Khamis, 1 Disember 2011

masalah misteri nazmi faiz

Institut Sukan Negara (ISN) akan menjalankan beberapa ujian ke atas pemain muda berbakat, Muhamad Nazmi Faiz Mansor bagi mengenalpasti 'masalah misteri' kekejangan otot yang membelenggu pemain itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Ramlan Abd Aziz berkata, pihaknya akan meminta pemain Harimau Muda itu untuk menjalani pemeriksaan lengkap yang merangkumi aspek kesihatan, fisiologikal dan biokimia dalam tempoh terdekat.
"ISN telah dimaklumkan oleh jurulatih Ong Kim Swee mengenai masalah yang dialami Nazmi dan kami akan memanggil untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh.
"Biarlah Nazmi mendapat rehat secukupnya terlebih dahulu.
"Ada banyak kemungkinan berhubung masalah itu, namun untuk mengenalpasti masalah sebenar, ISN perlu menjalankan kajian berdasarkan hasil laporan pemeriksaan.
Menurut Dr. Ramlan, masalah itu bagaimanapun bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini ISN pernah dirujuk masalah seumpama yang berlaku ke atas beberapa pemain pelapis badminton dan hoki.
"Ia bukannya satu penyakit dan bukan untuk dirawat. ISN yakin dapat mencari punca sebenar masalah tersebut dan mengatasinya.
"Pada masa sama, janganlah kita terlalu mengharap dan menjangka daripada Nazmi, hakikatnya dia masih sangat muda," ujarnya.
Dr. Ramlan berkata, sebaik proses tersebut selesai ISN akan menyerahkan laporan kepada jurulatih di samping mengemukakan beberapa syor bagi mengatasi masalah Nazmi.

Khamis, 3 November 2011

Faizal Muhammad terima tawaran terengganu

PEMAIN pinjaman Terengganu daripada Harimau Muda A, Mohd Faizal Muhamad, sah dilamar skuad Penyu musim depan selepas dia menyatakan persetujuan untuk menyarung jersi skuad itu sebaik selesai kontrak bersama pasukannya.

Pemain kelahiran Sentul Patah, Marang, Terengganu itu berkata kontraknya bersama Harimau Muda A akan tamat pada 31 Disember ini dan dia minta dilepaskan daripada skuad itu untuk menabur bakti bersama negeri kelahirannya musim depan.


“Ya, saya minta dilepaskan daripada skuad Harimau A musim depan untuk beraksi bersama skuad Terengganu yang sudah menyatakan kesediaan untuk melamar saya,” kata pemain berusia 22 tahun itu.


Pada saingan Piala Malaysia yang berakhir minggu lalu, pemain itu berjaya membentuk gandingan mantap bersama kapten, Marzuki Yusof, di benteng pertahanan sekali gus menambat hati Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengikatnya musim depan.


Selain itu, pemain yang pernah membantu negara menjulang trofi Piala Suzuki AFF Disember tahun lalu mengakui keputusannya untuk mewakili Terengganu musim depan disebabkan untuk membantu pasukan itu selepas kecewa gagal mendakap trofi berprestij itu minggu lalu.


“Sebab itu saya memilih Terengganu untuk berkhidmat musim depan biarpun turut mendapat tawaran daripada pasukan lain,” kata pemain itu yang kini berada dalam kem kebangsaan menghadapi Sukan Sea di Indonesia minggu depan.



Sebelum ini, PBSNT dalam mesyuarat awal skuad itu menyatakan enggan melepaskan beberapa pemain utamanya yang dikatakan meminta pelepasan untuk beraksi bersama skuad lain pada musim depan.


Antara pemain yang dikekalkan trio peledak, Abdul Hadi Yahaya, Abdul Manaf Mamat dan Mohd Ashaari Samsuddin. Turut dikekalkan Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Marzuki Yusof, Joseph Kalang Tie, Reesyafiq Alwi, Ismail Faruqi Ashari, Ahmad Nordin Alias, Mazlizam Mohamad dan penjaga gol kedua Mohd Sharmiza Yusoff. Selain itu, Mohd Faizal berkata, dia berikrar untuk membalas kepercayaan PBSNT dengan aksi terbaiknya pada musim depan terutama dengan kehadiran jurulatih berpengalaman.


“Saya akan memberikan persembahan terbaik pada musim depan dalam misi skuad mendakap Piala Malaysia,” katanya. lebih-lebih dengan kehadiran Mat Zan Mat Aris yang sudah membuktikan kemampuannya membawa Terengganu muncul juara Piala Malaysia pada 2001,” katanya.

YOB uji pemain import.

DUA bekas pemain kebangsaan adalah antara 10 tenaga import yang akan diuji Perak dalam ujian pemilihan selama 10 hari di Ipoh bermula 21 November ini.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemain terbabit kecuali berkata kedua-duanya membabitkan bekas pemain kebangsaan manakala seorang lagi pemain bawah 23 tahun.


Khairul Azwan berkata, awang impot yang disenarai pendek itu pula dicadangkan ejen berdaftar dengan Fifa, AFC dan FAM.


Katanya pemain terbabit berasal dari Afrika, Brazil, Australia dan Lubnan serta tidak pernah beraksi dalam kancah bola sepak tempatan sebelum ini.


“Tiada orang lama yang akan datang kerana kumpulan ini membabitkan muka baru dan tidak pernah terbabit dalam kancah bola sepak di negara ini,” katanya.


Katanya semua pemain berusia bawah 28 tahun dan beraksi di posisi tengah atau penyerang dalam liga Divisyen 1 atau Perdana negara masing-masing.



“Perak berharap dapat menyelesaikan isu pemilihan pemain import sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain pada 8 Disember,” katanya.


Khairul yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata Seladang akan mengadakan kunjungan ke Indonesia pada minggu kedua Disember nanti.

RM 20,0000 sebulan tawaran PBSNT kepada Irfan Bakti.

GAJI RM20,000 sebulan. Itu tawaran yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kepada Irfan Bakti yang telah membuat keputusan mengejut untuk meninggalkan skuad bola sepak Terengganu.

Perkara itu dinyatakan sendiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang turut berharap semua pihak menghormati keputusan jurulatih kelahiran Kelan- tan berusia 60 tahun itu yang memilih Sela- ngor sebagai destinasi baharu.

“Dia dah minta naik gaji dari RM18,000 sebulan kepada RM20,000, kita dah beri. Tapi kita kena hormati juga hasrat dia nak tinggalkan Terengganu, mungkin Selangor tawar lebih baik lagi,” katanya kepada pemberita di Kemaman semalam.

Malah, Ahmad yang merupakan peminat No. 1 bola sepak di Terengganu akhirnya se- cara terbuka merelakan pemergian juru- latih itu, sekali pun ia merupakan satu kepu- tusan yang sukar.

Katanya, Irfan yang enggan menyambung kontrak selama dua tahun bersama PBSNT apabila kontrak asalnya berakhir pada 30 November ini, mempunyai hak untuk berbuat demikian demi masa depannya dalam membangunkan sukan bola sepak negara.


“Perkara ini biasa kerana seseorang juru- latih tak akan kekal lama dengan satu-satu pasukan.

“Bila mereka ada di kemuncak mungkin mereka akan hadapi tekanan lebih besar, jadi mereka akan fikir tawaran lain.

“Kita tak boleh paksa kerana dia mungkin perlukan suasana yang lebih menggembira- kan dan tiada tekanan,” jelasnya lagi.

Mengenai cadangan sekumpulan penyokong yang berhasrat untuk mengadakan de- monstrasi bagi menuntut Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan, Ahmad menjelaskan, perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Demonstrasi dengan slogan ‘Suara Kebangkitan Bola Sepak Terengganu' itu bakal diadakan di pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang ini.

“Dari segi pencapaian, mereka (PBSNT) dah tunjuk kebolehan. Terengganu berjaya menjuarai Piala Malaysia, naib juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super.

“Mana lagi negeri yang ada dua pasukan dari satu negeri berjaya masuk ke peringkat akhir (Piala Malaysia). Kalau ada kurang kat mana tu, kita betulkanlah,” tambahnya.

khairul fahmi mahu kritikan yang membina.

KHAIRUL Fahmi Che Mat memohon kepada peminat bola sepak segera menghentikan kritikan ke atasnya kerana mahu memberi fokus 100 peratus membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta. “Peminat boleh kritik tapi bagilah kritikan yang boleh membina semangat. Jika mahu terus mengkritik biarlah ia berkaitan prestasi di dalam padang. “Bagi saya semua ini harus ditolak ke tepi. Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal lain dan hanya mahu fokus kepada Sukan SEA saja,” kata penjaga gol skuad negara itu, semalam selepas dipalit kontroversi baru membabitkan soal peribadinya, baru-baru ini.

Malaysia membuka tirai perlawanan Kumpulan A menentang pasukan tetangga, Singapura, Isnin ini.

Ketika sama dia tidak menganggap ia satu masalah baru dengan pelantikan Baddrol Bakhtiar selaku kapten pasukan ke Sukan SEA.

“Tidak ada sebarang masalah,” kata Apek yang menerima apa saja keputusan jurulatih, Ong Kim Swee.
Dia menambah: “Baddrol pemain lebih berpengalaman berbanding saya dan berhak diberi tugas ini.

“Bagi saya siapa dipilih kapten tak penting. Apa perlu dilakukan adalah beri komitmen penuh dan saya ajak rakan lain memberi kerjasama kepada Baddrol untuk pulang membawa pingat emas sekali lagi.”

Indra putra,Norfarhan kembali ke pangkuan TRW?

Sireh pulang ke gagang. Indra Putra dan Nor Farhan pernah membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2010


Adakah bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose akan kembali kepangkuan skuad The Red Warriors pada musim hadapan. Segalanya akan terjawab Selasa ini.


Ketiga-tiga pemain terbabit merupakan tunggak utama The Red Warriors ketika merangkul Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah pada 2010. Turut dikaitkan untuk beraksi dengan Kelantan pada musim depan ialah sayap kanan Selangor, Amirulhadi Zainal.


Selasa ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan senarai penuh pemain termasuklah pemain import tempatan yang akan mewakili The Red Worriors bagi musim hadapan.

Rabu, 2 November 2011

senarai pemain malaysia di sukan sea 2011

SENARAI LENGKAP PEMAIN MALAYSIA DI SUKAN SEA 2011 :

GK: Khairul Fahmi, Izham Tarmizi.

DEF: Zamer, Mahalli Jasuli, K. Reuben, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Amer Saidin, Asraruddin Putra, Syazwan Zainol, Zubir Azmi, Aziz Ismail.
... ...
MID: Yong Kuong Yong, Wan Zack, Syahrul Azwari, Shukur Jusoh, Gary Steven Robbat, K. Gurusamy, Irfan, Nazmi, Izuan Solahuddin, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam.

ST: Baddrol Bakhtiar, Izzaq Faris, Thamil Arasu, Fakri Saarani

Sabtu, 22 Oktober 2011

trio sang penyu sandaran k.rajagopal.

NAMPAK gayanya, pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengharapkan sentuhan 'Sang Penyu' apabila majoriti 26 pemain yang dipanggil men- jalani latihan menjelang perlawanan antarabangsa menentang India bulan depan terdiri daripada pemain pasukan Terengganu.

Tujuh pemain tersebut - Abdul Hadi Yahaya, Mazlizam Mohamad, Mohamad Ashaari Samsudin, Mohd. Faizal Muhamad, Mohd. Sharbinee Allawee, Joseph Kalang Tie termasuk penjaring gol 'pelik bin ajaib', Abdul Manaf Mamat - merupakan antara wajah-wajah yang diberikan kepercayaan kali ini.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan lantaran kecemerlangan kesemua pemain itu membantu Terengganu yang kini berada di landasan terbaik untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia apabila mendahului secara agregat 2-0 ke atas Selangor ketika ini.

Dalam masa sama, kehadiran semula 'arkitek' berbakat, Safiq Rahim dari Sela- ngor yang sebelum ini 'tercicir' ke Australia, juga kembali dipilih bersama dua rakan sepasukannya iaitu Bunyamin Umar dan Nasriq Baharom serta penjaga gol pin- jaman dari Universiti Sains Malaysia, G. Jeevananthan.

Penjaga gol kental Sang Rusa, Mohd. Farizal Marlias juga tersenarai kali ini dan dijangka bersaing hebat bersama Jeevananthan dan Sharbinee bagi merebut jersi No. 1 negara lantaran ketiadaan 'Hero Malaya', Khairul Fahmi Che Mat yang akan berjuang bersama Harimau Muda pada te- masya Sukan SEA di Jakarta kelak.




--------------------------------------------------------------------------------



Antara yang menjadi pilihan Rajagobal berdasarkan prestasi cemerlang bersama pasukan masing-masing pada edisi Piala Malaysia kali ini termasuklah tonggak Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah, S. Kunanlan, Norhafiz Zamani Misbah dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.

Penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali juga antara muka-muka lama yang masih mendapat kepercayaan Rajagobal bersama Izzaq Farris Ramlan, Amar Rohidan, Mohd. Azmi Muslim dan S. Chanturu.

Tonggak Kuala Lumpur, Yong Kuong Yong dan dua tonggak Kelantan, Muhammad Ab Aziz Ismail dan Mohd. Rizal Fahmi Ab. Rosid juga masih diberikan peluang walaupun gagal membantu pasukan masing-masing layak lebih jauh pada saingan Piala Malaysia kali ini.

Rajagobal juga dilihat melakukan sedikit kejutan apabila menyenaraikan tonggak Universiti Teknologi Mara, Amir Ridzwan Taj Tajudin untuk menjalani ujian pada kali ini.

Ternyata, hanya yang terbaik sahaja menjadi pilihan Rajagobal bagi membentuk pasukan yang mantap ketika menentang India kelak, lantaran kekecewaan dibelasah 0-5 oleh Socceroos awal bulan lalu masih lagi terasa.

Begitupun, penyerang sayap berbisa Selangor, Amirulhadi Zainal dilihat masih ga- gal menebus tempatnya dalam skuad kebangsaan apabila tidak disenaraikan walaupun kembali mempamerkan aksi cemerlang bersama Gergasi Merah setakat ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya memberitahu, kesemua 26 pelatih terbabit dikehendaki mela- porkan diri di Wisma FAM pukul 10 pagi pada 1 November depan.

Menurut kenyataan itu, para pemain akan menjalani latihan selama tiga hari di Pulau Langkawi, Kedah sebelum kembali menjalani latihan pusat di Wisma FAM se- lama seminggu selepas itu.

Pasukan Harimau Malaya dijadualkan bertemu India di negara itu antara 10 hingga 17 November depan, waktu yang lebih kurang sama semasa 'adik' mereka, Harimau Muda berjuang di bumi Indonesia bagi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Laos dua tahun lalu.

terengganu,n9 ke final.

TERENGGANU dan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi.

Negeri Sembilan yang melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menang 2-1 sekali gus mara dengan agregat 6-3.

Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, Negeri Sembilan menang 4-2.

Terengganu pula mara dengan agregat 4-1 selepas membenam Selangor 2-1 pada aksi kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu, gergasi Pantai Timur itu melakar kemenangan 2-0 sekali gus memusnahkan ‘Misi 33’ skuad bimbingan P. Maniam itu.

Final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam

Jumaat, 21 Oktober 2011

Skuad 26 Pelatih yg akan dipanggil di Kem Latihan Pusat Kebangsaan untuk menentang INDIA pada 13 dan 16 November 2011

Skuad 26 Pelatih yg akan dipanggil di Kem Latihan Pusat Kebangsaan untuk menentang INDIA pada 13 dan 16 November 2011:~
GK- Sharbinee Alawee, Farizal Marlias, G.Jeevanathan

DF- Nasriq Baharom, Aidil Zafuan, Mazlizam Muhammad, Aziz Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Faizal Muhamad, Norhafiz Zamani Misbah, Azmi Muslim, Amir Redzuan

... MF- Bunyamin Omar, Safiq Rahim, Shahurain Abu Samah, Joseph Kalang Tie, S.Chanturu, Amar Rohidan, S.Kunanlan

FW- Safee Sali, Abdul Manaf Mamat, Ashari Samsudin, Yong Kuong Yong, Shahrizal Saad, Izzaq Faris Ramlan, Abdul Hadi Yahaya

Rabu, 19 Oktober 2011

skuad jang kini diambang final piala malaysia

Skuad Jang kini di ambang final Piala Malaysia

NEGERI Sembilan menafikan kelebihan T-Team yang beraksi di halaman sendiri selepas meraih kemenangan 4-2 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kedua-dua pasukan saling berbalas gol pada separuh masa pertama, namun Negeri Sembilan membuktikan mereka lebih hebat sekali gus membawa be...kalan selesa menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Paroi, Sabtu ini.


Pemain tengah, Shahurain Abu Samah memastikan Negeri Sembilan di depan seawal minit keenam apabila merembat masuk ke gawang tuan rumah selepas menerima hantaran cantik pemain sayap, S Kunanlan.

Namun kegembiraan pasukan pelawat tidak lama apabila lima minit selepas itu, bekas penyerang skuad negara, Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan untuk T-Team selepas menanduk cantik ke gawang Negeri Sembilan.


Pemain veteran, Hairuddin Omar bagaimanapun memastikan skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah di depan sekali lagi selepas menerima hantaran silang Mohd Shukor Adan sebelum menanduk masuk pada minit ke-25.


T-Team menyamakan kedudukan semula hasil gol sumbangan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-41 sebelum Hairuddin sekali lagi menyumbang gol ketiga untuk Negeri Sembilan menerusi tandukan tajam selepas menerima hantaran cantik Kunanlan pada minit ke-43.


Bersambung babak kedua, Kunanlan yang sering menjadi perancang pada separuh masa pertama, menjaringkan gol keempat untuk Negeri Sembilan pada minit ke-51 selepas menerima hantaran dari Shukor.

-metro on9-

Isnin, 17 Oktober 2011

lagenda:shamsurin abdul rahman

nombor jersi yang menjadi rebutan pada ketika itu ada 2 iaitu nombor 9 dan nombor 14. Mengapa?? Kerana pada era ENCANG SARWAK ENCANG (1992 - 2003) merupakan zaman kemuncak bolasepak Sarawak & player kegemaran pada masa itu antaranya Shamsurin Abdul Rahman & Affendi Julaihi...



Menjadi idola era Alan Vest

Beliau telah bermain sebanyak 5 musim dengan pasukan negeri asalnya Melaka & 7 musim dengan pasukan Bujang Senang.. Ramai yang tidak tahu bahawa pada asalnya beliau sebenarnya pada asal bermain di posisi pertahanan (kiri, kanan & tengah)! Beliau hanya menjadi famous di posisi serangan setelah menerajui jentera serangan Sarawak yang diketuai oleh John Hunter..


Saya masih ingat bagaimana set up serangan Sarawak pada ketika itu.. High ball - cushion header daripada John Hunter - Shamsurin finish it up with left foot.. Kedua-dua pasangan striker ini amat digeruni pada ketika itu disebabkan gerakan ini..


Bagaimana Alan Vest menemui Shamsurin?


Seingat saya semuanya bermula dalam siri persahabatan pra musim tahun awal 90-an (klak refresh balit memory) Sarawak menentang Melaka.. Perlawanan amat sengit, Sarawak control game.. attack silih berganti tapi buntu kerana goalkeeper Melaka pada masa itu umpama Spiderman.. Shooting lah kemana arah pasti dapat di selamatkan.. Perlawanan berakhir dengan jaringan seri 0-0..


Esok keluar dalam local newspaper, Alan Vest berminat menyunting 3 pemain Melaka iaitu Mazelan Wahid (goalkeeper), Ong Kim Swee (midfield) - pindah Sabah 1994 & Shamsurin Abdul Rahman (striker). Satu Sarawak terkejt di sebabkan ketiga-tiga player ini langsung tidak dikenali.. Tapi Sultan (gelaran Alan Vest) dah nampak potensi mereka bertiga dan akhirnya memberikan hasil pulangan yang sangat lumayan..


Selepas bermain dengan Sarawak ketiga-tiga player ini menjadi success dengan terpilih mewakili Malaysia & pada ketika ini Ong Kim Swee bertindak sebagai jurulatih Harimau Malaya.. Alan Vest = Alex Ferguson! hehe..


Penjaring Terbanyak Sarawak Dalam Satu Match


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Shamsurin Abdul Rahman memegang rekod sebagai pemain Sarawak yang paling banyak mejaringkan gol dalam satu perlawanan iaitu sebanyak 4 gol! Perlawanan ini berlangsung di Stadium Negeri menentang Negeri Sembilan pada tahun 1993-1994 .. Sarawak menang 6-0 (Shamsurin 4 gol & Ong Kim Swee 2 gol)..


Zamri Morshidi - please take note.. Mun kita diat commentator EPL ada jak milestone or history di padah.. Kali tok I dah ngeluar milestone yang u perlu kejar.. =)


International Career - Malaysia


Selain itu kemuncak kerjaya Shamsurin adalah terpilih mewakili Malaysia di Tiger Cup 1996.. Beliau telah menjaringkan 4 gol dalam kejohanan tersebut! Selain Shamsurin, Affendi Julaihi juga menempa nama dalam sejarah sebagai penjaring gol untuk Malaysia.. After these two sikda lagik dah.. oo tedah





4 goals
Kurniawan Dwi Yulianto - (bekas pemain Sarawak era Captain Gulzar)
Peri Sandria
Samsurin Abdul Rahman
Win Aung
Fandi Ahmad
Võ Hoàng Bửu


Di mana Shamsurin Sekarang?


Beliau ada di Kuching sekarang! Seriuss!! Beliau telah dilantik menjadi ketua jurulatih Skuad Presiden Cup Sarawak..


Beliau telah tercatat dalam sejarah bolasepak Sarawak sebagai penyerang terulung tempatan.. Karier beliau berakhir setelah mengalami kecederaan serius di bahagian ankle ketika mewakili Malaysia di pra-piala dunia di Jeddah.. Setelah itu prestatsi beliau semakin merudum dan berakhirnya karier sebagai salah seorang striker terulung Malaysia sebaris dengan Azman Adnan...


Terima kasih Shamsurin Abdul Rahman!

Era kegemilangan NGAP SAYOT!

Manager and coach: Alan Vest
The Squad: Mazlan Wahid, Stanley Frazier, Zaidel Sakup, Dahlan Matussin, Jasmi Mahmud, Roslan Ismail, Ahmad Fairuz Yunus, Nazri Yunus, Ibrahim Mantali, Jalil Ramli, Mohd Ali Sapiee, Ramos Sari, Ramles Sari, Shamsurin Abd Rahman, Affendi Julaihi, Bobby Pian
Foreigners: David Evans (Aus), Alistair Edwards (Aus), William Bone (Eng)




Dari Atas Kiri: Ibrahim Mentali, Alistair Edwards, Ali Sapiee, Zaidel Sakup, Mazelan Wahid (gk), David Evans (C).
Bawah Kiri: Roslan Ismail, Ahmad Fairus Yunus, Dahlan Matussin, Affendi Julaihi, Billy Bone


Sarawak 1997 Ratings
With Australian Alastair Edwards and Samsurin Abdul Rahman in attack, coach Alan Vest should be satisfied. Vest has also strengthened the midfield with Englishman Billy Bone. The towering David Evans has proven to be reliable in defence. Vest will be looking for consistency in the team to land a silverware.
(Star Sports)


The nearly-there team for the last few seasons. After the FA Cup triumph in 1992, Sarawak have always threathened to achieve something but have never done so. Manager Alan Vest has often said his side consists of a bunch of average players and the question that needs to be answered is whether they can lift themselves to a higher pedestal this season.
(Mervyn Tajem)


I love to see them win something this year. A reward for all the good work which coach Alan Vest has done with them. Having Alistair Edwards as their goal hunter, they may have their best chance yet. English midfielder Billy Bone also looks an exciting prospect for a team who have a reputation for starting strongly, only to fumble at the final hurdle. Very aggressive side and like their East Malaysian neighbours, lighting fast on the break. They thrive on a reliable defence and in Mazlan Wahed, have someone gifted enough enough to challenged Khariul Azman as the country's best goalkeeper. But the team still seem to lack big-match temperament needed to be a championship winning outfit. I hope it will be different for them this year.


*** (Holger Obermann - Head Coach and Technical Adviser FAM Youth Department)




Legendary right wing - Affendi Julaihi (No 14)


David Evans - 6 foot 6 inch tower!!

Malaysian premier league table
as at 17.09.97
TABLE
P W D L F A Pts

SARAWAK 28 17 3 8 40 23 54
KEDAH 28 15 5 8 64 44 50
SABAH 28 14 7 7 42 28 49
SELANGOR 28 14 4 10 45 35 46
BRUNEI 28 13 6 9 52 39 45
PERLIS 28 13 6 9 42 36 45
N. SEMBILAN 28 12 8 8 40 31 44
PERAK 28 12 5 11 51 41 41
K. LUMPUR 28 10 8 10 29 34 38
PAHANG 28 10 7 11 42 39 37
PENANG 28 8 9 11 26 33 33
JOHOR 28 10 2 16 35 44 32
KELANTAN 28 8 4 16 33 58 28
MALACCA 28 6 6 16 31 61 24
TERENGGANU 28 6 4 18 26 55 22


Note: Perlis awarded a 3-0 win over Terengganu for
fielding a suspended player on May 20. Terengganu
won 2-1. Sarawak were also awarded a 3-0 win over
Perak by default.


Dalam ruangan box tercatat piala diserahkan kepada Sarawak dalam kotak sahaja!




Crocs Hotshots LEAGUE FA CUP
Alistair Edwards. 12 2Affendi Julaihi. 8Ramos Sari. 5Shamsurin Abdul Rahman. 4Billy Bone. 4 1Nazri Yunus. 3 1Bobby Pian. 1 3Ramles Sari. 1Mohd Ali Sapiee. 1

ROAD TO LEAGUE TITLE

HOME MATCHES AWAY MATCHES


SARAWAK 1 BRUNEI 0 BRUNEI 1 SARAWAK 0

SARAWAK 1 JOHOR 0 JOHOR 0 SARAWAK 1SARAWAK 2 KEDAH 1 KEDAH 1 SARAWAK 2SARAWAK 2 KELANTAN 0 KELANTAN 3 SARAWAK 1 SARAWAK 1 K LUMPUR 0 K LUMPUR 1 SARAWAK 0SARAWAK 4 MALACCA 1 MALACCA 1 SARAWAK 0SARAWAK 1 N SEMBILAN 0 N SEMBILAN 3 SARAWAK 1SARAWAK 1 PAHANG 0 PAHANG 0 SARAWAK 2SARAWAK 2 PENANG 1 PENANG 0 SARAWAK 1SARAWAK 3 PERAK 0 PERAK 1 SARAWAK 1SARAWAK 1 PERLIS 1 PERLIS 2 SARAWAK 0SARAWAK 2 SABAH 0 SABAH 2 SARAWAK 1SARAWAK 4 SELANGOR 1 SELANGOR 2 SARAWAK 1SARAWAK 2 TRENGGANU 0 TRENGGANU 0 SARAWAK 2

Sayang sekali Sarawak tewas dalam Piala FA menentang Selangor.. Tangar piala di pegang..Kertas ajak! kempang ati FAM

Dalam gambar: Roslan Ismail ketika menentang pasukan Sabah

Yap Kim Choon abu-abu.. nerajang Alistair Edwards.. semua player Sarawak nyerbunya .. Diat gine captain Sarawak, Ali Sapiee as leader.. TEAM SPIRIT sangat kuat .. SARAWAK menang 4-1 match tok! Best nak? Tapi sayang pada ketika Sarawak dinobatkan sebagai champion piala liga itu cuma diletak di dalam kotak dan dihantar pakai kapal terbang tanpa seorang pegawai FAM pun.. Malah pada match terakhir celebration Sarawak sebagai juara hanya dengan trophy kertas walhal telah dinobatkan sebagai juara sebelum match terakhir.. Apa leh buat semuanya sejarah! Di harap Sarawak season 2011 tok bangkit.. Jadikan sejarah 1997 sebagai benchmark.. Since Alan Vest, Shamsurin ada di Kuching.. Tanyakkan macam ney sidak masa ya gel very well.. Apa mentaliti sidak menentang opponent yang ada player star... Spirit gung ho ya mesti diteruskan!Come on Sarawak!!

Affendi Julaihi lagenda bola sepak malaysia


Masihkah anda mengingati Pemain Lipas Kudung Ini....Affendi Julaihi, nama yang tidak asing lagi pada peminat-peminat sukan bola sepak di Sarawak. Pemain ini nak katakan pakar mengelecek seperti RYAN GiGs tidak juga. Satu-satunya keistimewaan pemain ini adalah lariannya yang sangat laju. Tak melampau kalau saya samakan beliau seperti Arron Lennon, pemain midfield Totenham. Pada masa pemain ini masih lagi beraksi di pentas bola sepak negara.....stadium sentiasa penuh. ramai orang nak tengok. Bukan macam sekarang tak sampai suku stadium yang dipenuhi. Apa nak jaadi dengan bola sepak kita sekarang. Malah ku pada masa itu pun minat pasukan sarawak macam aku minat dengan pasukan Manchester United sekarang yang dipenuhi pemain-pemain bintang. Sangat bangga dengan pasukan sarawak. Diharap suatu hari nanti akan muncul pemain lipas kudung seperti Affendi JulaLAIHI untuk memeriah dan mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak di Sarawak serta Malaysia. MAjulah sukan untuk orang orang SArAWAK.Setakat ini sememangnya belum ada seorang pun pemain di Malaysia yang dapat menandingi kelajuan larian yang dimiliki oleh AFFENDI JulaiHi.

dicopy dari blog peminat bolasepak s'wak..

Ahad, 16 Oktober 2011

Amri tiada,Rudie ada


Amri tiada, Rudie ada
BAGI memastikan “Misi 33” terus membara, pengendali Selangor, P Maniam menyediakan perancangan awal sekiranya terpaksa turun tanpa kelibat kapten berpengaruh, Mohd Amri Yahyah dalam peringkat separuh akhir Piala Malaysia, malam esok.

Maniam sudah menamakan dua bekas penyerang kebangsaan, Mohd Rudie Ramli atau Mohd Fadzli Saari sebagai ganti bagi merobek gawang Terengganu dal...am aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam nanti.

“Saya sudah mencuba mereka dalam sesi latihan hari ini (semalam) namun saya perlu menunggu keputusan MRI (magnetic resonance imaging) Mohd Amri esok (hari ini) untuk mengetahui tahap sebenar kecederaan pada kaki kanannya yang dialami semasa bertemu Perak pada Jumaat lalu,” katanya.

Tambah Maniam, sekiranya perancang tengah yang sudah mempamerkan aksi terbaik di barisan serangan itu tidak dapat beraksi, ia tidak akan menjejaskan pasukannya kerana masih mempunyai barisan pemain yang berkualiti untuk memberikan cabaran kepada juara Piala FA itu.

“Kami masih mempunyai Mohd Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Hardi Jaafar dan Azidan Sarudin untuk menguatkan jentera serangan. Jadi usaha Terengganu untuk mencatatkan kemenangan bukan tugas yang mudah terutamanya menentang Selangor di depan penyokong sendiri,” katanya yang kini cemerlang membawa Selangor melepasi badi suku akhir Piala Malaysia.

Namun Maniam tetap menganggap juara 32 kali Piala Malaysia itu akan turun selaku pasukan underdog berdepan naib juara Liga Super itu yang mempunyai barisan pemain yang cemerlang terutamanya Ashari Shamsuddin yang meledak dua gol ketika beraksi di Kota Bharu pada Jumaat lalu.

"Kami kena berwaspada kerana tahap keyakinan mereka adalah tinggi selepas menyingkirkan juara bertahan, Kelantan selain pengalaman luas yang dimiliki pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim dalam mengatur strategi,” katanya.

sumber-Hmetro

Tteam Bukan Lagi 'penumpang'


T-Team bukan lagi 'penumpang'

SIAPA sangka pasukan yang pernah dilabel sebagai 'penumpang' selain penuh dengan kontroversi dalaman kini sudah selangkah untuk mencipta kemasyhuran dalam bola sepak Malaysia.

Kelmarin, T-Team yang berpangkalan di Kuala Terengganu muncul satu-satunya pasukan berstatus kelab yang masih bersaing di pentas Piala Malaysia apabila mengesahkan slot ke pusingan separuh akh...ir.

Kejayaan bersejarah itu dilakar hasil kemenangan agregat 4-2 ke atas finalis tiga kali, Sabah sekali gus meletakkan T-Team dalam lipatan sejarah apabila buat pertama kali berada dalam slot empat pasukan terbaik.

Dengan penuh tenang, jurulatih- nya, Yunus Alif menyifatkan keja- yaan itu adalah hasil kerja keras pihak pengurusan, jurulatih dan pemain yang sama-sama mempunyai nekad untuk menjulang nama T-Team.

"Siapa sangka kami boleh pergi sejauh ini dan saya rasa semua pihak pasti terkejut. Sejak dari awal saingan lagi saya telah meng- ingatkan para pemain bahawa kami hanya ada satu peluang untuk mencipta kejayaan dan peluang itu ada pada Piala Malaysia.

"Kami gagal dalam saingan Liga Super dan terkandas awal dalam persaingan Piala FA.

"Jadi, pemain perlu berubah dan bekerja keras untuk memasti- kan misi meraih satu piala pada musim ini menjadi kenyataan," kata Yunus kepada Kosmo! Ahad semalam.

Beliau secara jujur turut menga- kui, pasukan kendaliannya kini telah mencapai prestasi terbaik dalam bola sepak seperti mana diinginkan oleh mana-mana jurulatih.

Bagaimanapun katanya, beliau terpaksa menunggu untuk satu tempoh yang lama sebelum melihat kebangkitan T-Team dalam bola sepak Malaysia.

"T-Team merupakan sebuah pasukan yang mengamalkan sistem menyerang dan jika dilihat kepada statistik jaringan dalam Piala Malaysia, kami merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol.

"Seharusnya kredit diberikan kepada para pemain yang begitu cekal dan bersungguh-sungguh walaupun pasukan ini kerap dilabel sebagai pasukan underdog," jelasnya.

Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin, T-Team berjaya menewaskan Sabah 2-1 hasil jaringan Fitri Omar dan Zairo Anuar sekali gus mara ke separuh akhir dengan agregat 4-2.

Kemenangan itu membolehkan T-Team menghitung pertemuan dengan bekas juara, Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir pertama 18 Oktober ini.

"Kami tidak kisah siapa lawan kami di separuh akhir kerana misi kami adalah untuk memenangi setiap perlawanan. Kami telah pergi sejauh ini dan sudah pasti kami tidak mahu berhenti di sini.

"Pemain juga telah berikrar untuk berjuang habis-habisan dan saya harap semangat ini dapat di- teruskan sehingga kami menjejaki pentas final," katanya.

sumber-kosmo

Jumaat, 14 Oktober 2011

keputusan penuh suku akhir piala malaysia 2011

keputusan penuh:
kelantan 3-5 terengganu
sabah 2-4 tteam...
perak 1-4 selangor..
felda 1-3 n9..
...
nxt match..
terengganu vs selangor..
tteam vs n9..

keputusan penuh suku akhir piala malaysia 2011

keputusan penuh:
kelantan 3-5 terengganu
sabah 2-4 tteam...
perak 1-4 selangor..
felda 1-3 n9..
...
nxt match..
terengganu vs selangor..
tteam vs n9..

Khamis, 13 Oktober 2011

joseph kallang tekad ratah kijang


Joseph tekad ratah Kijang SEKALIPUN berjaya membawa bekalan dua gol ke Kota Bharu malam esok, misi Terengganu belum berakhir sebaliknya semakin bersemangat untuk memburu jaringan biarpun sedar laluan berliku pasti hadir pada perlawanan suku akhir kedua nanti. Pemain tengah, Joseph Kalang Tie berkata, dia berserta rakan sepasukan sudah bertekad menyajikan aksi terbaik untuk merealisasikan impian ...ke separuh akhir. Menurut pemain yang menimba ilmu di Australia minggu lalu bersama skuad kebangsaan, baki 90 minit lagi bakal dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memburu jaringan dan seterusnya memastikan tiket ke separuh akhir terjamin. “Atas kertas kami mempunyai sedikit kelebihan, namun ini tidak bermakna kami akan mengamalkan corak bertahan, sebaliknya akan terus mempersembahkan corak menyerang. “Jurulatih, Irfan Bakti juga sudah mengingatkan pemain supaya terus mengasak kubu lawan bagi mencari jaringan dan bukannya bermain dengan corak bertahan,” katanya yang sedikit terasa tanpa Ismail Faruqi Ashari.

suku akhir ke2 piala malaysia 2011 kelantan vs terengganu..

kelantan mahu menebus kekalahan pada perlawanan pertama..
terengganu,mempunyai kelebihan hasil kemenangan di perlawananan pertama..

saksikan siaran langsung suku akhir ke2 diantara pasukan kelantan menentang pasukan terengganu di astro arena pada 14.10.11 jam 8 mlm.

Rabu, 12 Oktober 2011

Safee Sali Kapten Baru Pelita Jaya


TUGAS penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali bersama Pelita Jaya FC (PJFC) semakin mencabar apabila dilantik kapten kelab Liga Super Indonesia itu yang bercita-cita tinggi untuk muncul juara liga musim ini.

Pelantikan Safee itu diumumkan sebelum latihan pusat PJFC bermula di pangkalan mereka di Sawangan, Jakarta semalam menerusi pemilihan ketua jurulatih, Misha Radovic.

Penyerang berusia 27 tahun itu yang akan tampil dalam musim kedua bersama PJFC selepas berpindah dari Selangor Februari lalu menyifatkannya pengiktirafan tertinggi bagi dirinya apabila muncul pemain Malaysia pertama menjadi kapten bersama kelab luar di Indonesia.

“Saya sungguh terharu dan mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan pihak kelab yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas sebagai kapten kelab ini.

“Bagi saya ini tanggung jawab cukup besar dan amat mencabar kerana pasukan Pelita Jaya kali ini mempunyai ramai pemain import jadi saya berharap akan mendapat kerja sama yang baik dengan rakan sepasukan.

“Saya berjanji akan memberikan persembahan terbaik bagi memastikan kelab ini layak beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2013,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Arena Metro semalam.

Pemilihan Safee ini dilihat keputusan bijak yang dilakukan pengendali dari Serbia itu memandangkan impak dan pengaruh yang kuat dihasilkan pemain itu sejak menyertai PJFC.

Selasa, 11 Oktober 2011

Kelab Kemboja Sertai Liga Malaysia Musim Depan

Liga Malaysia musim depan dijangka lebih meriah dengan penyertaan sebuah kelab dari Cambodia, Preah Khan Reach FC (PKRFC), demikian menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin. Beliau berkata persetujuan rasmi mengenai penyertaan kelab Kemboja itu akan dibuat pada mesyuarat bersama kedua-dua badan bolasepak di Vientiane, Laos hujung minggu ini sempena mesyuarat Persekutuan Bolasepak Asia (AFF). Info mStar Online

road to bukit jalil

james wong..idola aku

idola aku..hehee..

Jumaat, 7 Oktober 2011

jurang luas

STATUS di atas kertas diterjemahkan sepenuhnya Australia apabila mudah membelasah skuad bola sepak kebangsaan 5-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Canberra, semalam.

Skuad digelar Socceroos kendalian Holger Osieck itu yang kini berada di ranking ke-19 dunia dan kedua Asia, ternyata bukan lawan sebenar Harimau Malaya yang dikendalikan Datuk K Rajagobal yang sekadar bers...tatus pasukan ke-147 dunia.
Tampil dengan kesebelasan terbaik - Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Norhafiz Zamani Misbah, Muslim Ahmad, Asraruddin Putra Omar, Baddrol Bakhtiar, Amar Rohidan, Joseph Kalang Tie, S Kunanlan, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali, saingan di atas padang masih ibarat langit dan bumi.
Australia yang turun tanpa penjaga gol Mark Schwarzer, Tim Cahill, Brett Emerton dan Harry Kewell, tetap garang dan seawal minit kedua berjaya membocori gawang Malaysia menerusi serangan pertama yang disudahkan pemain sayap, Luke Wilkshire.

Hanya hantaran sebelah kiri Safee yang lambat disambar Norshahrul menjadi satu-satunya ancaman Malaysia buat gawang tuan rumah yang dikawal Adam Federici.

Kemaraan Australia gagal ditampung pemain negara yang sekadar merelakan babak pertama berkesudahan 4-0 menerusi dua gol Josh Kennedy (minit 32 dan 45) serta ledakan Alex Brosque (38).

Kemasukan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K Reuben, Zubir Azmi dan Yong Kuong Yong bagi menggantikan Baddrol, Joseph, Mahali dan Muslim pada babak kedua turut gagal mengubah wajah permainan. Brosque meledak gol kedua peribadi dan kelima Australia pada minit ke-68.
Dua baki pertukaran, Farizal Marlias dan Izzaq Faris Ramlan yang menggantikan Khairul Fahmi dan Norshahrul sekadar memastikan kedudukan 5-0 itu kekal, mengulangi kekalahan dengan jaringan yang sama pada 1982 dan seharusnya menyedarkan realiti sebenar jurang antara kedua-dua pasukan ketika ini.

dipetik dari Berita Harian 08.10.2011

songkhla fc tewaskan kelantan

Jaringan awal dari pemain berstatus import dari Malawi, Chikondi Mpulula pada saat ke 29 perlawanan bukan 1 jaminan untuk menundukkan Songkhla FC apabila skuad kendalian bekas pemain Kelantan, Worawoot T. Srimaka bangkit pada babak kedua untuk memastikan kemenangan selesa.3-1 di Stadium Sultan Mohamed ke IV malam tadi.


Pada babak pertama perlawanan, pasukan Kelantan dilihat banyak mengasak pihak lawan apabila 2 orang penyerang import Kelantan, Chikondi Mpulula dan Denny Antwi dilihat banyak menguji barisan pertahanan Songkhla FC, namun gagal menyudahkannya beberapa peluang yang terhidang.


Bahagian pertahanan pasukan kelantan dilihat agak kebal kerana setiap asakan berjaya disekat oleh Kapten pasukan Kelantan, Rizal Fahmi yang bergandingan dengan pertahanan import tinggi lampai, Jocip Bonacin dari Crotia. Jocip kerap kali berjaya mematahkan serangan balas yang dilancarkan oleh Songkhla FC.


Di bahagian tengah pasukan Kelantan, pemain import dari Ghana, Emmanuel Okine tampak selesa dengan posisi beliau apabila berjaya mengawal jentera tengah pasukan Kelantan dengan efektif dan banyak membuat hantaran – hantaran tepat kepada Chikondi Mpulula dan Denny Antwi di barisan hadapan.


Kombinasi Danial Fadzly Abdullah dengan pemain import, Denny Antwi dilihat agak serasi walaupun Danial pada mulanya dilihat banyak melakukan kesilapan mudah, bangkit untuk memperbaiki kesilapan beliau apabila mempamerkan aksi – aksi pantas bertukar – tukar hantaran pendek dan menghasilkan beberapa peluang cantik untuk Denny tetapi gagal disudahkan dengan baik.



Kesebelasan utama pasukan Songhkla FC semalam.



Bersambung babak kedua, ketika perlawanan memasuki minit 65, penyerang import Kelantan, Chikondi Mpulula terpaksa dibawa keluar selepas mengalami kecederaan dan digantikan dengan Muhammad Ramzul Zahini Adenan. Selepas itu, Songkhla FC menggandakan asakan dan berjaya memperolehi jaringan penyamaan pada minit ke 73 perlawanan.


Berselang beberapa minit kemudian, Songkhla FC berjaya menjaringkan gol kedua apabila penyerang mereka bijak mengambil kesempatan diatas kekalutan pertahanan Kelantan yang diketuai oleh Jocip Bonacin. Selepas itu, Songkhla FC berjaya menambah gol ketiga mereka apabila bijak memperdaya pertahanan Kelantan seterusnya merembat masuk ke gawang Kelantan menewaskan penjaga gol berpengalaman, Halim Napi.


Tamat perlawanan, Kelantan tewas 1-3 kepada pasukan Songkhla FC. Walauapapun, kekalahan dalam perlawanan persahabatan ini bukanlah menjadi satu kesan buruk buat The Red Warriors apabila sebahagian besar pemain yang diturunkan pada malam tadi bukanlah skuad Piala Malaysia dan tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan untuk menguji bakal pemain import yang bakal menyarung jersi Kelantan untuk musim 2012 nanti.


Kesebelasan utama pasukan Kelantan semalam :


1. Mohammad Syazwan [GK]
2. Rizal Fahmi Rosit [KP]
3. Nik Shahrul Azim
4. Jocip Bonacin - [Import dari Crotia]
5. Wan Zaman Wan Mustapha
6. Danial Fadzly Abdullah
7. Mohd Aris Zaidi
8. Emmanuel Okine - [Import dari Ghana]
9. Denny Antwi - [Import dari Ghana]
10. Chikondi Mpulula - [Import dari Malawi]
11. Khairul Izuan Rosli

Rabu, 5 Oktober 2011

Joseph Kalang Tie prospek baru Raja sekat Australia..

Joseph Kalang Tie prospek baru Raja sekat Australia..

Peluang kini terbentang luas buat Joseph Kalang Tie menonjolkan bakat sebenar menggalas tanggungjawab besar mengemudi jentera tengah skuad Harimau Malaya menggantikan tempat Safiq Rahim menjelang pertemuan menentang Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, Jumaat ini.
...
“Tugas ini memang berat kerana saya baru setahun jagung jika dibandingkan dengan Safiq yang banyak pengalaman. Apa pun saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melaksanakan segala arahan jurulatih.

“Lagipun ini aksi pertama saya bersama skuad kebangsaan dan pasti peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan. Memang untuk menang agak sukar, tapi sekurang-kurangnya kami akan berusaha untuk mengikat Australia,” kata Joseph ketika ditemui sebelum berlepas ke Canberra, malam kelmarin.

sumber : Berita Harian

Failee dan Rafiuddi sah sertai perak

Dua pemain yang dipinjam, Mohd Failee Mohd Ghazli dan Muhammad Rafiuddin Mohd Roddin sah menjadi milik Perak untuk kempen bola sepak Liga M musim 2012.

Pengesahan mengenai pengambilan mereka itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin pada sidang akhbar sempena kongres tahunan ke-53 persatuan itu di Ipoh, semalam.

“Kedua-dua pemain sudah tamat kontrak mereka pada 30 September lalu dan menyatakan kesediaan untuk menyarung jersi Perak bagi tahun 2012.

“Justeru PAFA sudah mengikat mereka agar dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap tugasan pada suku akhir Piala Malaysia nanti,” katanya.

Failee yang berasal dari Selama, Perak kini menjadi `buah mulut’ peminat Seladang berikutan kejayaannya menyumbangkan empat gol dalam enam perlawanan.

Manakala Rafiuddin turut memberi sumbangan berkesan untuk membantu Perak muncul juara kumpulan A serta berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam kumpulan A itu.

Zainol yang berbangga dengan kejayaan Perak mara ke suku akhir trofi unggul itu, berharap pemain Perak akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pertemuan suku akhir menentang Selangor itu.

“Perlawanan ini cukup penting dan saya berharap pemain tidak leka dibuai mimpi. Pencapaian lalu tidak boleh dijadikan sandaran kerana ini permainan baru.

“Kesilapan akan mebawa padah dan hanya ada satu peluang kerana jika kalah akan tersingkir terus,” katanya.

Malah beliau memberi peringatan kepada pemain Perak agar tidak menjadi mangsa kebangkitan pasukan ‘Red Giants’ di bawah kendalian jurulatih barunya, P Maniam.

Justeru Zainol berkata Perak akan turun selaku pasukan `underdog’ menyedari tradisi cemerlang yang dimiliki oleh pasukan gergasi Lembah Klang itu yang memburu misi meraih kejuaraan buat kali 33 itu.

Namun katanya, Perak juga mempunyai matlamat terutama kerana sudah lama tidak mencapai kejayaan memberangsangkan dalam kancah Liga M dan berharap pemain mampu merealisasikan impian itu.

Mengenai ganjaran kepada pasukan berikutan kejayaan ke suku akhir, Presiden PAFA itu menjelaskan bahawa pihaknya mempunyai kaedah tersendiri memberi ganjaran kepada pemain dan yakin pemain Perak menerima lebih daripada RM2,000 seorang setakat ini.

“Kita punyai cara sendiri untuk memotivasi pemain dan setakat ini ia ternyata berkesan berdasarkan pencapaian setakat ini,” katanya.

gosip perpindahan pemain untuk perancangan pasukan kedah 2012

Gosip Pemindahan Pemain Untuk Perancangan Pasukan Kedah 2012

Penjaga Gol
-Helmi Eliza Elias
-Muhammad Al-Hafiz Hamzah
... -Abdul Hadi Hamid

Pertahanan
-V. Thirumurugan(belum membuat keputusan/ dalam pertimbangan)
-Sharil Faizal Sharifuddin(digugurkan)
-Fazliata Taib
-Mohamad Khairul Helmi Johari
-Mohd Fauzi Nan(belum membuat keputusan/ dalam pertimbangan)
-Azmi Muslim(menolak tawaran untuk musim 2012)
-Shafizan Hashim

Tengah
-Ahmad Fauzi Shaari (menolak tawaran untuk musim 2012)
-Amar Rohidan
-Sabree Abu (belum membuat keputusan/ dalam pertimbangan)
-Firdaus Fauzi(digugurkan)
-Baddrol Bakhtiar (InsyaAllah akan bersama KEDAH)
-Mohd Khyril Muhymeen Zambri(InsyaAllah akan bersama KEDAH)

Penyerang
-Azlan Ismail (digugurkan)
-Mohd Faizal Abu Bakar
-Ahmad Shakir Md. Ali (digugurkan)

Isnin, 3 Oktober 2011

Pemain muda negara cipta sejarah

DUA pemain muda negara, Irfan Fazail dan Fadhli Shas mencipta sejarah tersendiri apabila muncul warga Malaysia pertama turun beraksi secara rasmi dalam dua saingan bola sepak di Slovakia, Liga Corgon dan Piala Slovnaft.

Kedua-dua pemain tersebut yang berusia 20 tahun bersama seorang lagi pemain muda negara, Wan Zack Haikal Wan Nor diambil kelab ViOn Zlate Moravce sebagai pemain pinjaman selama dua bulan bermula 26 Ogos lalu. Irfan dimasukkan pada minit ke-86 ketika ViOn menewaskan AS Trencin 3-0 pada aksi Liga Corgon, Sabtu lalu manakala Fadhli terdahulu dimasukkan pada minit ke-82 ketika ViOn menundukkan Spartak Myjava 3-0 pada pusingan ketiga Piala Slovnaft, Selasa lalu. “Terima kasih kepada jurulatih (Juraj Jarabek) kerana beri peluang untuk saya beraksi buat kali pertama pada aksi Liga Corgon ini. Saya rasa cukup gembira.

“Tahap bola sepak di sini (Slovakia) sememangnya berintensiti tinggi. Jadi sesuatu yang baik untuk saya berada di sini dan beraksi bersama ViOn,” kata Irfan yang beraksi di posisi tengah.

Sementara itu, Fadhli yang diturunkan dalam saingan Piala Slovnaft tidak dimasukkan pada aksi Sabtu lalu, lantas berharap dia juga diberi peluang membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Corgon selepas ini.

“Saya sangat seronok kerana diberi peluang masuk sebagai pemain gantian. Tapi tak banyak boleh saya lakukan kerana beraksi kurang 10 minit.
“Jadi saya harap jurulatih akan beri peluang untuk saya beraksi dalam kesebelasan utama selepas ini dan saya juga cukup bangga dapat beraksi untuk kelab ini,” ujar Fadhli, pemain pertahanan tengah.

Wan Zack Haikal yang beraksi di posisi sayap masih belum berpeluang beraksi kerana sedang dalam proses pemulihan selepas cedera buku lali ketika aksi Kelayakan Olimpik menentang Jepun di Tosu, 21 September lalu.

info:bharian..

perlawanan membabitkan malaysia u23 di vff 2011

Perlawanan Membabitkan Malaysia u23 di VFF CUP 2011

- 19th October 2011 | U23 Uzbekistan vs U23 Malaysia | 2011 VFF Cup, Vietnam

- 21st October 2011 | U23 Indonesia vs U23 Malaysia | 2011 VFF Cup, Vietnam

- 23rd October 2011 | U23 Vietnam vs U23 Malaysia | 2011 VFF Cup, Vietnam

fakta menarik pasukan suku akhir piala malaysia

Fakta menarik pasukan suku akhir Piala MALAYSIA 2011 :

1) SELANGOR memburu kejuaraan ke-33
2) KELANTAN memburu kejuaraan ke-2.
3) TERENGGANU memburu kejuaraan ke-2.
... 4) PERAK memburu kejuaraan ke-8.
5) N.SEMBILAN memburu kejuaraan ke-3.
6) SABAH memburu kejuaraan pertama.
7) Felda United memburu kejuaraan pertama.
8) T-Team memburu kejuaraan pertama.

**MPPJ SELANGOR merupakan SATU-SATUNYA pasukan berstatus KELAB yang berjaya memenangi PIALA MALAYSIA.

cadangan tranformasi liga tempatan..

ader beberapa cadangan utk transformasikan liga tempatan:
1. 'Swasta' kan semua pasukan bolasepak tempatan..selagi mana pasukan bernaung di bawah nama 'persatuan' selagi itu jugaklah org politik memanjang dalam sukan. bukan laa semuanya tak bagus. Tan Sri anuar musa adalah antara contoh org2 yg bagus utk bolasepak. biler dah swasta, org2 bagus jer yg akan stay. kalo thailand, indon ngan vietnam boleh buat, kenapa tidak Malaysia? persatuan negeri hanya utk mentadbir liga negeri sahaja. GLC2 dan company2 besar seperti TNB, Sime Darby, Khazanah, Petronas, Proton, air asia, berjaya dan sebagainya boleh jadi tukang start utk pemilikan pasukan2 ini.
2. Selaraskan sistem liga yg lebih bagus. Contoh: liga negeri -> divisyen 2-> divisyen 1-> liga perdana atau liga super. kalo susah sgt, tiru jer cara liga kat england tu, abis citer. pastu, jangan plak dok tukar format setahun sekali.
3. galakkan pemain2 terutamanya pemain2 yg ingin bermain di liga luar utk melantik ejen, atau wakil pemain. ini utk mudahkan mereka utk dapat lebih banyak trial dan kontrak dengan kelab2 luar, terutamanya liga2 eropah atau liga australia. bagi pemain2 liga tempatan pula, fungsi ejen2 ini adalah utk mempromosikan pemain2 tersebut utk jadi duta produk dan sebagainya. ini akan menambah nilai komersil pemain itu sendiri.
4. seperti beberapa cadangan kat atas tu, saya juga menyokong kemasukkan pemain2 import ke liga tempatan. pemain2 dari asia tenggara tak perlu dimasukkan dlm kuota import. hanya pemain2 dari luar asia tenggara sahaja yg dikenakan kuota. mungkin 3 atau 4. import2 ini pula perlu mempunyai beberapa syarat minimum yg perlu mereka lepasi terlebih dahulu. rasenyer bab ni FAM dah ada kot.
5. wujudkan sistem tiket semusim dan tiket berkelompok (utk family) utk perlawanan2 di tempat sendiri. tiket away jer kene beli based on games. objektif: utk penuhkan stadium daa...
6. adakan perlawanan hanya pada hujung minggu utk membolehkan penyokong datang beramai2. kempen2 utk menggalakkan penyokong datang beramai2 ke stadium utk pasukan tempatan mereka perlu diperbanyakkan.
7. pemilikan stadium. haa..bab ni susah sket kot..kelab bolasepak (sbb mintak swastakan td kan) perlu ada hakmilik stadium. bab ni cuma boleh dibincangkan biler plan penswastaan tu boleh berjalan. stadium tu jadi laa mcm clubhouse dan hq utk team2 ni.

Undian kumpulan sea games indonesia 2011

Undian Kumpulan Sea Games Indonesia 2011

GROUP A
1. Indonesia
2. Laos
... 3. Timor Leste
4. Myanmar
5. MALAYSIA

GROUP B
1. Thailand
2. Vietnam
3. Cambodia
4. Philipphines
5. Singapore

senarai 22 pemain ke australia..

SENARAI 22 PEMAIN YANG TERPILIH : MALAYSIA vs AUSTRALIA

1. Apek
2. Mahalli Jasuli
3. Mohd Farisham
... 4. Asraruddin Putra
5. Norhafiz Zamani
6. Joseph Kalang
7. Mat Yo
8. Safee Sali
9. Zubir Mohd Azmi
10. Amar Rohidan
11. Khyril Muhymeen
12. Gurusamy
13. Kunalan
14. Wan Zaharul Nizam
15. K. Reuben
16. Faizal Muhammad
17. Izzaq Faris
18. Yong Kuong Yong
19. Farizal Marlias
20. Baddrol Bakhtiar
21. Muslim Ahmad
22. ShahrizalSaad

Jumaat, 30 September 2011

senarai penjaring gol piala malaysia(selepas tamat peringkat kumpulan)

Senarai Penjaring Piala Malaysia 2011: [updated]

6 Gol
Khyril Muhaymeen Zambri | Kedah

... 4 Gol
Norshahrul Idlan | Kelantan
Failee Ghazali | Perak
Shahurain Abu Samah | Negeri Sembilan
Norfazly Alias | T-Team

3 Gol
Indra Putra | T-Team
Hairudin Omar | Negeri Sembilan
Yong Kuong Yong | Kuala Lumpur
Zainizam Marjan | Sabah
Farderin Kadir | Felda United
Abdul Manaf Mamat | Terengganu
Shafiq Jamal | Perak
Amri Yah Yah | Selangor
Azuwad Arip | Johor
Akmal Mohd Nor | Johor FC

2 Gol
Mohd Badri Radzi | Kelantan
Reshafiq Alwi | Terengganu
Ashaari Shamsudin | Terengganu
Ashaadi Yusof | Johor
Fadzly Shaari | Selangor
Norfarhan Mohamad | T-Team FC
Zairo Annuar Zailani | T-Team FC
Fauzan Dzulkiflli | PKNS FC
Mohd Firdaus Azizul | Negeri Sembilan
Radzi Husin | Sabah
Sarawak | Bobby Gonzalez

Rabu, 28 September 2011

Selasa, 27 September 2011

12 penyerang terbaik dunia

12. Gabriel Batistuta
Beliau menolak pindah ke kelab lain meskipun Fiorentina diturunkan ke Serie B Itali pada musim 1992/93. Namun pada tahun berikutnya, striker Argentina yang kerap dipanggil dengan gelaran Batigol ini membawa kelabnya kembali ke Serie A. Dari Newell's Old Boys hingga bersara di Al Arabi, Batigol telah menjaringkan gol sebanyak 254 gol dari 441 kali bermain. Setelah sembilan musim bersama Fiorentina, ia dijual ke AS Roma dan menjadi sumber inspirasi utama Giallorossi untuk meraih gelaran ketiga dalam sejarahnya.




11. Thierry Henry
Ketika bermain untuk Arsenal, Henry menjadi penjaring terbanyak EPL sebanyak empat kali (2002, 2004, 2005 dan 2006) dan menjadi pemain paling berjaya The Gunners dengan 226 gol dari semua pertandingan. Diaa juga meraih dua gelaran penting bersama pasukan Perancis, iaitu Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.




10. Roberto Baggio
Sayangnya, Baggio lebih diingati dengan kegagalannya menjaringkan tendangan penalti sehingga Itali kalah penalti ketika menentang pasukan Brazil di final Piala Dunia 1994. Tapi, tanpa penampilan Baggio yang gemilang sepanjang pertandingan itu, Azzurri tak mungkin berjaya melangkah ke final. Ia menjadi anak emas bolasepak Itali sejak bermain dengan Fiorentina pada 1985, sebelum perpindahannya ke Juventus menjelang Piala Dunia 1990. Dikenali dengan gelaran "The Divine Ponytail" kerana rambut kuncir dan ketaatannya menjalankan agama Budha, Baggio meraih gelaran liga dua kali - bersama Juventus pada 1994/95, dan AC Milan pada musim berikutnya. Pemain Terbaik Dunia versi FIFA pada 1993.




9. Alessandro Del Piero
Juventus selamanya! Itulah si Pinturicchio yang sudah lima kali scudetto bersama Bianconeri dan menjadi ikon kelabnya dengan 500 penampilan lebih. Sama halnya dengan Batigol, ia pun menolak keluar dari kelabnya yang turun takhta pada 2006 akibat kes rasuah Calciopoli. Gelaran U-21 Eropah pada 1994 dan 1996 disandangnya, ditambah lagi gelaran juara Piala Dunia 2006. Kesetiaan adalah emas!




8. Marco van Basten
218 gol dari 280 penampilan bersama Ajax dan AC Milan bukan prestasi yang mudah diraih. Ia juga mengumpul gelaran hat-trick pada 1992 - Pemain Terbaik Dunia versi FIFA, Pemain Terbaik Eropah, dan Pemain Terbaik Dunia. Marco van Basten menjadi pemain yang berjaya mengikuti jejak Johan Cruyff, sekaligus memimpin Belanda juara Eropah untuk pertama kalinya pada 1988. Bersama AC Milan, ia meraih Piala Eropah pada 1989 dan 1990. Sayangnya, cedera pergelangan kaki memaksanya bersara lebih awal. Meskipun demikian, Van Basten tetap berkhidmat dalam dunia bolasepak. Ia melatih pasukan Belanda pada 2004-08 dan kini menjadi jurulatih Ajax.




7. Ronaldo (Ronaldo Luiz Nazario da Lima)
Pemain yang fenomena ini sudah dua kali meraih hat-trick gelaran Pemain Terbaik FIFA, Eropah dan Dunia. Nama Ronaldo mulai bangkit ketika menjaringkan 58 gol dalam 60 pertandingan di awal kariernya bersama Cruzeiro pada 1993. Setelah dua musim yang gemilang bersama PSV Eindhoven, ia berhijrah ke Barcelona pada 1996 dan merekodkan 34 gol dalam 37 perlawanan untuk menjadi penjaring terbanyak. Bersama Inter Milan, Ronaldo 'mengejek' gaya pertahanan kelab Itali lainnya. Hasilnya, 25 gol diperolehi, sekaligus membawa Inter juara Piala UEFA - semuanya dalam musim pertamanya. Ia juga meraih gelaran penjaring terbanyak pada dua musim pertamanya bersama Real Madrid. Kekecewaan kekalahan 3-0 dari Perancis pada final Piala Dunia 1998 terhapus, ketika Ronaldo membawa Brazil juara Piala Dunia berikutnya. Ia menjadi penjaring terbanyak dengan 8 gol, dan dua di antaranya dihasilkan di final menentang Jerman.




6. Bobby Charlton (Sir Robert Charlton)Inilah salah satu pemain terbaik Inggeris sepanjang masa. Bobby Charlton meraih 106 caps dan 49 gol bersama pasukan England. Sebagai sebahagian dari "Busby Babes" yang selamat dari tragedi Munich 1958, Charlton sepuluh tahun kemudian membawa Manchester United menjadi kelab pertama Inggeris yang juara Piala Eropah. Charlton juga membantu tuan rumah England meraih Piala Dunia 1966. Perlawanan Charlton dengan Eusebio di semifinal melawan Portugal dikenang sebagai pertandingan terbaik England sepanjang masa.




5. Alfredo Di Stefano
Ketika bersama Real Madrid, Di Stefano mengumpul koleksi lapan gelaran Liga Spanyol dan memenangkan lima edisi pertama Piala Eropah. Ia juga menghasilkan gol dalam setiap pertandingan final. Kepemimpinannya di dipadang ditambah skill menakjubkan membuat Di Stefano menjadi faktor utama Real Madrid mendominasi Eropah pada akhir 1950-an. Namun, Di Stefano gagal di peringkat antarabangsa. Ia pernah memperkuatkan barisan Argentina, Colombia dan Sepanyol, tapi tak satupun gelaran Piala Dunia dimenangi. Ia selalu dikenang ketika menciptakan hatrick ketika Real Madrid membelasah Frankfurt 7-4 untuk memenangi trofi Piala Eropah kali kelima berturut-turut.




4. Ferenc Puskas
Inilah penyerang yang kualitinya sukar ditemui lagi di Hungary. Bersama pasukannya, ia mencatat rekod 84 gol dari 85 caps. Tubuhnya pendek, dadanya rata, tapi kekuatannya terletak pada kaki kirinya yang mampu melepaskan rembatan sepantas kilat. Setelah meraih pingat emas Olimpik 1952 sekaligus mengakhiri dominasi Inggeris di Eropah, pasukan Hungary menjadi favorite juara Piala Dunia 1954. Pasukan bergelar "Mighty Magyars" meledakkan 17 gol dalam saingan kumpulan sebelum menyingkirkan Brazil dan Uruguay. Meskipun cedera teruk, Puskas memaksakan dirinya tampil beraksi di final, bahkan menjaringkan gol sebelum kalah secara menyakitkan oleh Jerman Barat.




3. Eusebio (Eusebio da Silva Ferreira)
Pemenang Kasut Emas di Piala Dunia 1966 ini menjaringkan sembilan gol buat Portugal sebelum tersingkir di semi-final oleh tuan rumah England, yang kemudian menjadi sebagai juara. Eusebio menjadi pemain Afrika pertama (kelahiran Mozambique) sehingga dikenali sebagai "Pele versi Eropah" - dan hingga kini masih dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal sepanjang masa. Dari Benfica hingga Sporting Lisbon, nama Eusebio bersinar di usia 19, ketika menjaringkan hat-trick ke gawang Santos (yang ketika itu diperkuatkan Pele) pada Pertandingan Paris 1961. Eusebio menjadi penjaring terbanyak Liga Portugal tujuh kali dan meraih Pemain Terbaik Eropah pada 1965. Dua golnya ke gawang Real Madrid membantu Benfica meraih Piala Eropah untuk kedua kalinya pada 1962. Sayangnya, ia cedera lutut dan terpaksa bersara pada umur 32 tahun. Ia menghasilkanj 41 gol dari 64 caps internasional.




2. Johan Cruyff
Inilah master of total football. Kapten Cruyff memimpin Belanda di Piala Dunia 1974, dengan menjaringkan dua gol baik ke gawang Argentina mahupun Brazil, sebelum dikalahkan Franz Beckenbauer dan Jerman Barat.. Johan Cruyff merupakan nama paling terkenal dalam sejarah bolas sepak Belanda. Ia menjadi pameran utama dalam dominasi Ajax di kancah Eropa pada era 1970-an. Ia mendominasi Belanda dengan lapan gelaran domestik bersama Ajax ditambah satu lagi di Feyenoord. Tiga gelaran Piala Eropah berturut-turut diraih pada 1970 hingga 1973 sebelum berhijrah ke Barcelona. Ia bersara menjelang Piala Dunia 1978, dan selanjutnya berjaya melatih dua bekas kelabnya.




1. Pele (Edson Arantes do Nascimento)
Pada usia 17 tahun, Pele (gambar) menjaringkan enam gol di Piala Dunia 1958, dan menjadi sumber inspirasi Brazil meraih gelaran pertamanya. Kariernya penuh dengan prestasi, di dalam mahupun luar padang, dan ketika ini menjadi duta besar bola sepak. Angka-angkanya: 470 gol dalam 412 penampilan bersama Santos, dan 77 gol dari 92 caps bersama pasukan Brazil. Tiga kali juara Piala Dunia, sepuluh gelaran Campeonato Paulista, dua Copa Libertadores. Sememangnya penyerang terbaik dunia sehingga kini.

Australia pandang rendah terhadap harimau malaya?

Dua tonggak utama, Brett Emerton dan Harry Kewell tidak akan diturunkan Australia apabila menerima kunjungan Malaysia dan Oman untuk perlawanan persahabatan antarabangsa di tempat sendiri bulan depan.

Sebaliknya, jurulatih Australia, Holger Osieck membenarkan kedua-dua pemain itu beraksi untuk kelab masing-masing sehari selepas menentang Malaysia pada 7 Oktober.

Kata Osieck, beliau terpaksa memberi laluan kepada kedua-dua pemain untuk perlawanan pembukaan musim Liga A Australia yang mana Kewell bermain untuk Melbourne Victory dan Emerton di Sydney FC.

Bagaimanapun, beliau tetap akan memanggil pula pemain yang beraksi dalam Liga Perdana England iaitu Tim Cahill, Lucas Neill dan Mark Schwarzer.

"Tentunya orang akan menganggap tindakan ini tidak betul tetapi saya telah membuat kepu- tusan untuk memberi peluang kepada Harry dan Bret bermain dengan kelab baharu mereka," katanya.

Australia akan bertemu Malaysia di Canberra buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun pada perlawanan persahabatan itu dan Oman empat hari kemudian di Sydney.

Australia dan Oman masih meneruskan cabaran melayakkan diri ke Piala Dunia 2014, manakala cabaran Malaysia ditamatkan Singapura lebih awal.

Australia menang perlawanan pertama Kumpulan D kelayakan Piala Dunia dengan menewaskan Thailand 2-1, diikuti Arab Saudi 3-1 awal bulan ini.

Ong Kim Swee hormat rakan sejawat

DI England, Fabio Capello lazimnya sering dilihat ‘bertegang leher’ dengan rakan sejawatan beliau di mana-mana kelab utama Liga Perdana England seperti Alex Ferguson dan Kenny Daglish.

Ia gara-gara keputusan pengendali itu yang berkeras mahukan pemain yang terbaik bagi membentuk skuadnya tanpa mengambil peduli faktor-faktor lain termasuk kecederaan pemain yang pastinya mengganggu strategi Manchester United mahu pun Liverpool bagi menghadapi saingan domestik.

Namun di sini, pendekatan berbeza jelas diambil oleh pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee yang kekal menghormati rakan-rakan sejawatannya di peringkat negeri bagi meneruskan perjuangan pada saingan Piala Malaysia kali ini.

Meskipun dijangka tidak menurunkan pasukan terkuat menjelang kejo- hanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) di Hanoi selama lima hari bermula 19 Oktober depan, Kim Swee tetap mempunyai alasannya tersendiri.

Menurutnya, selain berupaya mengaburi ‘risikan’ pasukan lawan mengenai kekuatan pasukannya menjelang Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, November depan, Kim Swee juga tidak mahu tugas jurulatih negeri terganggu memandangkan tarikh kejohanan itu serentak dengan aksi timbal balik separuh akhir Piala Malaysia pada 18 dan 22 Oktober depan.

“Bukan tidak mahu menurunkan skuad terbaik di Hanoi tetapi saya tetap menghormati jurulatih negeri yang pastinya memerlukan khidmat beberapa pemain dalam skuad negara bagi membantu pasukan negeri masing-masing pada saingan Piala Malaysia.

“Ia bukan satu masalah besar kerana saya berpeluang untuk menguji beberapa pemain lain sepanjang kejohanan VFF menjelang persiapan ke Sukan SEA nanti.
Di Hanoi nanti, pasukan negara yang juga dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA bakal membuat perhitungan dengan skuad bawah 23 tahun Uzbe- kistan (19 Oktober), diikuti B-23 Indonesia (21 Oktober) dan B-23 Vietnam pada 23 Oktober sepanjang kejohanan yang dianjurkan secara liga sepusingan itu.

Antara skuad Sukan SEA Kim Swee yang dijangka tidak disenaraikan ke Hanoi terma- suklah tiga tonggak Kelantan, Mohd. Ab Aziz Ismail, Mohd. Izuan Salahuddin dan Khairul Fahmi Che Mat, selain Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Mohd. Syazwan Roslan (Perak), Muhammad Zubir Azmi (Terengganu) dan juga dua tonggak Felda United, Azrul Azmi dan D. Saarvindran apabila pasukan-pasukan itu telah mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia setakat ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya sebelum ini mengumumkan 21 senarai pelatih yang dipanggil mengikuti latihan sku- ad Sukan SEA di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Sabtu ini.

Begitupun, seramai 13 lagi pemain antaranya Khairul Fahmi, Muhammad Zubir, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar hanya akan menyertai latihan seminggu sele- pas itu sebaik tamat tugasan bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal menentang Australia kelak.

Selain itu, anak-anak buah Kim Swee juga menggalas cabaran untuk mara lebih jauh dalam aksi kelayakan pusingan akhir Olimpik 2012 Kumpulan C Zon Asia menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 November depan.

MISI 33 selangor diteruskan

Nasib berbeza dialami dua pasukan pilihan apabila Kedah gagal ke suku akhir Piala Malaysia setelah seri 1-1 dengan Perak di Stadium Darul Aman sementara `Misi 33’ Selangor kembali bernyawa selepas mengatasi Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Shah Alam, semalam.

Skuad Kenari yang terdesak memerlukan kemenangan tersentak apabila dua jaringan mereka dibatalkan oleh pengadil pada separuh masa pertama.

Kedah ketinggalan pada minit ke-53 hasil jaringan bekas penyerang skuad itu, Mohd. Shafiq Jamal sebelum Mohd. Faizal Abu Bakar menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Keputusan seri itu memberi laluan buat Sabah yang menang besar 4-1 ke atas Johor di Stadium Larkin bagi menempah pertemuan dengan T-Team pada suku akhir yang dijadualkan 4 dan 8 Oktober ini.

Red Giants berdepan situasi mencemaskan apabila ketinggalan 1-0 menerusi Muhd. Shahrom Abdul Kalam pada minit ke-37 sebelum bangkit pada babak kedua bermula dengan jaringan Mohd. Razman Roslan pada minit ke-65 dan Amri Yahyah melengkapkan kebangkitan dengan gol kemenangan melalui tandukan pada minit ke-75.

Juara bertahan, Kelantan menepati reputasi apabila muncul juara Kumpulan C dengan mengalahkan Felda United 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha.

T-Team muncul juara Kumpulan D selepas berpesta gol membelasah PDRM 6-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Johor FC menang 3-1 ke atas Sarawak di Stadium Pasir Gudang manakala PKNS menang tipis 1-0 dengan Sime Darby pada aksi yang tidak memberi sebarang makna kerana keempat-empat pasukan sudah tersingkir untuk ke suku akhir.

Jadual piala malaysia 2011

PIALA MALAYSIA 2011 -Suku Akhir- 10 Oktober 2011 & 14 Oktober 2011 ->PERAK vs SELANGOR ->T-TEAM vs SABAH ->KELANTAN vs TERENGGANU ->NEGERI SEMBILAN vs FELDA UNITED __________________________________________________________________ PIALA MALAYSIA 2011 -Separuh Ahkir- 18 Oktober 2011 & 22 Oktober 2011 ->PERAK/SELANGOR vs KELANTAN/TERENGGANU ->T-TEAM/SABAH vs NEGERI SEMBILAN/FELDA UNITED __________________________________________________________________ PIALA MALAYSIA 2011 - Akhir - 29 Oktober 2011 ........................ vs ........................

Ahad, 14 Ogos 2011

sukan universiti dunia;pasukan bolasepak tewas bermaruah

Pemain negara telah mengerah sehabis keringat sebelum tunduk 1-2 kepada kehebatan samba Brazil dalam acara bola sepak Kumpulan B Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 di Pusat Sukan Bao‘an Xixiang, semalam.

Kedua-dua gol Brazil dijaringkan Jefersom Berger pada minit ke-20 dan ke-69.

Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Mohd. Bunyamin Omar pada minit ke-87 selepas Muhd. Afham Zulkepli dijatuhkan oleh penjaga gol Brazil, Carlos Nunes.

Kekalahan juga meranapkan peluang Malaysia untuk menghidu peluang ke suku akhir selepas gagal mengutip sebarang mata dalam dua perlawanan.

Meskipun begitu, tiada apa yang harus dikesali oleh anak-anak buah Aminuddin Hussin kerana telah mempamerkan semangat juang yang tinggi di samping dapat memberikan saingan hebat kepada dua pasukan berkelas dunia, Ukraine dan Brazil.

Berada pada kelas tersendiri, rentak samba Brazil sukar ditangani oleh barisan pemain Malaysia semenjak awal perlawanan.

Namun persembahan mantap ketua pasukan Amiriziwan Taj Tajudin pada bahagian pertahanan menutup ruang penyerang lawan yang ditunjangi Berger bermaharajalela mendapatkan gol.

Berger hampir meletakkan Brazil di hadapan namun percubaan leret pemain itu tersasar.

Namun dia tidak menunggu lama untuk meledak pada minit ke-12 hasil rembatan mudah dalam kotak penalti melalui gerakan menarik dari sebelah kiri pintu gol Malaysia.

Malaysia tetap mampu sekali-sekala melancarkan serangan balas walaupun tenggelam akibat penguasaan besar Brazil pada pertama melalui gerakan bijak Reuben Thayaparan yang melorongkan bola kepada Muhd. Nursalam Zainal Abidin yang keseorangan dalam kotak penalti.

Meskipun begitu, Nursalam melepaskan peluang keemasan terbaik mendapatkan gol walaupun hanya berhadapan satu antara satu dengan penjaga gol Brazil pada minit ke-35 apabila sepakan sipi ke bahagian kanan gawang lawan.

Perlawanan yang berat sebelah pada separuh masa pertama berjaya diimbangi oleh skuad negara pada babak kedua namun Brazil tetap mampu menggegar gawang Malaysia sekali lagi pada minit ke-69 oleh Berger.(Sumber Utusan Malaysia)

Baddrol dikhabarkan ditawar kontrak bersama wigan athletic


Kelab Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.

Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?.

Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang.

Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia.

Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan.

“Saya tak tahu apa-apa tentang perkara ini. Mungkin khabar angin saja. Saya tak pasti. Saya sendiri pun tak tengok lagi laman web terbabit,” kata Baddrol ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya andai laporan itu benar dan tawaran rasmi daripada Wigan bakal menyusul selepas ini, Baddrol berkata: “Kalau betul memang ada tawaran, insyaallah saya akan pergi dan cuba.”

Baddrol sebelum ini pada 2008 ketika usianya baru mencecah 20 tahun bersama-sama Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu ke sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Chelsea.

Wigan di bawah bimbingan pengurus, Roberto Martinez memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pendatang baharu, Norwich City malam kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut terkejut dengan berita tersebut, tetapi menganggap ia sesuatu perkembangan yang positif andai benar-benar berlaku.

Rabu, 10 Ogos 2011

safiq dan amirulhadi bakal ke liga indonesia


Safiq Rahim akan berhijrah ke Persija Jakarta mengikuti jejak langkah Safee Sali di dalam kancah liga super Indonesia. Manakala Amirulhadi Zainal telah diperhatikan oleh kelab dari liga Jepun dan juga kelab Indonesia Persib Bandung.

perpindahan pemain piala malaysia 2011

Kelantan
Azamuddin Mohd Akil - Pahang FA
R. Surendran - Pahang FA

Kedah
Azmizi Azmi - Perlis FA
Bashahrul Abu Bakar - Harimau Muda A


Selangor
G.Jeevanathan - USM FC
Muhamad Nazri Ahmad - Harimau Muda B
Haziq Zikri Elias - Harimau Muda B


Perak
Mohd Hafiszuan Salehuddin - Perlis FA
Mohd Failee Mohamad Ghazli - USM FC
Muhammad Rafiuddin Roddin - Harimau Muda A)



T-Team
Mohd Jibrail Kamaron Baharin - Pos Malaysia FC
Mohd Fitri Omar - MP Muar FC



Johor FA
Mohd Redzuan Bin Nawi - USM FC
Ashadi Bin Mohd Yuso - ATM
Mohd Noraslan Bin Makhta - Pulau Pinang FA



Sarawak
Chung Keng Hong - ATM
Jaganathan Victor Arputharajoo - ATM



Felda United
K. Ravindran - Harimau Muda A
S. Sivanesan - Harimau Muda A
D. Saarvindran - Harimau Muda B (Hampir Pasti)


N9 - Munir Amran

safee dapat tawaran dari kelab bundesliga

penyerang sensasi harimau malaya dikhabarkan mendapat tawaran beraksi diliga jerman.Kelab yang berminat terhadap safee ialah scchalke 04,fc koln,vfb stuttgart dan sebuah pasukan daripada divisyen 2.Walaupun begitu,safee tidak terburu buru untuk pergi kerana menghormati kontraknya bersama pasukan dari liga indonesia,pelita jaya.

Isnin, 8 Ogos 2011

perlawanan persahabatan pra piala malaysia 2011

Ogos 9, 2011: Johor FA lwn Johor FC (9.30mlm, Larkin)

Ogos 13, 2011: Selangor lwn Felda United (10mlm, SSA)

Ogos 17, 2011: Selangor lwn Kelantan (10mlm, RM5, SSA)

Ogos 17, 2011: Johor FC lwn Negeri Sembilan (Pasir Gudang)

Ogos 20, 2011: Selangor lwn Johor FC (10mlm, SSA)

Ogos 23, 2011: Kuala Lumpur lwn Johor FC (Selayang)

Ogos 24, 2011: Selangor lwn Sime Darby (10mlm, SSA)

Ogos 27, 2011: Selangor lwn Kelantan (10mlm, STAR, Paroi).

Ogos 27, 2011: Johor FC lwn Woodland (Pasir Gudang)

jadual lengkap piala malaysia 2011

6 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Johor vs Kedah | Sabah vs Perak

KUMP B -> Sime Darby vs Terengganu | PKNS vs N.Sembilan

KUMP C -> Sarawak vs Kelantan | Felda vs Johor FC

KUMP D -> PDRM vs Selangor | K.Lumpur vs T-Team



10 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Kedah vs Sabah | Perak vs Johor

KUMP B -> Terengganu vs PKNS | N.Sembilan vs Sime Darby

KUMP C -> Kelantan vs Felda Utd | Johor FC vs Sarawak

KUMP D -> Selangor vs K.Lumpur | T-Team vs PDRM



13 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Perak vs Kedah | Johor vs Sabah

KUMP B -> N.Sembilan vs Terengganu | Sime Darby vs PKNS

KUMP C -> Johor FC vs Kelantan | Sarawak vs Felda Utd

KUMP D -> T-Team vs Selangor | PDRM vs K.Lumpur

17 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Kedah vs Johor | Perak vs Sabah

KUMP B -> Terengganu vs Sime Darby | N.Sembilan vs PKNS

KUMP C -> Kelantan vs Sarawak | Johor FC vs Felda

KUMP D -> Selangor vs PDRM | T-Team vs K.Lumpur



24 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Sabah vs Kedah | Johor vs Perak

KUMP B -> PKNS vs Terengganu | Sime Darby vs N.Sembilan

KUMP C -> Felda Utd vs Kelantan | Sarawak vs Johor FC

KUMP D -> K.Lumpur vs Selangor | PDRM vs T-Team

27 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Kedah vs Perak | Sabah vs Johor

KUMP B -> Terengganu vs N.Sembilan | PKNS vs Sime Darby

KUMP C -> Kelantan vs Johor FC | Felda Utd vs Sarawak

KUMP D -> Selangor vs T-Team | K.Lumpur vs PDRM



*Perlawanan dipinda jika ada pertembungan venue*



SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA (4 OKTOBER 2011 & 8 OKTOBER 2011)

1 - D2 vs A1, A1 vs D2

2 - C2 vs B1, B1 vs C2

3 - B2 vs C1, C1 vs B2

4 - A2 vs D1, D1 vs A2



SEPARUH AKHIR (14 OKTOBER 2011 & 22 OKTOBER 2011)

5 - Pemenang 1 vs Pemenang 3, Pemenang 3 vs Pemenang 1

6 - Pemenang 2 vs Pemenang 4, Pemenang 4 vs Pemenang 2



PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (29 OKTOBER 2011)

Pemenang 5 vs Pemenang 6

piala malaysia:selangor sedia awal

SELANGOR semakin serius menamatkan kemarau enam tahun tanpa kejuaraan Piala Malaysia apabila menyusun enam aksi persahabatan menjelang sepak mula saingan sebenar pada 6 September depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang dilantik sebagai pengurus sementara bagi saingan Piala Malaysia kali ini nyata telah memberikan semangat baru buat skuad Red Giant itu.

Menurut Hamidin, pihaknya telah pun menyusun beberapa siri perlawanan persahabatan sepanjang bulan Ramadan ini iaitu merangkumi dua perlawanan setiap minggu.

"Selepas bertemu sku- ad kebangsaan pada aksi persahabatan Sabtu lalu, kita telah membuat perancangan rapi sebagai persediaan terbaik bagi menghadapi saingan Piala Malaysia kali ini.

"Kita akan bertemu Pos Malaysia pada Rabu ini (esok) diikuti aksi bertemu Felda United (13 Ogos), berkemungkinan Kelantan (17 Ogos), Johor FC (21 Ogos), Sime Darby (24 Ogos) dan Negeri Sembilan (27 Ogos).

"Kesemua perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Shah Alam bermula 10 malam kecuali pertemuan menentang Negeri Sembilan di Paroi. Bagi aksi pada 17 Ogos, ia belum dimuktamadkan," kata Hamidin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Susunan aksi persahabatan itu dibuat dengan menentang pasukan-pasukan Kumpulan B dan C memandangkan Selangor yang diundi dalam Kumpulan D bersama T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM akan bertemu wakil Kumpulan A jika layak ke suku akhir.

Dalam pada itu, Hamidin turut menggesa para penyokong Selangor yang berkelapangan supaya dapat hadir menyaksikan sesi latihan skuad Selangor yang berlangsung setiap hari di Padang SUK, Shah Alam antara 9.30 hingga 11.30 malam.

"Kehadiran penyokong ini mungkin sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat dan moral para pemain selepas kecewa gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super.

"Bukan saja sesi latihan, saya harap para penyokong turut sama hadir menyaksikan perlawanan persahabatan sepanjang Ramadan ini seterusnya perlawanan sebenar selepas hari raya nanti," jelas Hamidin.

Bagi saingan Piala Malaysia musim ini, Selangor meminjam tiga pemain iaitu penjaga gol USM FC, G. Jeevananthan serta dua pemain Harimau Muda A, Haziq Zikri Elias dan Nazri Ahmad.

sumber:kosmo

7 pemain dari skuad senior mantapkan pasukan olimpik negara menentang budapest

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bakal menurunkan enam pemain kebangsaan dalam kese- belasan utamanya pada aksi menentang kelab Liga Divisyen Satu Hun- gary, Budapest Honved malam ini.

Ia merupakan aksi persahabatan keempat skuad B-22 negara itu dalam siri latihan sebulan di Slovakia selepas mereka cemerlang menewaskan Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany 2-1 dan Liptovsky Mikulas 2-1 sebelum ini.

Satu-satunya perlawanan di luar Slovakia itu akan berlangsung di Budapest, Hungary, kira-kira tiga jam perjalanan dari kem latihan skuad negara di Zlate Moravce pada 5 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Menurut Kim Swee, beliau akan mencuba kesebelasan bayangan bagi persiapan menghadapi aksi sulung pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia bertemu Jepun di Tosu, Fu- kuoka tanpa Gary Steven Robbat dan Ahmad Fakri Saarani.

"Kemungkinan enam pemain kebangsaan (Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan) akan diturunkan pada babak pertama nanti.

"Fakri mungkin hanya akan dimasukkan pada babak kedua kerana dia tidak dapat beraksi menentang Jepun akibat kad merah yang diterima ketika bertemu Singapura. Begitu juga Gary yang menerima kad merah ketika bertemu Lebanon.

"Namun Gary tidak akan beraksi menentang Honved ini kerana dia bersama-sama Irfan Fazali, Affize Faisal Mamat, Izuan Solahuddin dan Syaz- wan Tajuddin mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Ditanya adakah skuadnya dalam tekanan bagi mempertahankan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan, Kim Swee berkata, ia bukan sesuatu masalah tetapi apa yang penting setiap pemain perlu melaksanakan tugas serta meningkatkan semangat berpasukan.

"Dengan adanya tujuh pemain kebangsaan yang baru tiba ini, saya harap momentum kita di sini akan lebih positif serta mendapat keputusan yang baik.

"Apa yang saya lihat, pemain begitu fokus dan bekerjasama dengan baik sama ada dalam atau luar padang," jelasnya.

selangor 1-0 malaysia

selangor 1-0 malaysia..


p/s:sorry late update,bsy..

Cabaran Ramadhan Bagi Pemain Bola islam DiJerman

Pemain bola sepak liga Jerman beragama Islam kini dalam dilema untuk meneruskan ibadat puasa mereka menjelang pembukaan musim baru Bundesliga, Jumaat ini.

Pemain sayap Perancis, Franck Ribery yang memeluk agama Islam sejak 2002 dilaporkan tetap akan berpuasa tetapi tidak ketika beliau beraksi bersama kelabnya, Bayern Munich.

Pemain kelab SV Hamburg, Anis Ben Hatira sebaliknya merancang untuk terus berpuasa walaupun terpaksa beraksi dalam perlawanan.

Ibadah puasa bukanlah satu persedian yang ideal untuk atlet dan Majlis Pusat Islam di Jerman (ZMD) telah menerbitkan panduan untuk membantu pemain bola sepak membuat keputusan.

Ketua ZMD, Aimen Mazyek memberitahu Agensi berita Jerman dpa bahawa pemain bola boleh berpuasa selepas musim perlawanan bola tamat.

"Kami percaya mengerjakan puasa tanpa mengambil kira aktiviti fizikal dalam kerja tidak digalakkan dalam Islam," katanya.

Mazyek turut menyifatkan isu ini sukar kerana pemain perlu menyoal diri mereka sendiri sama ada sukan lebih penting daripada agama dan sama ada dia mahu beraksi dengan tenaga orang yang berpuasa tanpa mempedulikan kepentingan pasukannya.

Kelab divisyen kedua, SSV Frankfuert sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila tiga pemain Islam menerima amaran kerana berpuasa di bulan Ramadan tanpa meminta kebenaran kelab.

Kelab itu kemudiannya menerima kecaman awam dan isu itu menyebabkan kelab-kelab lain lebih berhati-hati.

Sementara itu, pemain kelab Bayer Leverkusen, Omer Toprak memberitahu dia sebelum ini patuh mengerjakan ibadah puasa, tetapi kini menyifatkannya tidak lagi sesuai dengan prinsip persembahan tinggi bola sepak.

Rakan sepasukannya pula, Karim Bellarabi mahu berpuasa selepas musim tamat, berlainan dengan pemain kelab Hertha Berlin, Tuney Torum yang tidak mahu lagi berpuasa selepas hampir pengsan ketika cuba berpuasa selama sebulan.

"Sebab itulah saya memutuskan untuk tidak lagi berpuasa, tetapi saya sangat kagum kepada pemain yang melakukannya," kata Torum. - dpa

Dipetik daripada: Utusan Online