Nasril dan Ahmad Fakri Saarani.

Kehebatan Arsenal ternyata sukar dibendung apabila mereka berjaya memperoleh gol ketiga hasil penyudah kemas penyerang gantian, Vela pada minit ke-58.

Pada minit ke-67, Wenger mula melakukan empat pertukaran serentak memasukkan Van Persie, Nasri, Sagna dan Arshavin.

Arsenal melengkapkan malam gemilang mereka dengan gol keempat menerusi Rosicky pada minit ke-90.

Selasa, 12 Julai 2011

Perjanjian Kerjasama antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Persatuan Bolasepak Singapura (FAS)

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Majlis menandatangani berlangsung di Wisma FAM, Jalan SS5A / 9 Kelana Jaya, Selangor pada 12 Julai 2011 dan telah dihadiri oleh Presiden FAS, Encik Zainudin Nordin; Naib Presiden FAS, Encik Lim Kia Tong; Ketua Setiausaha FAS, Encik Winston Lee serta dari delegasi FAM, Timbalan Presiden FAM, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah; Timbalan Pengerusi Pasukan Kebangsaan, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Haji Musa dan Setiausaha Agung FAM, Leftenan Jeneral Dato' Azzuddin Ahmad (RET), barisan tetamu kehormat dan media dari kedua-dua negara.

FAS dan FAM telah berbincang beberapa perkara sebelum ini, bagaimana kedua-dua persatuan boleh memantapkan kekuatan masing-masing untuk memajukan lagi bolasepak dan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua persatuan.

Oleh itu, perkongsian ini akan menjadi penggerak bagi kedua-dua pasukan kebangsaan termasuk pasukan belia untuk mengadakan perlawanan persahabatan sebanyak yang mungkin untuk merapatkan hubungan antara pasukan kebangsaan dan belia kedua-dua negara.

Ia juga akan mewujudkan peluang untuk kedua-dua pasukan di Liga Singapura dan pasukan Liga Super Malaysia mempamerkan kualiti permainan dalam kedua-dua liga tempatan dengan inisiatif yang menarik yang telah dipersetujui.



Antara aspek-aspek utama perkongsian yang telah dipersetujui:-

1) Meningkatkan perlawanan antara kedua-dua negara
Bermula dari 2012 sepanjang empat tahun akan datang, kedua-dua persatuan akan berusaha untuk menggalakkan lebih banyak perlawanan persahabatan antara pasukan kebangsaan dan belia kedua-dua negara untuk meningkatkan lagi taraf permainan dan memupuk hubungan erat sesama negara. Dengan mengambil kira komitmen masing-masing antara FAS & FAM, kami berharap untuk melihat peningkatan dalam beberapa perlawanan persahabatan di antara pasukan kami di semua peringkat.

2) Siri Perlawanan FAM dan FAS
Satu Siri FAM dan FAS akan diadakan yang terdiri daripada dua kejohanan yang digelar Cabaran Liga Juara-Juara dan Cabaran Piala Juara akan berlaku setiap tahun di antara pasukan yang memenangi pertandingan di Liga dan Piala.

Cabaran Liga Juara-Juara melibatkan juara Liga Singapura dan juara Liga Super Malaysia akan bersaing dalam format timbal balik manakala Cabaran Piala Juara juga akan diadili dari perlawanan timbal balik antara juara Piala Singapura dan juara Piala Malaysia. Dengan objektif utama MOU antara kedua-dua negara ini yang memberi tumpuan ke arah meningkatkan taraf bolasepak, kedua-dua persatuan telah bersetuju bahawa sekiranya juara Liga atau Piala adalah dari negara asing, FAS dan FAM akan memilih pasukan tempatan yang berada di tempat kedua untuk mengambil bahagian dalam siri ini.

3) Pasukan Malaysia akan bermain dalam Liga Singapura 2012-2015
Diumumkan juga bahawa buat kali pertama pasukan belia Malaysia, Harimau Muda A akan menyertai Liga Singapura pada 2012 hingga 2015. Pasukan ini juga akan mengambil bahagian dalam Piala Liga dan Piala Singapura.

4) Singapura pasukan akan bermain dalam Liga Super Malaysia 2012-2015
Manakala, pasukan belia Singapura akan menyertai Liga Super Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia dari 2012 hingga 2015. Pasukan ini akan terdiri daripada pemain kebangsaan di bawah umur 23 tahun, lima orang pemain di atas usia 23 tahun dan dilengkapi dengan kuota pemain asing yang dibenarkan mengikut peraturan pertandingan.

Dengan inisiatif ini, peminat dan juga pemain boleh melihat ke hadapan untuk satu tempoh yang panjang iaitu empat tahun yang akan datang. Apa yang menarik di mana kedua-dua negara akan dapat menyaksikan persaingan bolasepak yang menarik dan ianya juga mempunyai sejarah tersendiri suatu ketika dahulu manakala pada peringkat antarabangsa, kedua-dua negara akan mendapat manfaat daripada peningkatan dalam perlawanan antara kedua-dua pihak.

Presiden FAS, Encik Zainudin Nordin gembira dengan perkongsian itu apabila dia berucap pada sidang media. Beliau berkata: "Terdapat kerjasama erat antara Singapura dan Malaysia. Saya gembira dengan perkongsian bolasepak ini dan saya yakin bahawa ia akan terus mengukuhkan hubungan kita dengan FAM.

"Matlamat utama perkongsian ini tidak boleh dicapai dengan sekelip mata sahaja. Ia akan mengambil masa berhari, berminggu dan berbulan-bulan sebagai perancangan kita untuk maju ke hadapan. Tetapi saya ingin menegaskan bahawa ini adalah langkah yang positif. Saya memohon kesabaran dan berharap media dan orang ramai memahami semasa kita bekerja sepanjang masa untuk menjadikannya satu kenyataan. Dalam hal ini, FAS dan FAM akan membentuk satu jawatankuasa kerja untuk membincangkannya dan bersetuju atas semua butiran operasi dan apabila ianya selesai, kita akan menjadi tuan rumah untuk satu lagi taklimat media untuk berkongsi maklumat dengan ahli-ahli media."

Mengalu-alukan perkongsian ini, Timbalan Presiden FAM, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah berkata: "Kami mengalu-alukan langkah ini. Ia tentunya memberikan impak yang positif kepada Malaysia. Terutamanya di kalangan pemain belia kita. Ia merupakan peluang yang besar bagi pemain kami untuk mendapat pendedahan di Liga Singapura dan pada masa yang sama, pasukan Singapura akan mempunyai peluang yang sama dalam Liga Super Malaysia. Dengan perjanjian ini, kami berharap bahawa ini akan membuka pintu kedua-dua belah pihak untuk kerjasama yang lebih banyak pada masa akan datang. "

Isnin, 11 Julai 2011

pentas uji pemain

BIARPUN mungkin dianggap bukan perlawanan penting bagi Arsenal, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap menagih aksi terbaik dan menghiburkan daripada anak-anak buahnya.

Arsenal yang baharu seminggu menjalani latihan pramusim di London tiba di ibu negara tengah hari semalam bagi program Jelajah Asia 2011 ke Malaysia dan China.

Tatkala skuad bimbingan Arsene Wenger itu mungkin belum mencapai momentum terbaik, Rajagobal mahu menjadikan pertemuan dengan Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok sebagai pentas menilai para pemainnya.

Ia bagi membolehkan Rajagobal mendapat bayangan kesebelasan terbaik untuk diturunkan pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura pada 23 dan 28 Julai ini.

“Saya cukup teruja dapat berdepan Arsenal. Begitu juga para pemain kebangsaan. Kita akan gunakan sebaik mungkin peluang ini untuk persiapan menghadapi Singapura.

“Saya harap para pemain tidak gentar berdepan Arsenal kerana inilah masa yang sesuai untuk saya menilai mana pemain yang layak untuk beraksi menentang Singapura.

“Sama seperti ketika kita bertemu Manchester United pada 2009, saya mahu pemain beraksi lebih baik daripada itu dan menghiburkan para penyokong,” kata Rajagobal pada sidang media di Hotel Saujana, Subang petang semalam.

Pada Julai 2009, skuad kebangsaan yang ketika itu baru tiga bulan dibimbing Rajagobal tewas tipis 2-3 kepada United pada aksi pertama dan tewas 0-2 pada aksi kedua.

Kali terakhir Arsenal berkunjung ke Malaysia adalah pada 1999 yang mana mereka menewaskan skuad kebangsaan 2-0 hasil jaringan Nicolas Anelka dan Emmanueal Petit.

Rajagobal turut mengesahkan bahawa penyerang utama skuad kebangsaan, Safee Sali tidak akan beraksi malam esok kerana belum pulih sepenuhnya tetapi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sedia untuk diturunkan selepas pulih dari- pada kecederaan.

arsenal teruja bertemu malaysia

"SAYA tak pernah menonton (rakaman video aksi skuad kebangsaan Malaysia). Jadi ia akan menjadi satu pengalaman baru buat saya."

Demikian pengakuan jujur pengurus Arsenal, Arsene Wenger ketika diajukan soalan itu pada sidang media di Hotel Saujana, Subang petang semalam.

Malah dua pemain Arsenal, Robin van Persie dan Bacary Sagna yang dibawakan khas untuk ditemu bual media tempatan turut menyatakan mereka langsung tidak mengetahui latar belakang skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal.

"Saya tak tahu (tentang skuad Malaysia)," kata van Persie.

Sagna pula berkata: "Saya juga langsung tak tahu tetapi sudah tentu apabila ia se- buah skuad kebangsaan, para pemainnya adalah yang terbaik."

Situasi tersebut mengundang tanggapan bahawa Wenger dan anak-anak buahnya seolah-olah memandang rendah reputasi skuad kebangsaan yang kini merupakan 'Raja Asia Tenggara' setelah menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010.

Ia pasti mampu membakar semangat para pemain kebangsaan untuk 'mengajar' keangkuhan Wenger itu dengan berusaha mencipta kejutan menewaskan Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Dalam pada itu, Wenger pada sidang media yang sama menyuarakan keyakinan bahawa Arsenal akan memastikan Cesc Fabregas dan Samir Nasri terus kekal bersama kelab itu meskipun diburu Barcelona, Manchester United dan Manchester City.

"Adakah Fabregas akan terus bersama Arsenal? Saya kata ya. Keduanya, adakah dia akan menandatangani kontrak baru? Saya harap ya tetapi bukan saya yang me- nentukannya.

"Saya rasa Fabregas cukup sayangkan kelab ini dan kami cukup berharap dia akan kekal. Nasri juga gembira bersama kami dan memberikan komitmen yang baik," ujar Wenger.

Jelas beliau lagi, Arsenal tidak bercadang untuk membeli pemain baru di posisi perta- hanan kiri selepas Gael Clichy berhijrah ke Manchester City.

"Saya sudah memiliki Thomas Vermaelen, Armand Traore dan Kieran Gibbs. Jadi tiada keperluan untuk membeli pemain baru di posisi itu," katanya.

Ahad, 10 Julai 2011

safee tak beraksi menentang arsenal


DEMI membantu Malaysia melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014, penyerang berbisa, Safee Sali terpaksa melupakan hajat beraksi menentang Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini.

Safee, 27, masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring tendon di bahagian belakang lutut yang dialaminya ketika aksi pertama pusingan pertama menentang Taiwan pada 29 Jun lalu.

Menurut Safee, dia berharap kecederaannya itu dapat pulih dengan lebih cepat bagi membolehkannya turun beraksi ketika skuad kebangsaan bertemu pula Liverpool, Sabtu ini.

Namun fokus utamanya tetap untuk dapat tampil dengan aksi terbaik ketika skuad kebangsaan bertemu Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai depan.

“Buat masa ini, saya baru pulih 70 peratus dan memang kemungkinan besar tidak dapat beraksi untuk perlawanan menentang Arsenal pada Rabu ini.

“Memang rasa kecewa tidak dapat berdepan pemain-pemain Arsenal, tetapi perlawanan yang lebih penting bagi skuad kebangsaan ialah bertemu Singapura.

“Saya tidak mahu kecederaan ini bertambah teruk semula kerana mahu betul-betul cergas menjelang pertemuan dengan Singapura,” kata Safee ketika ditemui Kosmo! semalam.

Dengan ketiadaan Safee, jentera serangan skuad kebangsaan untuk membolosi gawang Arsenal yang dikawal Wojciech Szczesny bakal diketuai Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahaya.

Bagaimanapun, Safee tetap menyimpan hasrat untuk turun beraksi menentang Liverpool yang merupakan musuh tradisi pasukan kegemarannya, Manchester United.

“Mana tahu jika kecederaan saya ini pulih dengan lebih cepat, saya dapat berpeluang turun beraksi menentang Liverpool pada Sabtu ini.

“Sebelum ini pun saya hanya sekali bertemu kelab England iaitu Chelsea pada 2008 dan memang peluang keemasan seperti ini kalau boleh tidak dilepaskan,” ujar pemain kelab Pelita Jaya itu.

Dalam pada itu, skuad Arsenal tiba di ibu negara pada hari ini tanpa kelibat kapten, Cesc Fabregas yang masih cedera serta penyerang Lille, Gervinho yang belum melengkapkan perpindahannya.

Khamis, 7 Julai 2011

kelayakan olimpik pusingan ke 3..

kelayakan olimpik pusingan ke 3..

group A
qatar
arab saudi
oman
korea selatan

group B
uzbekistan
iraq
australia
uae

group C
malaysia
syria
bahrain
jepun

jadual perlawanan kelayakan olimpik pusingan ke 3..

Jadual Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 [Malaysia]

21 September : Japan vs MALAYSIA
23 September : MALAYSIA vs Syria
27 November : MALAYSIA vs Bahrain
5 February : Bahrain vs MALAYSIA
22 February : MALAYSIA vs Japan
14 March : Syria vs MALAYSIA

Rabu, 6 Julai 2011

Kelantan juara liga super

Kelantan dinobat selaku juara Liga Super 2011 selepas berjaya menewaskan Sabah 2-1 pada perlawanan terakhir yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah malam tadi.
Kedua-dua gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang kebangsaan Md Norshahrul Idlan Talaha yang mempamerkan sentuhan berbisanya seawal minit keenam separuh masa pertama dan menambah lagi koleksi jaringannya pada minit 73 separuh masa kedua.
Hasil kemenangan ke atas Sabah menyaksikan skuad The Red Warriors mengutip mata keseluruhan 56 mata sekaligus melengkapkan kejayaan merangkul gelaran juara Liga Super buat pertama kali dalam sejarah.
Penguasaan dan percaturan yang dilakukan oleh ketua jurulatih Kelantan, M. Karathu nyata membuahkan hasil apabila penguasaan dan corak permainan yang lebih memihak kepada Kelantan sepanjang aksi 90 minit.
Namun, Sabah tidak memberi laluan mudah kepada The Red Warrior apabila mempamerkan peningkatan pada separuh masa kedua.
Usaha anak buah Phillips Gary Michael membuahkan hasil apabila berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Razlan Oto yang melepaskan rembatan menarik untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat akibat kekalutan di dalam kotak penalti.
Kebangkitan para pemain Sabah agak terlewat dan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat 90 aksi permainan.
Dalam perlawanan lain, pencabar terdekat Selangor pula gagal mengutip kemenangan selepas sekadar seri 0-0 menentang Perak di Ipoh sekaligus melenyapkan peluang mereka untuk ditabal selaku juara musim ini.
Kasut Emas musim 2011 Liga Super pula menjadi milik pemain penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya selepas membantu penyu membelasah Felda United 6-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Selangor.
Lain-lain keputusan: NEGERI SEMBILAN 2 PERLIS 0, PAHANG 0 KEDAH 1, HMA 2 JOHOR FC 2, T-TEAM 2 KUALA LUMPUR 3, PERAK 0 SELANGOR 0.

Selasa, 5 Julai 2011

yang terbaik akan bergelar juara

NADA penuh realistik disuarakan pengendali Terengganu, Irfan Bakti tatkala anak-anak buahnya berdepan misi penuh mustahil menentang Felda United bagi memburu gelaran sulung Liga Super malam ini.

Atas kertas, juara Piala FA itu perlu melakar kemenangan besar ke atas Felda United di Stadium MBPJ, Kelana Jaya sambil mengharapkan dua pasukan pilihan, Kelantan dan Selangor tumbang di gelanggang lawan.

Terengganu kini menghuni tangga ketiga dengan 51 mata, sedangkan Kelantan yang turut memburu gelaran sulung selesa dengan 53 mata, sambil Selangor mengekori rapat dengan 51 mata.

Kelantan hanya perlu mencatat keputusan seri menentang Sabah di Likas, namun Irfan dengan penuh yakin menjelaskan bahawa laluan berliku pasti dihadapi skuad Datuk M. Karathu itu di Likas.

“Memang sukar tetapi kami masih ada 90 minit. Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak seperti mana yang kalian saksikan pada final Piala FA lalu.

“Jadi, mengapa perlu kami mengharapkan kepada tuah, kerana keputusan tetap muktamad bahawa hanya pasukan terbaik boleh bergelar juara liga,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Namun sikap rendah diri tetap menjadi agenda Irfan bagi memasti- kan kesemua pemainnya tidak hilang fokus kepada pertemuan menentang Felda United malam ini.

Katanya, sasaran utama Terengganu adalah mencari tiga mata penuh, sambil mengharapkan jentera tengah dan serangan pasukannya mampu menjaringkan sebanyak mungkin gol.

“Sejujurnya, kami tidak ingin mengetahui keputusan bagi perlawanan Kelantan mahupun Selangor kerana misi kami hanya mahu mencari kemenangan.

“Sebaik wisel permainan ditiupkan, barulah kita tahu siapa pemenang mutlak dan tidak kira siapa yang menang, juara tetap juara,” ujarnya.

Mengulas mengenai prestasi pemain, jurulatih kelahiran Kelantan itu mengakui bahawa beliau berdepan sedikit dilema, terutamanya mengenai tahap kecergasan beberapa tonggak utamanya yang beraksi dalam skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, demi membuktikan kemampuan pasukan, Irfan sedia mencorak percaturan dan menurunkan trio kebangsaan, Sharbi- nee Allawee, Helmi Rameli dan Abdul Hadi Yahya untuk menentang Felda United malam ini.

“Mereka mungkin keletihan tetapi perlawanan ini penting dan khidmat mereka bertiga begitu diharapkan untuk kami mencatat kemenangan,” jelasnya.

satu mata keramat

MENCARI satu mata keramat. Itu misi yang mahu dilaksanakan Kelantan dalam pemburuan mereka menjulang trofi Liga Super musim ini.

Andai berjaya meraih sekurang-kurangnya satu mata ketika menentang Sabah di Stadium Likas malam ini, Kelantan bakal ditabalkan selaku juara baharu Liga Super yang mula diperkenalkan pada 2004.

Dengan dua pencabar terdekat Kelantan, Selangor dan Terengganu turut memburu status yang sama, skuad The Red Warriors itu tampak memiliki sedikit kelebihan.

Keputusan seri ketika menentang Sabah sudah memadai buat Kelantan untuk dijulang sebagai juara.

Jika itu berlaku, Selangor yang akan menentang Perak di Ipoh, perlu menang dengan meledak lebih daripada 12 gol tanpa membiarkan gawang mereka dibolosi untuk memintas kedudukan Kelantan pada perlawanan terakhir tersebut.

Terengganu pula perlu mengatasi Felda United sekurang-kurangnya dengan tujuh gol tanpa bolos sambil mengharapkan Kelantan dan Selangor tumbang bagi membolehkan mereka meraih kejuaraan berganda musim ini.

Biarpun perkiraan itu dilihat sebagai suatu yang sukar buat Selangor dan Terengganu mencabar kedudukan Kelantan, namun barisan pemain The Red Warriors tidak perlu meletakkan risiko terhadap keputusan melibatkan kedua-dua pasukan tersebut.

“Sabah merupakan pasukan yang baik. Pada aksi di Kota Bharu sebelum ini, mereka beraksi dengan baik dan berjaya mengikat Kelantan.

“Walaupun berada agak bawah dalam carta liga, saya percaya mereka akan beraksi dengan lebih baik di di depan penyokong sendiri.

“Bagaimanapun, saya opti- mis dengan keupayaan pasu- kan Kelantan dan kita pasti ke sana untuk memenangi perlawanan.

“Ramai yang anggap satu mata sudah cukup tetapi saya tidak mahu fikir tentang itu kerana kita sentiasa turun untuk menang,” kata Karathu ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, tiada persiapan istimewa dilakukan bagi menghadapi Sabah, namun beliau yakin Kelantan tidak mempunyai masalah untuk mencapai kemenangan sekiranya para pemain mengikut arahan selain mengekalkan disiplin serta sentiasa bekerja keras untuk memburu gol.

Kehadiran semula lima tonggak yang menyarung jersi kebangsaan jelas membuatkan Karathu mampu tersenyum kerana Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, Shakir Shaari, Farisham Ismail dan Khairul Fahmi Che Mat berada dalam senarai perancangannya untuk turun menentang Sabah.

“Memang mereka adalah senjata kita yang sangat penting dan kesemua mereka ada dalam senarai saya.

“Namun kita akan memantau dari segi tahap kecergasan dan kecederaan untuk memastikan mereka dalam kesebelasan malam esok (malam ini).

“Pemain-pemain saya sudah beberapa kali beraksi dalam perlawanan besar dan penting, saya harap mereka mampu mencari ketenangan dan tidak terlalu tertekan.

“Tekanan yang melampau mampu 'membunuh' kita dan saya tidak mahu perkara itu berlaku,” jelasnya.

siapa yang layak?

SAINGAN Liga Super 2011 akan menutup tirainya malam ini. Sejak edisi sulung Liga Super diperkenalkan pada 2004, belum pernah berlaku, penentuan juara terpaksa dibuat sehingga perlawanan terakhir. Namun malam ini bakal menentukan siapakah yang lebih layak bergelar juara dan majlis penyerahan trofi akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Jumaat ini.

Salah satu daripada pasukan – Selangor, Kelantan atau Terengganu – bakal dinobatkan selaku juara Liga Super 2011 se- terusnya menempah tiket layak beraksi pada Piala AFC 2012.

Kelebihan kini tampak memihak kepada pendahulu liga, Kelantan yang hanya perlu seri ketika bertemu Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini. Jika mencatat keputusan seri atau menang, skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu sah bergelar juara buat kali pertama tanpa perlu mengetahui dua keputusan perlawanan membabitkan Selangor dan Terengganu. Namun andai Kelantan tewas, peluang untuk bergelar juara menjadi milik Selangor dengan syarat skuad kendalian K. Devan itu berjaya mencatat tiga mata penuh ketika berdepan Perak di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Ia sekali gus bakal menjadi sejarah tersendiri buat Selangor apabila muncul juara Liga Super buat tiga musim berturut-turut. Mengambil kira segala kemungkinan boleh berlaku, Terengganu turut berpeluang untuk dinobatkan sebagai juara berganda musim ini setelah skuad bimbingan Irfan Bakti itu berjaya menjulang Piala FA 2011 pada 11 Jun lalu. Terengganu hanya akan dapat menjuarai Liga Super jika mereka menang besar ke atas Felda United sambil mengharapkan Kelantan dan Selangor tewas.

Sementara itu, pasukan di tangga ke-12 dan 13 iaitu Kuala Lumpur dan Pahang ‘merebut’ satu lagi slot untuk mengiringi Perlis ke saingan Liga Premier musim depan. Kuala Lumpur yang memiliki 23 mata berdepan T-Team di Kuala Terengganu, manakala Pahang dengan 22 mata menanti kunjungan Kedah di Kuantan. Sejarah pasti tercipta andai Pahang turun ke Liga Premier 2012 kerana skuad Tok Gajah itu belum pernah sekalipun diturunkan ke saingan Divisyen Dua sejak Liga Semi-Pro diperkenalkan pada 1989.

Isnin, 4 Julai 2011

perlu menang di likas

SELEPAS hampir tiga minggu berehat, saingan Liga Super kembali menerjah peminat bola sepak tanah air esok yang menyaksikan tiga pasukan teratas terus bersaing memburu gelaran. Paling hampir untuk mencipta sejarah adalah Kelantan yang hanya memerlukan satu mata ketika mereka dijadualkan berkunjung ke Kota Kina- balu menentang Sabah untuk perlawanan terakhir bagi memastikan piala Liga Super dibawa pulang ke Kota Bharu.

Kelantan dilihat berada pada kedudukan terbaik selepas mereka menerima semula khidmat lima tonggak utama, Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, Khairul Fahmi Che Mat, Fari- sham Ismail dan Shakir Shaari yang baru pulang menunaikan tugas bersama pasukan kebangsaan. Kelibat Norshahrul yang beraksi pada perlawanan antara Malaysia dan Taiwan malam kelmarin melegakan peminat- peminat The Red Warriors selepas bintang mereka itu dilaporkan mengalami kecederaan sebelum ini.

Perlawanan malam esok bukan sahaja menyaksikan persaingan merebut piala Liga Super tetapi juga gelaran penjaring terbanyak antara Norshahrul dan Abdul Hadi Yahya dari Terengganu apabila mereka hanya dipisahkan dengan satu gol sahaja. Berdasarkan rekod pertemuan, Sabah adalah antara tiga pasukan yang gagal ditumpaskan Kelantan ketika aksi di ‘stadium keramat’ mereka, Stadium Sultan Muhammed IV apabila perlawanan hanya berkesudahan seri tanpa jaringan pada 16 April lalu.

Beraksi di Stadium Likas, The Red Warriors perlu berhati- hati kerana pasukan tuan rumah turut memiliki rekod yang cukup baik termasuk pernah menewaskan Perak dan Kedah, manakala Kelantan memerlukan kemenangan untuk mengesahkan mereka sebagai juara baru Liga Super dan menambah koleksi kemenangan di gelanggang lawan. Kelibat penjaring terbanyak Sabah, Razlan Oto dan penyerang veteran, Zainizam Mar- jam perlu diberi perhatian oleh anak-anak buah Datuk M. Karathu kerana kedua-duanya mempunyai keupayaan untuk meledakkan gol. Ketua Pasukan Kelantan, Badri Radzi ketika dihubungi bagaimanapun percaya dia dan rakan-rakan lain sudah bersedia untuk membawa pulang tiga mata penuh bagi dinobatkan sebagai juara baharu pertandingan bola sepak paling berprestij tanah air itu.

Menurutnya, kejayaan membawa pulang Piala Liga Super sudah tentu mengubat kekecewaan peminat selepas The Red Warriors terpaksa merelakan Terengganu mendakap Piala FA selepas kecundang 2-1 pada perlawanan akhir 11 Jun lalu. “Kita pergi untuk menang walaupun satu mata sudah cukup untuk kita mengesahkan kejuaraan. Apabila bermain untuk seri, kita dalam bahaya, Selangor dan Terengganu hanya tunggu masa dan kita tidak mahu berputih mata sekali lagi. “Perlawanan ini sangat penting. Saya gembira apabila lima rakan yang menyertai skuad kebangsaan akan bersama kami semua. Ia sudah tentu perlawanan yang sengit tetapi kita mahu memenanginya,” ujarnya. Tambahnya, ketiadaan Nurul Azwan Roya yang mengutip tiga kad kuning sedikit merencatkan perancangan, namun beberapa pemain lain seperti Mohd. Izuan Solahuddin mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

lahirkan lebih banyak pemain yang hebat

MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Selangor melahirkan semula pemain-pemain handalan bola sepak negara.

Beliau berkata, suatu ketika dahulu ramai pemain menggilap bakat di Selangor sebelum mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa seperti Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Abdul Ghani Minhat.

"Saya yakin Selangor mampu melahirkan lebih ramai pemain bola sepak yang handal. Allahyarham Mokhtar Dahari sendiri bermula dengan pasukan Selangor PKNS sebelum menyinar sehingga ke peringkat tertinggi," katanya ketika menerima kunjungan pasukan Selangor PKNS selaku juara Liga Premier 2011, di Shah Alam semalam.

Skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu dinobatkan sebagai juara setelah memenangi 18 daripada 22 perlawanan setakat ini, sekali gus bakal beraksi dalam Liga Super tahun depan.

skuad olimpik menentang chelsea

KEMARAAAN skuad bola sepak kebangsaan ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 memaksa perubahan terpaksa dilakukan untuk aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana England, Chelsea pada 21 Julai depan, lapor WAN FAKHRUL BAKAR. Pada asalnya, skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal dijadual untuk berdepan tiga kelab gergasi England iaitu Arsenal (13 Julai), Liverpool (16 Julai) dan Chelsea pada 21 Julai.

Namun skuad Rajagobal itu hanya akan turun menentang Arse- nal dan Liverpool kerana jadual perlawanan menentang Chelsea kebetulan hanya dua hari sebelum aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura pada 23 Julai. Sebagai alternatif, tugas untuk berdepan skuad Chelsea bimbingan pengurus baru, Andre Villas- Boas bakal digalas oleh skuad Olimpik negara iaitu Harimau Muda A bimbingan Ong Kim Swee.

Menurut Kim Swee, beliau akan menggabungkan barisan pemain Harimau Muda A dengan beberapa pemain bintang Liga Super yang tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan kendalian Rajagobal."Sudah tentu beberapa pemain utama skuad Olimpik seperti Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K. Gurusamy dan Ahmad Fakri Saa- rani tidak dapat beraksi kerana mereka ada tugas penting bersama skuad kebangsaan.

"Jadi saya akan menggunakan pemain Harimau Muda A yang lain dan dibantu antara empat hingga enam pemain luar dari pasukan Liga Super untuk mengisi mana-mana posisi yang perlu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ia sekali gus bakal membuka ruang buat beberapa pemain senior seperti Amri Yahyah (Selangor), Badhri Radzi (Kelantan), Abdul Manaf Mamat (Terengganu), Indra Putra Mahayuddin (T- Team) serta pemain-pemain lain merasai peluang berdepan Petr Cech, Ashley Cole, John Terry, Frank Lampard, David Luiz dan Fernando Torres.

Bagi Kim Swee, 41, sendiri, beliau turut berasa bertuah dapat mengendalikan pasukan yang akan bertemu kelab sebesar Chelsea yang kini dibimbing Villas- Boas yang baru berusia 33 tahun. "Selain para pemain muda kita dapat pengalaman bertemu bintang-bintang dunia, bagi kami di pihak tenaga kejurulatihan, ia penting untuk kami mempelajari sesuatu. "Ketika bergelar pemain, saya sekali berpeluang menentang kelab Brazil, Flamengo di Stadium Shah Alam pada 1994," ujarnya. Harimau Muda A yang bakal menamatkan saingan Liga Super bertemu Johor FC malam esok akan berlepas ke Slovakia penghujung bulan ini bagi latihan dan aksi persahabatan selama sebulan sebagai persiapan menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012.

Kami perlu bekerja keras dan tampil dengan rentak yang lebih agresif

"Kami perlu bekerja keras dan tampil dengan rentak yang lebih agresif."

Itu peringatan kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim (gambar) kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang aksi pusi- ngan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura penghujung bulan ini.

Jelas Safiq, dia dan barisan pemain Harimau Malaya harus mempertingkatkan rentak permainan seandainya berhasrat melangkah lebih jauh pada saingan kelayakan kali ini.

Peringatan Safiq itu bersandarkan kepada prestasi mereka ketika menentang Taiwan pada aksi kedua pusingan pertama malam tadi yang menyaksikan Harimau Malaya tewas 2-3.

"Kami banyak melakukan kesilapan sehingga membolehkan Taiwan menghukum kami. Saya harus akui, ini bukan permainan kami yang sebenar.

"Kami perlu bangkit dengan segera jika mahu meneruskan langkah. Dengan masa yang ada sebelum menentang Singapura, saya harap kami dapat memperbaiki beberapa kelemahan yang ada," kata Safiq.

Pada aksi kelmarin, barisan kendalian Datuk K. Rajagobal dilihat gagal menyerap tekanan pihak lawan, lebih-lebih lagi apabila diasak menerusi serangan balas.

Untuk memburukkan keadaan, pengadil dari Vietnam, Vo Minh Tri telah menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada Taiwan dengan menyaksikan dua daripa- danya menghasilkan gol buat tuan rumah.

"Perkara seperti ini tidak harus berterusan. Kami tidak boleh ulangi kesilapan yang sama ketika menentang Singapura nanti," jelasnya.

Bagaimanapun, Safiq tetap berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukannya yang telah berjaya merealisasikan impian Harimau Malaya mara ke pusingan kedua.

"Walaupun tidak memberikan aksi terbaik tetapi para pemain Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi bagi meraih kejayaan hari ini (malam tadi).

"Semangat serta komitmen seperti inilah yang kami harus bawa bagi menghadapi pusingan kedua menentang Singa- pura nanti," kata Safiq yang meledak gol kedua pasukan negara pada perlawanan malam kelmarin.

Harimau malaya mahu benam singapura

TAIWAN sudah ditunjuk jalan keluar, inikan pula Singapura. Justeru, pertembungan Malaysia dengan barisan skuad kebangsaan ‘import’ Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai depan pasti sengit. Andai berjaya mengatasi Singapura kelak, Malaysia mempunyai alasan tersendiri untuk bermegah kerana lawan mereka merupakan pasukan yang diwakili pemain import dan bukannya seratus peratus anak jati tempatan.

Malaysia layak ke pusingan kedua selepas membenam cabaran Taiwan dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Agregat terikat 4-4 tetapi skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu telah menghasilkan dua gol di tempat lawan malam kelmarin meskipun pada aksi tersebut Malaysia tewas 2-3. Pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lepas, Malaysia menang 2-1. Ranking antara Malaysia dengan Singapura juga tidak jauh berbeza. Malaysia berada di tangga ke-144 dunia manakala Singapura menghuni tangga ke-142.

Rekod kemenangan juga agak seimbang namun, Singapura yang dibimbing Rodojko Avramovic itu mendapat bye pusingan pertama dan telah mengadakan dua perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi saingan pusingan kedua. Pada 7 Jun lalu, Singapura mudah menewaskan Maldives 4-0 menerusi dua jaringan Qiu Li, Shi Jiayi dan Aleksandar Duric. Pada Khamis lalu pula, Singapura berjaya menewaskan kelab Perancis yang beraksi di Liga Singapura, Etoile FC 2-1 hasil jaringan Li dan Duric. Kemenangan yang mereka raih itu memang hebat tetapi, semuanya disumbangkan oleh ‘warganegara import’ mereka.

Malaysia pula seri 1-1 dengan Etoile FC pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar, Mac lalu. Li, 30, dan Jiayi, 28, merupakan dua pemain kelahiran China yang mendapat kerakyatan Singapura manakala Duric, 41, dari Bosnia mula beraksi untuk Singapura sejak 2007. Biarpun Avramovic telah menggugurkan beberapa muka lama seperti Baihakki Khaizan, Noh Alam Shah, Precious Emuejeraye dan Agu Casmir untuk senarai 33 pelatih bagi kelayakan Piala Dunia 2014, majoriti daripada pemain utama lain masih dikekalkan dalam skuad.

kelantan memburu 3 mata penuh di sabah

KELANTAN bertekad untuk meraih mata penuh pada aksi terakhir Liga Super musim ini bertemu Sabah pada Rabu ini, sekali gus dinobatkan selaku juara buat kali pertama.

Kelantan menyuarakan keinginan itu ketika juara Piala FA musim ini, Terengganu dan juara bertahan Liga Super, Selangor yakin mereka masih berpeluang memintas skuad The Red Warriors.

Bagi pengurus Kelantan, Azman Ibrahim, meskipun Kelantan hanya perlu mencatat keputusan seri untuk dinobatkan selaku juara baharu, beliau enggan mengambil risiko, sebaliknya mahu mencatat kemenangan dalam perlawanan itu.

Azman berkata, kunjungan ke Negeri Di Bawah Bayu itu bukan semata-mata mahu mencatat seri tetapi mahu memburu tiga mata penting untuk memastikan pasukan tersebut muncul juara liga musim ini.

"Inilah peluang terbaik kita menjulang kejuaraan selepas mencuba selama tiga tahun untuk bergelar juara dan para pemain juga menye- dari kita sudah terlalu hampir untuk mencapai impian tersebut.

"Saya tidak mahu bergantung kepada keputusan lain kerana apa yang kita kecapi hari ini (menduduki tangga teratas liga) adalah hasil usaha gigih kita semata-mata.

"Kegagalan dalam perlawanan akhir Piala FA lalu menjadi pengajaran dan ia menjadi suntikan semangat kepada pemain dan kita tidak mahu kecewa lagi," katanya.

Tambahnya, The Red Warriors tetap tidak memandang mudah pertemuan ini kerana Sabah merupakan sebuah pasukan yang cukup liat untuk ditumbangkan, terutamanya di tempat sendiri.

Azman memberitahu, berdasarkan sesi latihan yang ditunjukkan oleh barisan pemain, beliau optimis misi untuk membawa pulang piala itu ke negeri ini buat pertama kali ternyata tidak mustahil.

"Siapa kata kita tidak boleh mengalahkan Sabah di Kota Kinabalu. Kalau Selangor, Terengganu, Johor FC, Harimau Muda dan T-Team mampu berbuat demikian, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama.

"Malah dua pencabar terdekat kita iaitu Terengganu dan Selangor juga sudah pasti berhadapan tugas sukar kerana bermain di tempat lawan," ujarnya.

Katanya, tidak mudah bagi Terengganu untuk berhadapan dengan KL Felda United FC kerana hanya Kelantan, Selangor, Kedah dan Perak yang pernah menewaskan pasukan itu di tempat mereka.

Sementara itu, Azman turut mengesahkan kesemua lima pemain Kelantan yang bersama skuad kebangsaan menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia di Taiwan akan kembali menyertai pasukan esok.

Lima pemain tersebut ialah Nor- shahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Farisham Ismail, Mohd. Shakir Shaari dan S. Chanturu.

Harimau malaya layak ke pusingan kedua kelayakan piala dunia

Kejayaan Malaysia mara ke pusingan kedua pada Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia malam tadi memberi makna yang cukup besar buat jurulatih Datuk K. Rajagobal.

Kejayaan itu boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi buat Rajagobal yang akan menyambut hari ulang tahun ke-55 pada 10 Julai ini.

Sebelum ini, sentuhan magis Rajagobal telah membawa skuad kebangsaan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos, sekali gus menamatkan penantian kilauan emas selama 20 tahun pada temasya dwitahunan tersebut.

Rentetan kejayaan anak-anak buah Rajagobal berterusan apabila mereka dinobatkan selaku juara Piala Suzuki AFF hujung tahun lalu.

Pada aksi malam tadi, meskipun tewas 2-3 kepada Taiwan pada pertemuan kedua di Stadium Majlis Perbandaran Taipei, skuad kebangsaan tetap mara berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat dengan agregat 4-4.

Pada aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil minggu lalu, skuad Harimau Malaya itu mencipta kemenangan 2-1.

Tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak menggamamkan seketika kira-kira 25,000 penyokong tuan rumah hasil jaringan menarik pada minit kelapan menerusi sepakan percuma dari jarak 35 meter.

Gol tersebut berpunca selepas kapten Safiq Rahim dijatuhkan pemain pertahanan Taiwan, Lin Cheng-Yi.

Anak-anak buah Rajagobal berpeluang menambah jaringan menerusi beberapa percubaan menarik selepas jaringan Aidil, namun ia dinafikan penjaga gol Taiwan, Lin Po-Cheng.

Peluang terbaik skuad kebangsaan menambah jaringan hadir pada minit ke-29, namun percubaan penyerang berbisa, Nor- shahrul Idlan Talaha sekadar melepasi palang gol tuan rumah.

Dua minit kemudian, Taiwan berjaya memperoleh gol pembukaan menerusi jaringan Chang Han pada minit ke-31 setelah berlaku situasi kelam-kabut di hada- pan pintu gol Harimau Malaya.

Bagaimanapun, gol penyamaan Taiwan itu tidak melunturkan semangat barisan negara dan hasil- nya mereka berjaya memperoleh gol kedua menerusi sepakan percuma Safiq pada minit ke-38.

Sepakan percuma itu terhasil selepas pemain pertahanan Taiwan, Xavier Tsan-Yuan menjatuhkan Abdul Hadi Yahaya di luar kotak penalti.

Seminit sebelum aksi babak pertama berakhir, Chen Po-Liang kembali menggamatkan stadium dengan gol kedua tuan rumah menerusi sepakan penalti.

Apabila babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan permainan lebih terbuka dengan masing-masing melancarkan serangan ke kubu lawan.

Pada minit ke-60, pengadil perlawanan dari Vietnam, Vo Minh Tri sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti kepada Taiwan selepas pemain pertahanan, Mohd. Fadhli Shas mengasari Po-Liang. Bagaimanapun, Sharbinee muncul penyelamat apabila menafikan sepakan Po-Liang.

Menyedari Taiwan semakin ghairah melancarkan serangan ke kubu Harimau Malaya, Rajagobal membuat pertukaran dengan memasukkan S. Chanturu bagi menggantikan tempat Amirulhadi Zainal pada minit ke-65.

Minh Tri mencetuskan kemarahan kem Harimau Malaya apabila sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti kepada Taiwan pada minit ke-73. Kali ini, Sharbinee gagal menyelamatkan gawangnya daripada dirobek Xa- vier.

Sabtu, 2 Julai 2011

Harimau malaya Memburu kemenangan

BAYANGAN kesebelasan utama yang bakal diturunkan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal bagi perlawanan kedua kelaya­kan Piala Dunia zon Asia menentang Taiwan, semakin jelas selepas sesi latihan terakhir di Stadium Taipei, semalam.
Skuad kebangsaan yang berkunjung ke Taiwan de­ngan bekalan 2-1, memerlukan sekurang-kurangnya seri di sini tetapi Rajagobal tampak tidak mahu mengambil risiko dan tetap mahu melebarkan jurang defisit.
Penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha yang tidak diturunkan di Bukit Jalil Rabu lalu, kelihatan sudah mula mencapai tahap kecergasan dan Rajagobal dilihat menggandingkan Norshahrul dengan Abdul Hadi Yahaya dalam latihan semalam, selepas gandingannya di Piala AFF Suzuki, Safee Sali sekadar memerhati dari luar padang akibat kecederaan.

Kemudian, Rajagobal mencuba pula Ahmad Fakri Saarani bersama Norshahrul manakala di benteng pertahanan, kelibat Mahali Jasuli turut berada dalam kesebelasan Rajagobal, yang memberi isyarat serangan balas bakal dari sebelah sayap mungkin menjadi senjata untuk mencari kemena­ngan malam ini.

“Bayangan ke pusingan kedua sudah ada, cuma sekarang saya perlu cari gandingan terbaik yang akan diturunkan esok (hari ini),” kata Rajagobal selepas sesi latihan itu.

“Saya sudah cuba beberapa gandingan hari ini (semalam), dan saya lihat kesungguhan pemain untuk menurut arahan. Kita tunggu dan lihat corak permainan mereka nanti.
“Saya yakin mereka mampu menyempurnakan tugasan yang diberi dan keputusan akan memihak kita.”

Sementara itu, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang tidak beraksi Rabu lalu, turut kembali berlatih walaupun belum mencapai tahap kecergasan sepenuhnya.

“Saya sedia beraksi, tetapi terpu­lang kepada jurulatih sama ada menurunkan saya atau tidak,” kata Fahmi. “Siapapun pilihan jurulatih, ia adalah untuk kebaikan pasukan dan saya yakin misi utama untuk menang mampu dilaksanakan.”

PM penyokong no.1TRW

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Razak, diumum sebagai penyokong No. 1 pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW). Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Machang 1, dekat Kota Bharu Kelantan semalam. Sejurus pengumuman itu dibuat, beliau dikalungkan selendang bertulis 'Penyokong No. 1 The Red Warriors' seterusnya menerima jersi yang ditandatangani kesebelasan pemain TRW yang disempurnakan oleh presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Annuar, semasa berucap pada majlis tersebut berkata, PM merupakan antara individu yang banyak melakukan transformasi sukan negara kerana ramai jaguh sukan negara lahir daripada akademi sukan Bukit Jalil yang diilhamkan beliau sebelum ini. "PM juga adalah individu yang telah banyak membantu pembangunan sukan bola sepak khususnya di negeri ini berbanding kerajaan negeri yang sehingga hari ini tidak pernah menyumbang satu sen walau sudah beberapa kali permohonan rasmi dikemukakan oleh Kafa," katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan kesebelasan pemain TRW. Dalam pada itu Annuar, berharap kerajaan Pusat dapat mempertingkatkan bantuan demi pembangunan sukan negeri Kelantan selepas tiada komitmen daripada kerajaan negeri bagi tujuan tersebut. "Tiada stadium di dalam Malaysia kecuali Kelantan yang papan tandanya masih lagi 'cap rukah' (terpaksa panjat) setiap kali perlawanan berlangsung. Namun apa boleh buat," kata Annuar. Sementara itu, pada akhir majlis tersebut Najib menyampaikan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kafa dalam usaha memajukan lagi sukan bola sepak di negeri berkenaan.

Uitm,Ukm tampil sebagai pilihan

UiTM, UKM tampil sebagai piliha

SAINGAN bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 memasuki perlawanan kedua petang ini dengan lapan pasukan sekali lagi memburu kemenangan penting bagi mencerahkan peluang melangkah ke pusingan kalah mati. Dua pasukan pilihan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang masing-masing mengutip tiga mata berharga kelmarin, dilihat berpeluang mencatat kemenangan kedua ke atas lawan masing-masing di peringkat kumpulan.

Turun selaku juara bertahan, UiTM yang masih segar dengan kejayaan menewaskan Universiti Malaya (UM) 4-0 pada aksi pembukaan, diramal tiada masalah mengatasi pasukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam Kumpulan A di Stadium UiTM petang ini. Begitupun, mereka perlu lebih berhati-hati kerana UTHM sudah pasti mahu memburu kemenangan pertama setelah hanya mampu seri 2-2 dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelmarin.

UM pula berpeluang untuk bangkit dari kekalahan besar 0-4 mereka kepada UiTM kelmarin dengan kemenangan ke atas UMS di Stadium UPM dalam satu lagi aksi Kumpulan A. Sementara itu, UKM juga dilihat sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan B dan akan turun menentang pasukan Kolej Komuniti Kedah (KKK) di Stadium UKM petang ini. UKM, finalis tahun lepas, memburu kemenangan kedua setelah menumpaskan Politeknik Kota Bharu (PKB) 3-0 pada aksi pertama, manakala lawan mereka dari Utara itu pula dalam misi menebus aib setelah kalah 2-4 kepada Universiti Multimedia Malaysia (MMU). Begitupun, MMU yang dilihat pencabar utama UKM dalam Kumpulan B, bakal berdepan laluan sukar petang ini kerana terpaksa berdepan PKB yang mahu bangkit memburu mata pertama dalam saingan edisi tahun ini.

Skuad bolasepak wanita diberi nafas baru

EPISOD duka yang membelenggu pasukan bola sepak wanita negara mahu segera dilupakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kini sedang dalam proses pembentukan semula pasukan tersebut. Sehubungan itu, FAM mengambil langkah pertama dengan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Wanita Kebangsaan 2011 yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam bermula 22 hingga 28 Julai ini. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata, lapan pasukan dijangka akan menyertai kejohanan tersebut yang akan dikelolakan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM.

Menurutnya, kejohanan yang berbentuk karnival tersebut dianjurkan ekoran pembubaran Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia (PBSWM) berdasarkan arahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) baru-baru ini.

“Sehubungan dengan itu Kejohanan Bola Sepak Piala Tun Syarifah Rodziah tidak lagi diteruskan sebaliknya satu piala baharu akan diumumkan sedikit masa lagi dan piala ini juga akan menjadi rebutan ketika kejohanan berbentuk liga dimulakan tahun depan.

“Sasaran kita ialah 12 pasukan dijangka mengambil bahagian dalam liga pada tahun depan. Untuk itu, kita membuka penyertaan kepada semua negeri bagi mendaftarkan pasukan masing-masing sehingga penghujung Oktober depan,” katanya. Tambahnya, pasukan yang berstatus kelab juga boleh membuat permohonan tetapi perlu melalui badan gabungan untuk merealisasikan impian mewujudkan liga bola sepak wanita bermula Januari tahun hadapan.

Dalam pada itu, Annuar memberitahu, pihaknya menganggarkan peruntukan RM250,000 diperlukan untuk menganjurkan kejohanan berbentuk karnival tersebut dengan empat pasukan terbaik akan memenangi hadiah berbentuk wang tunai dan sebuah piala untuk pasukan yang menjadi johan. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM turut memaklumkan, kejohanan ini akan menjadi platform untuk membentuk sebuah pasukan bola sepak wanita kebangsaan yang mantap bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak Wanita Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Laos pada Oktober ini selain Sukan Sea penghujung tahun ini.

“Satu jawatankuasa panel pemilihan terdiri daripada empat kumpulan akan dibentuk bagi memilih seramai 40 pemain untuk menjalani sesi pemilihan pasukan kebangsaan sepanjang bulan Ogos dan September ini.

“Kita ingin meningkatkan populariti bola sepak wanita. Saya melihat kejayaan skuad futsal wanita kebangsaan boleh menjadi perangsang kepada penubuhan pasukan bola sepak wanita kebangsaan.”

Jumaat, 1 Julai 2011

UiTM garang pada aksi sulung

JUARA bertahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) membelasah Universiti Malaya (UM) 4-0 pada aksi sulung Kumpulan A saingan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 petang semalam.

Penyerang utama UiTM, Mohd. Razren Jesni muncul wira tuan rumah apabila meledak keempat-empat gol tersebut pada minit ke-14, ke-23, ke-71 (penalti) dan ke-90 pada aksi yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam itu.

"Kejayaan menjaringkan empat gol pada aksi pertama ini pastinya memberikan keyakinan serta motivasi untuk beraksi lebih baik pada perlawanan selepas ini," kata Razren, 21, pelajar tahun akhir Diploma Pengajian Sukan ketika ditemui selepas perlawanan semalam.

Namun bagi jurulatih UiTM, Omar Ali, para pemainnya masih belum mempamerkan prestasi sebenar biarpun berjaya mencatat kemenangan besar.

"Permainan tak berapa menarik, mungkin kerana pemain beraksi di bawah cuaca panas terik. Lagipun ini perlawanan pertama," kata Omar.

Sementara itu, jurulatih UM, Mashraf Mustakim pula mahu melupakan segera kekalahan besar itu dan meminta para pemainnya fokus pada baki dua perlawanan kumpulan untuk mengintai tempat ke separuh akhir.

"Masih ada dua perlawanan, kami akan beri tentangan habis-habisan. Ini pertama kali kami layak beraksi untuk saingan piala ini. Jadi kita akan analisis kesilapan pada perlawanan pertama ini," kata Mashraf.

Sementara itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada satu lagi aksi Kumpulan A di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam. Dalam Kumpulan B, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menewaskan Politeknik Kota Bharu (PKB) 3-0. MMU pula menewaskan Kolej Komuniti Kedah 4-2 di Stadium MMU.

Stadium baru buat penyokong kelantan..

PEMINAT dan penyokong setia bola sepak Kelantan bakal menyaksikan pasukan mereka beraksi di stadium yang dibina khusus untuk perlawanan bola sepak sekiranya permohonan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan peruntukan bagi membina stadium baru itu diluluskan oleh kerajaan Pusat.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (gambar) memberitahu, segala perincian telah pun hampir siap dan kini pihaknya berada di fasa terakhir untuk mengkaji beberapa aspek lagi mengenai pembinaan sebuah stadium yang berkapasiti 30,000 penyokong.

Menurutnya, tanah seluas hampir 16 hektar sudah dikenal pasti oleh pihaknya di sekitar kawasan Tunjong kira-kira lima kilometer dari bandar Kota Bharu yang dianggap paling sesuai untuk dijadikan tapak stadium.

“Pada dasarnya kita mempunyai dua cadangan tapak iaitu satu di Kampung Gading Galoh, Machang dan satu lagi di Tunjong. Tapi kita kini sedang memfokuskan tapak di Tunjong kerana ia hampir dengan Kota Bharu.

“Stadium yang akan dibina nanti adalah khusus untuk perlawanan bola sepak sahaja di mana standardnya sesuai untuk perlawanan domestik dan antarabangsa selain dibina dengan berbumbung,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, KAFA hanya memohon bantuan kewangan untuk pembinaan sahaja manakala pihaknya bersedia memikul tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan stadium tersebut kelak tanpa meminta bantuan pihak kerajaan.

Katanya, sebelum ini pihaknya bercadang untuk mengambil alih atau memajak Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (SSM IV) yang menjadi venue perlawanan melibatkan pasukan Kelantan sebelum ini namun, permohonan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri.

“Memang SSM IV menjadi pilihan pertama kita kerana sebelum ini juga kita telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kos untuk menaik tarafnya hanya menelan belanja sekitar RM6 juta sahaja namun, ia tidak menjadi kenyataan.

“Kerja-kerja menaik taraf juga hanya memerlukan masa yang lebih singkat berbanding membina sebuah stadium baru. Bagaimanapun, selepas permohonan tersebut ditolak kita optimis untuk memohon bantuan kerajaan Pusat dan ia akan dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10),” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Annuar berkata, KAFA telah menghantar sepasukan pegawai yang terlibat untuk meneliti serta membuat pemerhatian terhadap beberapa buah stadium di Eropah termasuk Cardiff City, Stamford Bride dan Emirates sebagai rujukan dalam pembinaan stadium baru tersebut.