Khamis, 30 Jun 2011

safiq rahim akan bermain di liga indonesia?

Kapten skuad kebangsaan,safiq rahim sedia berpindah ke liga indonesia selepas safiq dapat tawaran persib bandung.safiq rahim yang ingin mencari pengalaman bermain di liga indonesia mahu bermain di persib bandung walaupun beberapa kelab lain di indonesia mahu mendapatkan khidmatnya.safiq rahim yang mahu mengikuti jejak rakannya yang bermain di indonesia,safee sali.antara kelab lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat safiq ialah pelita jaya,sriwijaya fc,persija jakarta dan persiba balik papan.

Datuk K.Rajagopal mahu anak buah tunjuk aksi sebenar

JURULATIH kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengakuiyang anak-anak buahnya tidak mempamerkan rentak permainan sebenar ketika mereka menewaskan Taiwan 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Justeru pengendali berusia 55 tahun itu mahu para pemainnya kembali tampil dengan aksi sebenar yang lebih berdisiplin pada aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia di Stadium Perbandaran Taipei, Ahad ini.

"Kami bermula hambar pada 15 hingga 20 minit pertama dan tidak bermain secara agresif seperti biasa. Memang saya agak kecewa kerana selepas mendahului 2-0, barisan perta- hanan pula leka dan melakukan kesilapan mudah.

"Jadi saya mahu para pemain kembali kepada rentak sebenar permainan mereka apabila beraksi di tempat lawan pada Ahad ini.

"Saya lihat para pemain Taiwan cukup komited dan rajin pada perlawanan ini tetapi saya tetap yakin dan optimis kita akan dapat melakukan tugas dengan baik di Taipei.

"Cuma saya mahu para pemain jangan cepat hilang fokus dan main dengan lebih berdisiplin sepanjang 90 minit permainan," kata Rajagobal.

Skuad kebangsaan telah berlepas ke Taipei pada pagi semalam bagi menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat lawan itu.

Dengan penyerang utama, Safee Sali mungkin tidak sempat pulih daripada kecederaan hamstring tendon yang memaksanya dikeluarkan pada waktu rehat aksi malam kelmarin, Rajagobal mungkin terpaksa menggunakan 'senjata sulit' pasukan negara, Norshahrul Idlan Talaha.

"Saya akan buat dua atau tiga pertukaran pada kesebelasan utama berikutan masalah kecederaan dan prestasi pada aksi pertama ini.

"Saya harap Norshahrul sudah bersedia untuk diturunkan. Jika keadaan memerlukan, saya akan menurunkannya di Taipei," jelas Rajagobal.

Dua lagi pemain yang mungkin kembali dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya pada Ahad ini ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain pertahanan kanan, Mahali Jasuli.

Rabu, 29 Jun 2011

Keputusan malaysia vs taiwan

MALAYSIA 2-1 TAIWAN..

skuad olimpik ke slovakia

skuad olimpik malaysiaakan berlatih di slovakia hujung bulan 7ini dan mungkin akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan divisyen 1 liga slovakia.Skuad olimpik juga akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad olimpik republic czech dan austria.

Jumaat, 24 Jun 2011

Demam "Ngap Sayot" Melanda Sarawak

Sarawak Official Fan Club (S.A.D.I.E.H.A.F): Demam "Ngap Sayot" Melanda Sarawak: "Ngap Sayot Dibawah Kepimpinan Bos Awang Mahyan Ketika entri ini ditulis, saya merasakan bahawa slogan 'Ngap Sayot' benar-benar kembali..."

zaquan adha:kalau ada rezeki kenapa tidak..


Penyerang sensasi tanah air, Zaquan Adha Abdul Razak berazam membuktikan dia tidak kehilangan sentuhan berbisanya, meskipun menghabiskan tempoh masa lama untuk merawat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) berulang di lutut kanan.

Namanya mungkin tenggelam, malah seakan dilupakan terus peminat bolasepak tempatan, apatah lagi kelibat Zaquan yang membuat penampilan pertama selepas September 2010 pada Februari lalu, hanya dapat disaksikan 3 kali sahaja musim ini, sebelum kembali tersisih sejak 12 March lalu. 

Namun, di sebalik tahap keyakinan yang merudum, semangatnya tidak luntur, tetap membara dan Zaquan sedia menjadikan saingan Piala Malaysia yang dijangka bermula September depan, sebagai platform kembali mengegar arena bolasepak tempatan, seterusnya MEYAKINKAN BEBERAPA PASUKAN yang kini giat berusaha memancing khidmatnya.

“memang azam saya nak KEMBALI PERFORM macam dulu, tapi nak KEMBALIKAN TAHAP KEYAKINAN TU SUSAH, ia akan ambil masa, sebab selepas injury kali ni, saya TAKUT ia berulang lagi, tak nak la ia jadi balik, tapi saya TAK BOLEH LARI DARIPADA HAKIKAT, even doktor pun kata orang biasa pun boleh kena ACL, apatah lagi saya sebagai pemain. Memang kecewa bila ada orang pertikai kemampuan saya selepas ni, boleh lagi ke main, hebat lagi ke, tapi MENTAL SAYA KUAT, saya TAK PERNAH TERFIKIR NAK BERSARA AWAL, masih YAKIN DGN DIRI SENDIRI, saya akan BUKTIKAN..”. 

 Zaquan Adha
 “saya bersyukur, walaupun tahun ni main 3 kali sahaja, masih ada pasukan yang berminat, ada BEBERAPA PASUKAN contact saya tak boleh dedahkan, tapi saya masih ada kontrak, so tak elok bercakap pasal perkara ini, saya kena buktikan dulu pada Negeri Sembilan, dan kepada MEREKA bahawa saya ni MASIH MACAM DULU, BELUM KEHILANGAN SENTUHAN, susah nak buktikan kalau tak main, dan Piala Malaysia sasaran saya..”, jelas Zaquan dengan penuh semangat.

Tatkala identiti pasukan yang cuba melamarnya cuba dirahsiakan, Zaquan berkata sebagai seorang pemain professional, dia bukanlah terlalu memilih dan sedia mempertimbang tawaran mana-mana pasukan, dan ini pula respon Zaquan ketika ditanya pandangannya mengenai finalis Piala FA, serta pendahulu Liga Super, Kelantan.

“bagi saya, as a professional, mana-mana team OK. Dan Kelantan, team itu sangat-sangat professional, amat bagus, pengurusan yang cukup teratur dan bagus. Memang ada juga yang suruh saya berhijrah ke sana, dan mereka juga PERNAH OFFER saya, nak kata minat, MEMANG SAYA BERMINAT, dan KALAU REZEKI saya di Kelantan,  WHY NOT .. rezeki kita tak tahu, itu cerita akan datang tapi buat masa ni, majikan saya PBNS, dan saya patuh pada kontrak..”.

Aidil Zafuan akur tidak mudah bersaing rebut kesebelasan utama

Tamat sudah aksi kelayakan Olimpik, kini tumpuan terarah pula kepada persiapan skuad senior negara menjelang saingan getir Kelayakan Piala Dunia pusingan pertama menentang Taiwan 29 Jun depan.

Persepsi awal, aksi pusingan pertama, mungkin tidaklah sesukar mana apatah lagi Taiwan, pasukan di ranking ke-160 dunia dilihat bukanlah lawan yang mampu menghadirkan saingan hebat kepada Malaysia, yang masih lagi belum tewas sepanjang musim 2011 selepas menjuarai Piala AFF Suzuki hujung tahun lalu. 

Namun, bagi tonggak pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Razak, tanggapan sedemikian adalah salah. Aidil berpendapat skuad negara, tidak boleh memandang enteng cabaran Taiwan, memandangkan kekuatan mahupun kelemahan pasukan lawan tidak begitu diketahui, dan status sebagai pasukan kerdil itulah sebenarnya kelebihan buat Taiwan.

“kita tak pernah jumpa Taiwan, tak tahu kekuatan, tapi saya yakin coach Datuk Raja sudah mengkaji strategi dan taktikal lawan, dan akan menentukan formasi serta gameplan yg sesuai, kita akan stick to arahan coach, yg penting kena kekalkan performance supaya dapat bawa bekalan selesa..”. – Aidil Zafuan Abd. Razak.

Aidil yang mengalami kecederaan ringan ketika perlawanan persahabatan menentang Myanmar di Kota Bharu 18 Jun lalu, berkata kecederaannya sudah hampir pulih (luka sudah kering) dan sudahpun mula menjalani latihan ringan sejak beberapa hari lalu, dan menjangkakan jahitan akan dibuka dalam tempoh terdekat.

Menariknya, ketika Malaysia tewas kepada Bahrain (agg 1-4) pada aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2010, Aidil adalah salah seorang pemain yang beraksi pada perlawanan di Shah Alam, yang berkesudahan 0-0, di mana dia dilayangkan kad merah kerana mengasari Mahmood Abdul Rahman.

Justeru, perlawanan menentang Taiwan pada Rabu dan 3 Julai depan, pastinya mempunyai makna besar dalam karier Aidil, dan mahu dimanfaatkan sebaiknya pemain Negeri Sembilan ini - menjadi sebahagian daripada tonggak yang memacu kemaraan ke pusingan seterusnya, menentang Singapura yang sudah sedia menanti.

Apapun, Aidil sedar dia bukan pilihan automatik untuk mengisi kesebelasan utama Rajagobal, apatah lagi sejak mengalami kecederaan ACL pada final Piala Malaysia menentang Kelantan tahun lalu, pemain berusia 24 tahun ini tidak beraksi di mana-mana kejohanan kompetitif peringkat antarabangsa – tersisih dari skuad Piala Asia, Piala AFF Suzuki, dan hanya kembali ke skuad kebangsaan sejak 2 bulan lalu.

Dengan gandingan bidan terjun Piala AFF, Muslim Ahmad dan Fadhli Shas beraksi cemerlang bersama skuad Olimpik, dan kehadiran tonggak Kelantan Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Rosid, Aidil juga perlu bersaing dengan bek kental Perak, Hisyamudin Shaari untuk merebut kembali posisi pertahanan tengah.

“saya tersisih lama, AFF pun tak main, tapi takde masalah, peringkat awal memang persefahaman kami agak terjejas, tapi sekarang dah start pick up, kita training brsama, ada frenly game sume..so, sepatutnya takda masalah, cuma saya kena bekerja keraslah nak yakinkan coach, tengok semua tengah form, saya tahu bukan senang nak ada dalam first eleven..”. 

Jadual piala gabenor aceh

JUMAAT 24 jun ACEH SELECTION vs FELDA UNITED FC.
- SABTU 25 Jun, KEDAH FA vs SEMEN PADANG.
- AHAD 26 Jun, FELDA UNITED vs PELITA JAYA.
- ISNIN 27 Jun, SEMEN PADANG vs PERSIBA BANTUL.
- SELASA 28 Jun, ACEH SELECTION vs PELITA JAYA....

keputusan penuh perlawanan kelayakan olimpik zon asia

Pasukan-pasukan pilihan seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan Arab Saudi berjaya melangkah ke pusingan peringkat kumpulan kelayakn Olimpik Zon Asia selepas menang perlawanan masing-masing bersama-sama Malaysia. Pasukan seperti China, Korea Utara dan Iran pula antara pasukan pilihan yang tersingkir. Berikut keputusan perlawanan kedua dan aggregat (dalam kotak) semua perlawanan:



Pasukan yang bertanda * layak ke peringkat kumpulan.

kumpulan genting penaja utama aston villa

Kumpulan Genting menjadi syarikat Malaysia terbaru yang menaja kelab di Liga Perdana Inggeris. Genting Casinos, syarikat yang mempunyai operasi Kasino terbesar di UK diumumkan menjadi penaja utama baru kelab Aston Villa. Syarikat itu menandatangani perjanjian untuk menaja selama 2 tahun bermula 1 Julai ini sehingga penghujung 2012-2013. Nilai keseluruhan penajaan bagaimanapun tidak didedahkan.

Gabriel Agbonlahor menggayakan jersi 'away' terbaru Aston Villa dengan logo 'Genting'
Serentak dengan pengumuman ini, Aston Villa turut melancarkan Jersi 'away' baru untuk musim 2011-2012 dengan logo 'Genting Casinos' di dada. Genting merupakan antara syarikat antarabangsa terbesar dari Malaysia dan mempunyai perniagaan diserata dunia. Di UK sahaja, Genting mengoperasi lebih 40 buah kasino.

Minggu lepas, kelab Liga Championship, Cardiff City turut mengeluarkan jersi dengan nama 'Malaysia' tertera di dada. Perkembangan ini tentunya akan merancakkan lagi arena bola sepak negara yang sedang meningkat naik.

12 pasukan dari asia yang layak ke pusingan ke 3.

1.malaysia
2.oman
3.saudi arabia
4.uzbekistan
5.south korea
6.uae
7.syria
8.japan
9.australia
10.palestine
11.iraq
12.qatar

Malaysia satu satunya pasukan dari ASEAN yang layak ke pusinagn ke 3

Tahniah Diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana menjadi satu-satunya pasukan ASEAN yang akan beraksi pada peringkat seterusnya.selain itu pasukan-pasukan lain yang berjaya pada pusingan kedua ini ialah Arad Saudi, Uzbekistan, Syiria dan Palestin. Untuk pusingan ketiga setiap pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan undian untuk menentukan kumpulan-kumpulan berkenaan akan dibuat pada 17 Julai 2011.

Khamis, 23 Jun 2011

wan zack haikal wan nor






Biodata Wan Zack Haikal :


Nama Penuh : Wan zack hailkal bin wan nor


Tarikh Lahir : 28 Januari 1991


Tinggi : 163cm


Berat : 59kg


Kelab Sekarang : Harimau muda A



malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan olimpik

BERBISA...Wan Zack menolak bola masuk ke gawang Lubnan untuk gol kedua dan kemenangan Malaysia.
BERBISA...Wan Zack menolak bola masuk ke gawang Lubnan untuk gol kedua dan kemenangan Malaysia.
SEMANGAT juang tinggi dipamer skuad Olimpik negara biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 40 minit terakhir untuk menewaskan Lubnan 2-1 pada pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 semalam dipuji jurulatih Ong Kim Swee.
Menurutnya, barisan pemain muda negara membuktikan kemampuan sebenar biarpun berdepan dengan asakan bertali arus Lubnan yang hanya perlu mencari gol penyamaan untuk meranapkan impian Malaysia di laman sendiri.

“Pemain membuktikan kemampuan walaupun beraksi dengan 10 pemain selama 40 minit, mereka begitu bersungguh-sungguh, menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi untuk memenangi perlawanan malam ini (semalam).
“Bagaimanapun bagi saya ini hanya satu permulaan dan banyak lagi yang perlu diperbaiki kerana saingan kita lebih mencabar di pusingan ketiga,” katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, Malaysia berjaya mencipta gemilang hasil ledakan dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor.

Bagaimanapun skuad negara sedikit tertekan apabila beraksi dengan 10 pemain apabila pemain tengah bertahan Gary Steven Robbart dilayangkan kad merah pada minit ke-50.

Kesempatan itu pantas diambil Lubnan yang merapatkan kedudukan pada minit ke-63 menerusi Chadi Atie. Biarpun diasak bertubi-tubi, benteng pertahanan kekal ampuh bertahan untuk memastikan Malaysia layak ke pusingan ketiga buat kali pertama sejak 1984.

Ketika ditanya mengenai detik getir 40 minit terakhir itu, Kim Swee berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa harapan skuad Olimpik negara akan musnah di tangan Lubnan selepas mereka kehilangan Gary yang banyak berfungsi mengekang asakan di bahagian tengah.
“Dalam fikiran saya kami tetap layak, saya tetap positif kerana kami tetap mendahului permainan. Saya yakin dengan anak buah saya,” katanya.

Pada perlawanan pertama pusingan kedua di Beirut Ahad lalu, kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Skuad Olimpik negara sebelum ini layak ke pusingan kedua selepas mengatasi Pakistan menerusi agregat 2-0 Mac lalu. Kejayaan menempah tiket ke pusingan ketiga ini membolehkan mereka mendapat tempat untuk bersaing dengan 11 lagi pasukan terbaik Asia di peringkat kumpulan bagi merebut slot ke Sukan Olimpik London 2012 bermula September depan.

Kali terakhir Malaysia layak ke temasya sukan terbesar itu di Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972.

Isnin, 20 Jun 2011

persiapan datuk k.rajagopal terjejas

persiapan datuk k.rajagopal terjejas kerana 4 pasukan tidak mengadakan perlawanan persahabatan menentang malaysia.4 pasukan tersebut ialah maldives,macau,dan filipina belum lagi memberi jawapan.oleh itu,skuad negara terpaksa mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab di dalam negara atau kelab dari negara lain.kelab yang akan ditentang malaysia masih lagi dirahsiakan.

Ahad, 19 Jun 2011

pengulas berbahasa inggeris

Pemain import akan mewarnai kancah bola sepak negara bagi musim hadapan (2011-2012) dan 2 pemain mestilah dari Asia Tenggara. Ini adalah satu tindakan bijak dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penulis secara peribadi merasakan FAM semakin matang dalam membuat keputusan. Walaupun Liga M kerap kali berubah format, akan tetapi keputusan untuk membenarkan mana-mana persatuan atau kelab di Liga M menggunakan khidmat pemain import adalah satu tindakan yang bijak.
Walaubagaimanapun tindakan tersebut adalah berbahaya jika FAM tidak membuat beberapa kekangan atau syarat kerana kita sudah maklum bagaimana pemain Malaysia tenggelam dengan kelibat hero dari Eropah dan Afrika terutamanya. Namun tindakan mengenakan syarat “wajib” bagi mana-mana persatuan untuk memastikan 2 orang pemain mestilah dari Asia Tenggara boleh diibaratkan sebagai tindakan yang berkali-kali lebih bijak memandangkan ia mampu menjadikan stadium dipenuhi juga oleh pekerja asing yang berjumlah lebih 3.5 juta di Malaysia ini. Kebanyakanya juga adalah dari negara-negara Premier dalam bola sepak seperti Indonesia, Vietnam, Myanmar, dan Singapura.
Martin Tyler & Andy Gray adalah contoh pengulas yang mempunyai pengikut tersendiri seluruh dunia
Pengulas Berbahasa Inggeris??
Penulis merasakan sudah sampai masanya untuk syarikat telekomunikasi yang sedang memegang hak eklusif Liga M (Astro) untuk mengguna pakai Dwi Bahasa dalam penyampaian ulasan di TV. Bahasa yang dimaksudkan adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Astro juga adalah syarikat telekomunikasi yang menyokong penggunaan dwi bahasa dalam mana-mana channel yang dibawah kelolaan Astro seperti Astro Arena dan channel-channel lain.
Mengapa?
Berikut merupakan pandangan penulis mengenai “Mengapa Liga Malaysia Memerlukan Pengulas Berbahasa Inggeris”:
  • 2 Pemain import mestilah dari ASEAN dan ini mampu meningkatkan lagi jumlah penonton di stadium dari kalangan warga ASEAN. Kita sedia maklum Malaysia adalah “lubuk pekerjaan” bagi kebanyakan negara ASEAN dan ini sudah terbukti semasa zaman Selangor menggunapakai Bambang Pamungkas & Ellie ABoi dari Indonesia.
  • Rakyat ASEAN di Malaysia pasti teruja bila dapat tahu pemain dari negara mereka bermain di Malaysia dan bagi peminat yang menonton di kaca Television akan dapat merasai suasana bola sepak dengan lebih selesa dimana mereka dapat menikmati suara pengulas berbahasa inggeris.
  • Tidak mustahil untuk mana-mana negara di Asean membeli hak penyiaran dari Astro dan menyiarkannya di negara mereka sendiri berikutan terdapat pemain dari negara sendiri di Liga M. Penulis berpendapat negara prospek yang dirasakan paling berpotensi adalah Filipina, Timur Leste dan Myanmar.
  • Indonesia sebagai contoh, kehadiran Safee Sali ke Liga Super Indonesia menjadikan peminat bola sepak di Malaysia teruja menonton aksi Safee Sali di TV Indonesia yang di siarkan secara “Live Streaming” menerusi internet. Itu kerana tidak ada mana-mana syarikat telekomunikasi di Malaysia yang sanggup membeli hak penyiaran dari negara jiran tersebut. Jika ada bagaimana?
  • Liga M akan lebih mudah diterima oleh rakyat negara lain khususnya di ASEAN andai kata pengulas berbahasa Inggeris digunakan. Liga Jepun, Liga Korea, dan Liga Perdana Inggeris sebagai contoh kejayaan liga dari luar negara yang berjaya mengkormesialkan lagi liga mereka di luar negara menerusi bahasa inggeris.
Tidak perlu abaikan Bahasa Malaysia sebaliknya buat dwi-bahasa. Tidak mustahil untuk Liga Malaysia menjadi sehebat Liga Perdana Inggeris suatu hari nanti andai kata aspek-aspek “kecil” seperti ini diberi penumpuan dan dilaksanakan.
Jenis bahasa Inggeris yang dicadangkan adalah “British English” memandangkan ia lebih digemari ramai dan dianggap lebih classy berbanding accent Amerika atau accent tempatan.
Pemain import akan mewarnai kancah bola sepak negara bagi musim hadapan (2011-2012) dan 2 pemain mestilah dari Asia Tenggara. Ini adalah satu tindakan bijak dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penulis secara peribadi merasakan FAM semakin matang dalam membuat keputusan. Walaupun Liga M kerap kali berubah format, akan tetapi keputusan untuk membenarkan mana-mana persatuan atau kelab di Liga M menggunakan khidmat pemain import adalah satu tindakan yang bijak.
Walaubagaimanapun tindakan tersebut adalah berbahaya jika FAM tidak membuat beberapa kekangan atau syarat kerana kita sudah maklum bagaimana pemain Malaysia tenggelam dengan kelibat hero dari Eropah dan Afrika terutamanya. Namun tindakan mengenakan syarat “wajib” bagi mana-mana persatuan untuk memastikan 2 orang pemain mestilah dari Asia Tenggara boleh diibaratkan sebagai tindakan yang berkali-kali lebih bijak memandangkan ia mampu menjadikan stadium dipenuhi juga oleh pekerja asing yang berjumlah lebih 3.5 juta di Malaysia ini. Kebanyakanya juga adalah dari negara-negara Premier dalam bola sepak seperti Indonesia, Vietnam, Myanmar, dan Singapura.
Martin Tyler & Andy Gray adalah contoh pengulas yang mempunyai pengikut tersendiri seluruh dunia
Pengulas Berbahasa Inggeris??
Penulis merasakan sudah sampai masanya untuk syarikat telekomunikasi yang sedang memegang hak eklusif Liga M (Astro) untuk mengguna pakai Dwi Bahasa dalam penyampaian ulasan di TV. Bahasa yang dimaksudkan adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Astro juga adalah syarikat telekomunikasi yang menyokong penggunaan dwi bahasa dalam mana-mana channel yang dibawah kelolaan Astro seperti Astro Arena dan channel-channel lain.
Mengapa?
Berikut merupakan pandangan penulis mengenai “Mengapa Liga Malaysia Memerlukan Pengulas Berbahasa Inggeris”:
  • 2 Pemain import mestilah dari ASEAN dan ini mampu meningkatkan lagi jumlah penonton di stadium dari kalangan warga ASEAN. Kita sedia maklum Malaysia adalah “lubuk pekerjaan” bagi kebanyakan negara ASEAN dan ini sudah terbukti semasa zaman Selangor menggunapakai Bambang Pamungkas & Ellie ABoi dari Indonesia.
  • Rakyat ASEAN di Malaysia pasti teruja bila dapat tahu pemain dari negara mereka bermain di Malaysia dan bagi peminat yang menonton di kaca Television akan dapat merasai suasana bola sepak dengan lebih selesa dimana mereka dapat menikmati suara pengulas berbahasa inggeris.
  • Tidak mustahil untuk mana-mana negara di Asean membeli hak penyiaran dari Astro dan menyiarkannya di negara mereka sendiri berikutan terdapat pemain dari negara sendiri di Liga M. Penulis berpendapat negara prospek yang dirasakan paling berpotensi adalah Filipina, Timur Leste dan Myanmar.
  • Indonesia sebagai contoh, kehadiran Safee Sali ke Liga Super Indonesia menjadikan peminat bola sepak di Malaysia teruja menonton aksi Safee Sali di TV Indonesia yang di siarkan secara “Live Streaming” menerusi internet. Itu kerana tidak ada mana-mana syarikat telekomunikasi di Malaysia yang sanggup membeli hak penyiaran dari negara jiran tersebut. Jika ada bagaimana?
  • Liga M akan lebih mudah diterima oleh rakyat negara lain khususnya di ASEAN andai kata pengulas berbahasa Inggeris digunakan. Liga Jepun, Liga Korea, dan Liga Perdana Inggeris sebagai contoh kejayaan liga dari luar negara yang berjaya mengkormesialkan lagi liga mereka di luar negara menerusi bahasa inggeris.
Tidak perlu abaikan Bahasa Malaysia sebaliknya buat dwi-bahasa. Tidak mustahil untuk Liga Malaysia menjadi sehebat Liga Perdana Inggeris suatu hari nanti andai kata aspek-aspek “kecil” seperti ini diberi penumpuan dan dilaksanakan.
Jenis bahasa Inggeris yang dicadangkan adalah “British English” memandangkan ia lebih digemari ramai dan dianggap lebih classy berbanding accent Amerika atau accent tempatan.

liga bola sepak wanita tahun hadapan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mewujudkan liga bola sepak wanita di setiap negeri bermula pada tahun hadapan. Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, perjalanan sistem liga untuk pasukan wanita itu hampir menyamai Liga Malaysia yang ada sekarang dan yakin bakal mendapat sambutan daripada pasukan setiap negeri.
“Keputusan mengadakan liga bola sepak wanita ini diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa bola sepak wanita kebangsaan yang dipengerusikan saya beberapa hari lalu. Ini satu medan bagi FAM memilih pemain untuk pasukan kebangsaan wanita yang boleh disandarkan harapan menyertai pertandingan peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita, semalam.
Beliau berkata, badan induk itu juga akan mengadakan satu karnival bola sepak wanita peringkat kebangsaan pada 23 Julai ini sebagai persiapan memilih pemain untuk mewakili pasukan kebangsaan pada satu kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Laos pada Oktober ini.
“Kita ada masa beberapa bulan lagi untuk menyiapkan pasukan wanita kebangsaan dan sebab itu karnival bola sepak wanita ini juga akan menjadi landasan untuk memilih pemain ke sana,” katanya.
Beliau berkata, selain itu beberapa pemain futsal wanita yang menyerlah ketika menyertai beberapa kejohanan futsal dianjur beberapa pihak sebelum ini juga diintai FAM bagi menyerapkan mereka menyertai pasukan kebangsaan.

Pemain Terbaik Malaysia

"Kali ni gua nak story pasal pemain terbaik Malaysia dulu dan sekarang. Siapa pemain terhebat paling rockers sekali. Mokhtar Dahari, Hassan S..."

jadual liga super 6 julai 2011

N.sembilan vs perlis
std paroi,8.45 mlm.
pahang vs kedah
std darul makmur,8.45 mlm.
harimau muda A vs johor fc
std shah alam,8.45mlm
felda vs terengganu
std klfa,8.45mlm
perak vs selangor
std perak,8.45 mlm.
sabah vs kelantan
std likas,8.45 mlm.

kelayakan olimpik:sekadar seri

Empat cubaan menuju sasaran tetapi skuad olimpik malaysia gagal menyempurnakan peluag yang terhidang.percaturan OKS untuk bertahan pada babak pertama dan melakukan asakan selepas rehat ternyata berkesan apabila lubnan yang dianggap lebih hebat,kerap kali terperangkap gerakan pantas harimau malaya.malaysia akan melayan kunjungan lubnan di stadium nasional bukit jalil pada khamis ini.

kecederaan aidil tidak serius

Pemain pertahanan serba boleh, Aidil Zafuan Abdul Razak, meminta penyokong tidak risau akan kecederaan dialaminya pada perlawanan persahabatan menentang Myanmar pada Sabtu.  

Aidil memaklumkan kecederaannya tidak begitu serius, hanya mengalami luka (OPEN WOUND) kerana terkena stud, hingga menyebabkan kulitnya terkoyak, dan dijangka tersisih antara 10-14 hari.

Perkara ini disahkan Jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah yang segera menghubungi Aidil awal pagi tadi.

Azraai berkata beliau lega apabila Aidil sendiri memaklumkan kecederaan itu tidak seserius dijangka apatah lagi daripada gambaran awal ia seolah kecederaan teruk, dengan luka yang menampakkan tulang, dan darah yang mengalir keluar tanpa henti.

“Alhamdulillah, nothing serious, saya bercakap dengan dia personally, dan dia minta don’t worry, hanya small OPEN WOUND. Fisio nasihatkan dia dibawa ke hospital utk x-ray, sebab khuatir ada keretakan so on, tapi Alhamdulillah nothing bad. Dia boleh kembali dalam seminggu dua, kita minta dia cepat sembuh, sebab dia pemain yg penting..”. – Azraai Khor Abdullah

Apapun, Azraai tidak pasti sama ada Aidil boleh diturunkan pada perlawanan terakhir liga menentang Perlis di Paroi, dan semuanya bergantung kepada secepat mana Aidil pulih daripada kecederaannya ini.

Sementara itu, cubaan SS untuk mendapatkan pandangan Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Datuk K.Rajagobal mengenai pengganti Aidil untuk perlawanan menentang Taiwan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia, andai Aidil tidak sempat pulih tepat pada waktunya belum berhasil, selepas beberapa panggilan tidak berjawab. 

Malaysia akan menentang Taiwan dalam dua perlawanan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia, pada 29 Jun dan 3 Julai depan, selain persiapan untuk beberapa perlawanan persahabatan selepas itu.

safiq rahim,kunanlan setaraf eropah

jurulatih myanmar mengatakan pemain harimau malaya setaraf eropah.safiq rahim dan s.kunanlan merupakan pemain bertaraf eropah,kata jurulatih myanmar.jurulatih myanmar juga meyifatkan harimau malaya mampu pergi lebih jauh.

Sabtu, 18 Jun 2011

piala gabenor aceh 2011

group A..                           group B..
persiba bantul(ina)             aceh selection(ina)
semen padang(ina)            pelita jaya(ina)
buriran(thai)                      thai port(thai)
kedah(mas)                       perak(mas)

ego

malam tadi aku tengok perlawanan malaysia lwn myanmar dengan kawan2 aku kt bistro.bayangkan x sampai 10 orang yang nk tengok match t'sebut.klau kelab bpl maen,bkan maen lgi,pnuh tmpat dduk..malaysia mnang skalipn,maseh x nk yg support.manusia yg xsupport negara diorang sndiri,tu nmanya EGO.klau bkan kita,spa lgi nk support negara sendiri.fikir fikirkan la ye...

banyak perlu dibaiki

Malaysia berjaya menewaskan Myanmar 2-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu semalam. Gol Malaysia dijaringkan dalam setiap separuh masa oleh Amirulhadi Zainal dan Baddrol Bakhtiar.Perlawanan yang pada awalnya berlangsung dalam padang yang agak becak pada awalnya akibat hujan lebat pada petang itu, sedikit mengganggu kelancaran permainan.


Sekiranya melihat keputusan itu, tentunya ia keputusan yang boleh dianggap baik. Namun, Malaysia sebenarnya mampu mencatat keputusan lebih selesa sekiranya jentera serangan mempunyai penyudah yang lebih berkesan. Terdapat sekurang-kurangnya 3 peluang jelas untuk menjaringkan gol, tetapi ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

Disebalik itu, bahagian tengah dilihat bermain agak baik dengan kapten, Safiq Rahim yang bergandingan dengan Shakir Shaari dilihat mempunyai keserasian biarpun baru pertama kali bersama. Baddrol Bakhtiar yang juga pemain terbaik perlawanan bermain dengan sangat baik meskipun terlepas banyak peluang keemasan untuk menambah gol.

Baddrol banyak terlepas peluang menjaringkan gol
Di bahagian pertahanan, sedikit berita merisaukan adalah apabila Aidil Zafuan yang mengalami kecederaan yang agak serius terus diusung kedalam ambulans. Dia yang bermain cemerlang sepanjang permainan bersama Farisyam Ismail kini mungkin menghadapi risiko terlepas perlawanan kelayakan Piala Dunia menetang Taiwan hujung bulan ini. Aidil yang sebelum ini kerap mengalami kecederaan tercedera di buku lali selepas melakukan 'tackle' keatas pemaiin Myanmar sejurus sebelum dia yang sepatutnya digantikan oleh Rizal Fahmi.

Secara keseluruhan, prestasi Malaysia boleh dianggap baik cuma kurang berkesan dihadapan pintu gol. Masih banyak yang perlu dilakukan sebelum menentang taiwan nanti.

muslim kecewa

BEK tengah negara, Muslim Ahmad menyuarakan rasa kecewa dengan laporan sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Kumpulan NSTP) berkenaan isu rasuah yang melanda negara, termasuk disyaki menular sehingga ke skuad kebangsaan.

“Memang kecewa apabila tuduhan begitu dilemparkan kepada kami ketika kami sedang bermati-matian berjuang untuk menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa,” kata Muslim yang tiba bersama rakan sepasukannya ke Beirut, Lubnan kelmarin.

“Ketika menang kami disanjung, tetapi apabila kalah, macam-macam tuduhan pula timbul. Tertekan juga kami apabila membaca laporan itu ketika pasukan berdepan cabaran penting di luar negara.

“Bagaimanapun jurulatih Ong Kim Swee menasihatkan kami untuk tidak mempedulikan sebarang laporan atau kritikan negatif yang mampu menjatuhkan semangat dan moral kami. Kami menganggap itu sebagai antara cabaran yang perlu dihadapi seorang pemain bola sepak profesional.”

Skuad negara dikejutkan dengan laporan akhbar berkenaan yang mendakwa rasuah berlaku di dalam skuad kebangsaan termasuk skuad Olimpik selepas kekalahan 0-1 dan 0-4 kepada Kemboja dan Qatar dalam siri perlawanan persahabatan menjelang pusingan kedua kelayakan Olimpik bertemu Lubnan.

Terdahulu, kapten skuad Harimau Malaya, Shafiq Rahim turut menyuarakan perasaan sama apabila dia dan rakan-rakan didakwa mengatur keputusan perlawanan.

jersi baru cardiff city

          jersi cardiff city tertera nama malaysia.

malaysia vs myanmar

malaysia 2-0 myanmar

shaun maloney

Shaun Richard Maloney (lahir Januari 24, 1983 di Miri, Sarawak, Malaysia) merupakan seorang pemain bola sepak antarabangsa Scotland yang bermain untuk kelab celtic dalam Liga scotland. Beliau bermain sebagai seorang pemain tengah (midfielder) atau penyerang.

brendan gann

Brendan has not been capped for Australia nor Malaysia. Brendan is qualified to play for Australia as he was born and raised at Australia. He is also qualified to play for Malaysia through parentage. But Brendan has yet not decided to play for either Australia or Malaysia. however, in a recent interview Gan revealed that he is interested to play for Malaysia and he would be open to play for Malaysia if the opportunity arises.[11]
On 4 February 2011, Brendan officially declared his interest and desire to play for Malaysia on a recent interview with Astro Awani. The possibility of Gan playing for Malaysia was first mooted in late 2009 when he spoke via telephone to the FourFourTwo (TV series) on Astro SuperSport. Brendan says that he had been watching Malaysia playing at the 2010 AFF Suzuki Cup and he was very interested to play with the Malaysian Tigers. The Football Association of Malaysia supported this decision and had allowed Brendan to play for Malaysia. This decision was encourage by Sydney FC and his father, who is a Malaysian Chinese from Negeri Sembilan, Malaysia.[12][13]

According to FIFA, Brendan would have to drop his Australian passport in order to play for Malaysia.[citation needed]

masalah akademi

Di malaysia,ramai pemain remaja bawah 16 tahun tidak tahu cara nak mengembangkan lagi bakat mereka kerana tidak ada akademi yang mahu mengambil pemain berusia 16 tahun kerana bagi pihak akademi usia 16 tahun sudah terlambat.pihak akademi haruslah memberi peluang kepada semua pemain berbakat menyertai akademi atau pasukan.ramai bakat muda negara menyertai akademi bola sepak di luar negara.antara pemain yang menyertai akademi luar negara ialah naim ahmad(birmingham city).ash hameed(queens park ranger)wan kuzain wan kamal(sifc force soccer club)dan tam.sheang tsung(cardiff city).harap malaysia mampu melahirkan lebih ramai bakat muda.

tadashi takeda

Tadashi Takeda (born 27 July 1986 in Penang, Malaysia) is a Malaysian-born Japanese professional football player, currently playing for the Japanese club Fagiano Okayama. He primarily plays as a central defender, but has also operated at right back.

kelantan vs pelita jaya

kelantan akan menetang pelita jaya pada perlawanan persahabatan yang akan diadakan pada 2 julai di stadium sultan muhammad ke iv.kelantan juga akan menyenaraikan pemain import dari croatia,bosnia,nigeria dan mungkin juga england.

but safee sali di pelita jaya


kasut yang di pakai safee sali di pelita jaya tertera nama safee sali.

khairul fahmi jadi pelakon

Penyanyi Andi A Merican sanggup menunggu penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk melakonkan muzik video pertamanya berjudul Solo yang akan dilancarkan pada Khamis ini.
Andi berkata, dia mengambil masa selama tiga bulan menunggu maklum balas Khairul Fahmi kerana pemain bola sepak itu sibuk dengan perlawanan dan latihan selain merupakan anggota pasukan bola sepak Kelantan.
“Saya tunggu Apek selama tiga bulan untuk menjayakan muzik video ini. Jadi, apabila dia mempunyai masa terluang dan boleh turun ke Kuala Lumpur untuk latihan pasukan kebangsaan baru dia boleh melakukan penggambaran itu dan pihak produksi perlu mengikut masanya.
“Bekerjasama dengannya sangat seronok kerana dia seorang yang merendah diri dan kelakar,” kata Andi kepada mStar Online.

lagenda supermokh

Imbasan kenangan 1982 perlawanan persahabatan diantara Selangor menentang Boca Juniors berkesudahan Boca Juniors menang 2-1 ke atas Selangor. Boca yang diketuai oleh Maradona bintang langenda bola sepak dunia turut mengagumi kehebatan Mokhtar Dahari sehingga  Majalah World Star Soccer mengiktiraf beliau sebagai Penyerang Terbaik Asia




Selain itu, beliau juga turut membantu Malaysia memenangi perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Juara Piala FA 1975 iaitu Arsenal. Perlawanan tersebut berkesudahan Malaysia menang 2-0. Ketika itu Arsenal di wakili oleh pemain handalan seperti Rimmer, Moncini, Storey dan Kidd.

Melalui imbasan ini telah terbukti bahawa Mokhtar Dahari adalah seorang bintang lagenda bola sepak negara  yang tiada tolok tandingnya.

pemain termahal di malaysia


Azman Adnan mula mencipta nama bersama skuad Olimpik Barcelona negara di bawah kendalian Chow Kwai Lam, namun kejayaannya menjaringkan 22 gol untuk Kuala Lumpur dalam saingan musim 1991 ketika hanya berusia 21 tahun menarik minat Selangor, Pahang dan Kedah untuk mendapatkan khidmat beliau.

Kuala Lumpur dalam usaha mereka untuk memastikan ayam tambatan mereka tidak terlepas tidak teragak-agak untuk meletakkan harga RM1 juta kepada mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan khidmat Azman. Namun hasil perbincangan lanjut, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Tan Sri Elyas Omar bersetuju melepaskan Azman ke Selangor dengan yuran perpindahan dalam lingkungan RM250,000 - RM300,000, satu jumlah yang kekal tertinggi di kalangan pemain tempatan sehingga ke hari ini.
"Antara skill yg jarang dimiliki oleh pemain lain, Azman mampu melakukan sepakan sambil berlari kiri dan kanan.Pergerakan badan beliau yg mengelirukan pertahanan"

15 stadium terbesar di dunia

1. Rungrado May Day Stadium
Terletak di Pyongyang, Korea Utara dan mampu menampung 150.000 penonton


2. Salt Lake Stadium
Terletak di Calcutta, India dan mampu menampung 120,000 penonton

3. Estadio Azteca
Terletak di Mexico City, Mexico Mexico dan mampu menampung 114,465 penonton

4. Bukit Jalil National Stadium
Terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan mampu menampung 110,000 penonton

5. Jawaharlal Nehru Stadium
Terletak di New Delhi, India dan mampu menampung 100,000 penonton

6. Melbourne Cricket Ground
Terletak di Melbourne, Australia dan mampu menampung 100,000 penonton

7. Camp Nou
Stadium ini di miliki oleh kelab sepak bola BARCELONA, stadium ini terletak Barcelona, Spain yang mampu menampung 98,772 penonton

8. Est dio do Maracan
Terletak di Rio de Janeiro, Brazil mampu menampung 95,000 penonton

9. Wembley Stadium
Stadium ini adalah stadium kebanggaan warga England terletak di London, England mampu menampung 90,000 penonton

10. Azadi Stadium
Terletak di Teheran, Iran stadium ini mampu menampung 90,000 penonton

11. Gelora Bung Karno Stadium
Stadium terbesar di Indonesia ini yang terletak di Jakarta, Indonesia mampu menampung 88,000 penonton

12. Luzhniki Stadium
Stadium ini terletak di Moscow, Russia mampu menampung 84,745 penonton

13. Telstra Stadium
Stadium ini terletak Sydney, Australia mampu menampung 83,500 penonton

14. Olimpiyskiy
Stadium ini terletak di Kyiv. Ukraine mampu menampung 83,450 penonton

15. Stadio Giuseppe Meazza
Stadium ini adalah stadium dari 2 kelabb besar di Italia iaitu Inter Milan dan AC Milan, tapi Untuk Stadium AC Milan Stadium ini bernama SAN SIRO, stadium ini terletak di Milan, Italia mampu menampung 82,955 penonton

bakat muda

Nicholas Chan Opsyen Terbaik Untuk Skuad Negara




Nicholas Chan 19 tahun anak kepada pemilik kelab Liga Kejohanan , Cardiff City Dato Chan Tien Ghee mendapat peluang untuk mencuba nasib di kelab itu. Dia tidak pernah beraksi bersama mana - mana kelab di liga super atau liga perdana di Malaysia tapi sebelum ini, dia pernah mencuba nasib di kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United dan Stoke City. Dia boleh dianggap " utility player" kerana boleh bermain di bahagian pertahanan dan tengah.

Seorang lagi pemain yang berbakat terlepas pandang oleh FAM. Hairan jugak kerana tiada sebarang publisiti dan tiada pernah dipelawa untuk beraksi sekurang- kurangnya bersama skuad Harimau Muda. Mungkin ramai akan kata " Mesti dia guna pengaruh ayahnya ". Ok....
Saya akan ceritakan serba sedikit pengalamannya sebelum dia pergi ke tahap ini. Mungkin ini akan merubah segala persepsi para pembaca yang dikasihi sekalian.

Mula belajar bermain bola sepak ketika kecil lagi dan hanya bermain di kawasan rumahnya bersama bekas pemandu ayahnya yang merupakan bekas pemain bola sepak. Ayahnya sendiri kurang berpengetahuan pasal bola sepak dan pembelian kelab Cardiff pun di ketahui melalui Nicholas sendiri ketika dia menghantar permohonan untuk mencuba nasib di kelab - kelab di Britain.

Karier bola sepaknya bermula ketika berusia 15 tahun, ketika itu dia menuntut sekolah Sri KDU dengan menyertai kejohanan Piala Gothia di Sweden. Piala Gothia bukan calang - calang kejohanan kerana telah melahirkan beberapa pemain yang terkemuka di dunia antaranya Alan Shearer, Andrea Pirlo, Xabi Alonso dan Emanuel Adebayor.


Gothia cup, Sweden

Untuk merebut tempatnya ke kejohanan itu, dia terpaksa melalui rejim pemilihan yang agak ketat bermula pada April 2004. Seramai 60 orang termasuknya terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat mereka di mana setiap minggu seorang atau dua orang akan disingkirkan. Dia berjaya dengan segala ujian tersebut dan diterima menyertai pasukan itu yang dinamakan KL International kerana dibarisi oleh pemain - pemain campuran dari beberapa negara seperti Malaysia, India, China, Sri Lanka, Jepun, British dan dari negara penganjur sendiri iaitu Sweden!

Di kejohanan itu, mereka bermain 5 perlawanan di mana mereka menang 3 perlawanan dan mengalami 2 kekalahan untuk menduduki tempat ke 16 dari 42 pasukan dalam kategori yang mereka sertai. Di situlah dia mengutip pengalaman yang amat berharga dan banyak belajar erti disiplin, kerjasama antara rakan sepasukan, kepimpinan, semangat daya juang dan keyakinan.


Tahun lepas dia menjalani percubaan di West Ham melalui kenalannya yang berada di Newcastle. Dia mendapat pengalaman permainan selama 7 minit dalam liga simpanan selepas menggantikan Ricardo Scimeca pada minit 83 dimana perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1 - 1 dan selepas itu diberi peluang untuk beraksi ketika menentang pasukan Hereford.


Ketika di West Ham United


Ketika ini dia masih berada di Malaysia untuk menghabiskan pengajian peringkat A -Level dan selepas tamat, dia dijangka kembali ke sana untuk mencuba nasib untuk beraksi di Cardiff City.
Dia pernah ditawarkan beraksi di Major League Soccer namun menolaknya kerana dia lebih berminat beraksi di Eropah berbanding di sana.

pemain malaysia beraksi di luar negara


Brendan Gan, Sydney FC

Tam Sheang Tsung,  Sagan Tosu JC

Tadashi Takeda, Fagiano Okayama FC
Titus James Palani, CS Meaux
 Nicholas Chan, West Ham - Kelantan

Stanley Bernard Samuel, Sporting de Goa - Sabah

Ash Hameed, Queens Park Rangers
Wan Kuzain Wan Kamal, United States

Shaun Maloney, Celtic (Play For Scotland)