Ahad, 14 Ogos 2011

sukan universiti dunia;pasukan bolasepak tewas bermaruah

Pemain negara telah mengerah sehabis keringat sebelum tunduk 1-2 kepada kehebatan samba Brazil dalam acara bola sepak Kumpulan B Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 di Pusat Sukan Bao‘an Xixiang, semalam.

Kedua-dua gol Brazil dijaringkan Jefersom Berger pada minit ke-20 dan ke-69.

Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Mohd. Bunyamin Omar pada minit ke-87 selepas Muhd. Afham Zulkepli dijatuhkan oleh penjaga gol Brazil, Carlos Nunes.

Kekalahan juga meranapkan peluang Malaysia untuk menghidu peluang ke suku akhir selepas gagal mengutip sebarang mata dalam dua perlawanan.

Meskipun begitu, tiada apa yang harus dikesali oleh anak-anak buah Aminuddin Hussin kerana telah mempamerkan semangat juang yang tinggi di samping dapat memberikan saingan hebat kepada dua pasukan berkelas dunia, Ukraine dan Brazil.

Berada pada kelas tersendiri, rentak samba Brazil sukar ditangani oleh barisan pemain Malaysia semenjak awal perlawanan.

Namun persembahan mantap ketua pasukan Amiriziwan Taj Tajudin pada bahagian pertahanan menutup ruang penyerang lawan yang ditunjangi Berger bermaharajalela mendapatkan gol.

Berger hampir meletakkan Brazil di hadapan namun percubaan leret pemain itu tersasar.

Namun dia tidak menunggu lama untuk meledak pada minit ke-12 hasil rembatan mudah dalam kotak penalti melalui gerakan menarik dari sebelah kiri pintu gol Malaysia.

Malaysia tetap mampu sekali-sekala melancarkan serangan balas walaupun tenggelam akibat penguasaan besar Brazil pada pertama melalui gerakan bijak Reuben Thayaparan yang melorongkan bola kepada Muhd. Nursalam Zainal Abidin yang keseorangan dalam kotak penalti.

Meskipun begitu, Nursalam melepaskan peluang keemasan terbaik mendapatkan gol walaupun hanya berhadapan satu antara satu dengan penjaga gol Brazil pada minit ke-35 apabila sepakan sipi ke bahagian kanan gawang lawan.

Perlawanan yang berat sebelah pada separuh masa pertama berjaya diimbangi oleh skuad negara pada babak kedua namun Brazil tetap mampu menggegar gawang Malaysia sekali lagi pada minit ke-69 oleh Berger.(Sumber Utusan Malaysia)

Baddrol dikhabarkan ditawar kontrak bersama wigan athletic


Kelab Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.

Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?.

Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang.

Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia.

Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan.

“Saya tak tahu apa-apa tentang perkara ini. Mungkin khabar angin saja. Saya tak pasti. Saya sendiri pun tak tengok lagi laman web terbabit,” kata Baddrol ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya andai laporan itu benar dan tawaran rasmi daripada Wigan bakal menyusul selepas ini, Baddrol berkata: “Kalau betul memang ada tawaran, insyaallah saya akan pergi dan cuba.”

Baddrol sebelum ini pada 2008 ketika usianya baru mencecah 20 tahun bersama-sama Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu ke sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Chelsea.

Wigan di bawah bimbingan pengurus, Roberto Martinez memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pendatang baharu, Norwich City malam kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut terkejut dengan berita tersebut, tetapi menganggap ia sesuatu perkembangan yang positif andai benar-benar berlaku.

Rabu, 10 Ogos 2011

safiq dan amirulhadi bakal ke liga indonesia


Safiq Rahim akan berhijrah ke Persija Jakarta mengikuti jejak langkah Safee Sali di dalam kancah liga super Indonesia. Manakala Amirulhadi Zainal telah diperhatikan oleh kelab dari liga Jepun dan juga kelab Indonesia Persib Bandung.

perpindahan pemain piala malaysia 2011

Kelantan
Azamuddin Mohd Akil - Pahang FA
R. Surendran - Pahang FA

Kedah
Azmizi Azmi - Perlis FA
Bashahrul Abu Bakar - Harimau Muda A


Selangor
G.Jeevanathan - USM FC
Muhamad Nazri Ahmad - Harimau Muda B
Haziq Zikri Elias - Harimau Muda B


Perak
Mohd Hafiszuan Salehuddin - Perlis FA
Mohd Failee Mohamad Ghazli - USM FC
Muhammad Rafiuddin Roddin - Harimau Muda A)



T-Team
Mohd Jibrail Kamaron Baharin - Pos Malaysia FC
Mohd Fitri Omar - MP Muar FC



Johor FA
Mohd Redzuan Bin Nawi - USM FC
Ashadi Bin Mohd Yuso - ATM
Mohd Noraslan Bin Makhta - Pulau Pinang FA



Sarawak
Chung Keng Hong - ATM
Jaganathan Victor Arputharajoo - ATM



Felda United
K. Ravindran - Harimau Muda A
S. Sivanesan - Harimau Muda A
D. Saarvindran - Harimau Muda B (Hampir Pasti)


N9 - Munir Amran

safee dapat tawaran dari kelab bundesliga

penyerang sensasi harimau malaya dikhabarkan mendapat tawaran beraksi diliga jerman.Kelab yang berminat terhadap safee ialah scchalke 04,fc koln,vfb stuttgart dan sebuah pasukan daripada divisyen 2.Walaupun begitu,safee tidak terburu buru untuk pergi kerana menghormati kontraknya bersama pasukan dari liga indonesia,pelita jaya.

Isnin, 8 Ogos 2011

perlawanan persahabatan pra piala malaysia 2011

Ogos 9, 2011: Johor FA lwn Johor FC (9.30mlm, Larkin)

Ogos 13, 2011: Selangor lwn Felda United (10mlm, SSA)

Ogos 17, 2011: Selangor lwn Kelantan (10mlm, RM5, SSA)

Ogos 17, 2011: Johor FC lwn Negeri Sembilan (Pasir Gudang)

Ogos 20, 2011: Selangor lwn Johor FC (10mlm, SSA)

Ogos 23, 2011: Kuala Lumpur lwn Johor FC (Selayang)

Ogos 24, 2011: Selangor lwn Sime Darby (10mlm, SSA)

Ogos 27, 2011: Selangor lwn Kelantan (10mlm, STAR, Paroi).

Ogos 27, 2011: Johor FC lwn Woodland (Pasir Gudang)

jadual lengkap piala malaysia 2011

6 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Johor vs Kedah | Sabah vs Perak

KUMP B -> Sime Darby vs Terengganu | PKNS vs N.Sembilan

KUMP C -> Sarawak vs Kelantan | Felda vs Johor FC

KUMP D -> PDRM vs Selangor | K.Lumpur vs T-Team



10 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Kedah vs Sabah | Perak vs Johor

KUMP B -> Terengganu vs PKNS | N.Sembilan vs Sime Darby

KUMP C -> Kelantan vs Felda Utd | Johor FC vs Sarawak

KUMP D -> Selangor vs K.Lumpur | T-Team vs PDRM



13 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Perak vs Kedah | Johor vs Sabah

KUMP B -> N.Sembilan vs Terengganu | Sime Darby vs PKNS

KUMP C -> Johor FC vs Kelantan | Sarawak vs Felda Utd

KUMP D -> T-Team vs Selangor | PDRM vs K.Lumpur

17 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Kedah vs Johor | Perak vs Sabah

KUMP B -> Terengganu vs Sime Darby | N.Sembilan vs PKNS

KUMP C -> Kelantan vs Sarawak | Johor FC vs Felda

KUMP D -> Selangor vs PDRM | T-Team vs K.Lumpur



24 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Sabah vs Kedah | Johor vs Perak

KUMP B -> PKNS vs Terengganu | Sime Darby vs N.Sembilan

KUMP C -> Felda Utd vs Kelantan | Sarawak vs Johor FC

KUMP D -> K.Lumpur vs Selangor | PDRM vs T-Team

27 SEPTEMBER 2011

KUMP A -> Kedah vs Perak | Sabah vs Johor

KUMP B -> Terengganu vs N.Sembilan | PKNS vs Sime Darby

KUMP C -> Kelantan vs Johor FC | Felda Utd vs Sarawak

KUMP D -> Selangor vs T-Team | K.Lumpur vs PDRM



*Perlawanan dipinda jika ada pertembungan venue*



SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA (4 OKTOBER 2011 & 8 OKTOBER 2011)

1 - D2 vs A1, A1 vs D2

2 - C2 vs B1, B1 vs C2

3 - B2 vs C1, C1 vs B2

4 - A2 vs D1, D1 vs A2



SEPARUH AKHIR (14 OKTOBER 2011 & 22 OKTOBER 2011)

5 - Pemenang 1 vs Pemenang 3, Pemenang 3 vs Pemenang 1

6 - Pemenang 2 vs Pemenang 4, Pemenang 4 vs Pemenang 2



PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (29 OKTOBER 2011)

Pemenang 5 vs Pemenang 6

piala malaysia:selangor sedia awal

SELANGOR semakin serius menamatkan kemarau enam tahun tanpa kejuaraan Piala Malaysia apabila menyusun enam aksi persahabatan menjelang sepak mula saingan sebenar pada 6 September depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang dilantik sebagai pengurus sementara bagi saingan Piala Malaysia kali ini nyata telah memberikan semangat baru buat skuad Red Giant itu.

Menurut Hamidin, pihaknya telah pun menyusun beberapa siri perlawanan persahabatan sepanjang bulan Ramadan ini iaitu merangkumi dua perlawanan setiap minggu.

"Selepas bertemu sku- ad kebangsaan pada aksi persahabatan Sabtu lalu, kita telah membuat perancangan rapi sebagai persediaan terbaik bagi menghadapi saingan Piala Malaysia kali ini.

"Kita akan bertemu Pos Malaysia pada Rabu ini (esok) diikuti aksi bertemu Felda United (13 Ogos), berkemungkinan Kelantan (17 Ogos), Johor FC (21 Ogos), Sime Darby (24 Ogos) dan Negeri Sembilan (27 Ogos).

"Kesemua perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Shah Alam bermula 10 malam kecuali pertemuan menentang Negeri Sembilan di Paroi. Bagi aksi pada 17 Ogos, ia belum dimuktamadkan," kata Hamidin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Susunan aksi persahabatan itu dibuat dengan menentang pasukan-pasukan Kumpulan B dan C memandangkan Selangor yang diundi dalam Kumpulan D bersama T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM akan bertemu wakil Kumpulan A jika layak ke suku akhir.

Dalam pada itu, Hamidin turut menggesa para penyokong Selangor yang berkelapangan supaya dapat hadir menyaksikan sesi latihan skuad Selangor yang berlangsung setiap hari di Padang SUK, Shah Alam antara 9.30 hingga 11.30 malam.

"Kehadiran penyokong ini mungkin sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat dan moral para pemain selepas kecewa gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super.

"Bukan saja sesi latihan, saya harap para penyokong turut sama hadir menyaksikan perlawanan persahabatan sepanjang Ramadan ini seterusnya perlawanan sebenar selepas hari raya nanti," jelas Hamidin.

Bagi saingan Piala Malaysia musim ini, Selangor meminjam tiga pemain iaitu penjaga gol USM FC, G. Jeevananthan serta dua pemain Harimau Muda A, Haziq Zikri Elias dan Nazri Ahmad.

sumber:kosmo

7 pemain dari skuad senior mantapkan pasukan olimpik negara menentang budapest

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bakal menurunkan enam pemain kebangsaan dalam kese- belasan utamanya pada aksi menentang kelab Liga Divisyen Satu Hun- gary, Budapest Honved malam ini.

Ia merupakan aksi persahabatan keempat skuad B-22 negara itu dalam siri latihan sebulan di Slovakia selepas mereka cemerlang menewaskan Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany 2-1 dan Liptovsky Mikulas 2-1 sebelum ini.

Satu-satunya perlawanan di luar Slovakia itu akan berlangsung di Budapest, Hungary, kira-kira tiga jam perjalanan dari kem latihan skuad negara di Zlate Moravce pada 5 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Menurut Kim Swee, beliau akan mencuba kesebelasan bayangan bagi persiapan menghadapi aksi sulung pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia bertemu Jepun di Tosu, Fu- kuoka tanpa Gary Steven Robbat dan Ahmad Fakri Saarani.

"Kemungkinan enam pemain kebangsaan (Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan) akan diturunkan pada babak pertama nanti.

"Fakri mungkin hanya akan dimasukkan pada babak kedua kerana dia tidak dapat beraksi menentang Jepun akibat kad merah yang diterima ketika bertemu Singapura. Begitu juga Gary yang menerima kad merah ketika bertemu Lebanon.

"Namun Gary tidak akan beraksi menentang Honved ini kerana dia bersama-sama Irfan Fazali, Affize Faisal Mamat, Izuan Solahuddin dan Syaz- wan Tajuddin mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Ditanya adakah skuadnya dalam tekanan bagi mempertahankan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan, Kim Swee berkata, ia bukan sesuatu masalah tetapi apa yang penting setiap pemain perlu melaksanakan tugas serta meningkatkan semangat berpasukan.

"Dengan adanya tujuh pemain kebangsaan yang baru tiba ini, saya harap momentum kita di sini akan lebih positif serta mendapat keputusan yang baik.

"Apa yang saya lihat, pemain begitu fokus dan bekerjasama dengan baik sama ada dalam atau luar padang," jelasnya.

selangor 1-0 malaysia

selangor 1-0 malaysia..


p/s:sorry late update,bsy..

Cabaran Ramadhan Bagi Pemain Bola islam DiJerman

Pemain bola sepak liga Jerman beragama Islam kini dalam dilema untuk meneruskan ibadat puasa mereka menjelang pembukaan musim baru Bundesliga, Jumaat ini.

Pemain sayap Perancis, Franck Ribery yang memeluk agama Islam sejak 2002 dilaporkan tetap akan berpuasa tetapi tidak ketika beliau beraksi bersama kelabnya, Bayern Munich.

Pemain kelab SV Hamburg, Anis Ben Hatira sebaliknya merancang untuk terus berpuasa walaupun terpaksa beraksi dalam perlawanan.

Ibadah puasa bukanlah satu persedian yang ideal untuk atlet dan Majlis Pusat Islam di Jerman (ZMD) telah menerbitkan panduan untuk membantu pemain bola sepak membuat keputusan.

Ketua ZMD, Aimen Mazyek memberitahu Agensi berita Jerman dpa bahawa pemain bola boleh berpuasa selepas musim perlawanan bola tamat.

"Kami percaya mengerjakan puasa tanpa mengambil kira aktiviti fizikal dalam kerja tidak digalakkan dalam Islam," katanya.

Mazyek turut menyifatkan isu ini sukar kerana pemain perlu menyoal diri mereka sendiri sama ada sukan lebih penting daripada agama dan sama ada dia mahu beraksi dengan tenaga orang yang berpuasa tanpa mempedulikan kepentingan pasukannya.

Kelab divisyen kedua, SSV Frankfuert sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila tiga pemain Islam menerima amaran kerana berpuasa di bulan Ramadan tanpa meminta kebenaran kelab.

Kelab itu kemudiannya menerima kecaman awam dan isu itu menyebabkan kelab-kelab lain lebih berhati-hati.

Sementara itu, pemain kelab Bayer Leverkusen, Omer Toprak memberitahu dia sebelum ini patuh mengerjakan ibadah puasa, tetapi kini menyifatkannya tidak lagi sesuai dengan prinsip persembahan tinggi bola sepak.

Rakan sepasukannya pula, Karim Bellarabi mahu berpuasa selepas musim tamat, berlainan dengan pemain kelab Hertha Berlin, Tuney Torum yang tidak mahu lagi berpuasa selepas hampir pengsan ketika cuba berpuasa selama sebulan.

"Sebab itulah saya memutuskan untuk tidak lagi berpuasa, tetapi saya sangat kagum kepada pemain yang melakukannya," kata Torum. - dpa

Dipetik daripada: Utusan Online

Jumaat, 5 Ogos 2011

undian peringkat kumpulan piala malaysia..

Keputusan undian Piala Malaysia 2011

Kumpulan A
- Kedah
- Perak
- Sabah
- Johor

Kumpulan B
- Terengganu
- N.Sembilan
- Pkns
- Sime Darby

Kumpulan C
- Kelantan
- Johor Fc
- Felda United
- Sarawak

Kumpulan D
- Selangor
- T-Team
- K.Lumpur
- Pdrm

Rabu, 3 Ogos 2011

jadual perlawanan persahabatan antarabangsa bulan ogos..

International Friendly Harimau Malaya untuk Bulan Ogos :

1. Oman vs Malaysia | 8.8.2011 | Muscat, Oman.
2. Malaysia vs Indonesia | 14.8.2011 | Kuala Lumpur, Malaysia.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meneliti cadangan mengadakan penasihat atau pengarah taktikal yang berperanan membantu ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal meningkatkan kualiti pemain skuad negara.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat FAM selepas Hari Raya Aidilfitri.

''Semua pihak boleh mengeluarkan cadangan dan saya juga ada pendapat saya. Kita memang sentiasa memandang ke hadapan dan dari segi pelantikan pengarah taktikal, kita akan meneliti dengan sedalam-dalamnya," kata Tengku Abdullah selepas menghadiri majlis pengurniaan zakat dan berbuka puasa di Masjid Al-Muadzam Shah dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusif sebelum ini mencadangkan FAM mengadakan seorang penasihat atau pengarah taktikal dalam membantu meningkatkan permainan skuad negara yang kelihatan tidak konsisten dalam persembahannya.

Ia termasuk persembahan yang tidak mencapai standard diharapkan ketika menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014 apabila skuad kebangsaan tersingkir selepas tewas dengan agregat 4-6.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah memberitahu, pihaknya akan mengadakan post-mortem untuk mengkaji punca kekalahan skuad kebangsaan ketika menentang Singapura tempoh hari.

''Kita tidak boleh menafikan antara sebab kekalahan ialah pemain kita lebih muda berbanding Singapura. Nasib juga tidak menyebelahi kita. Saya harap Rajagobal ada perancangan untuk pertingkatkan semula prestasi pasukan kita," ujar Tengku Abdullah.

Tengku Mahkota Pahang itu juga berharap Rajagobal mampu membentuk skuad yang lebih mantap dalam menghadapi Sukan Asia pada 2013.

Ditanya sama ada FAM akan memanggil beberapa pemain senior yang beraksi ketika menentang Chelsea, baru-baru ini untuk diserapkan ke skuad kebangsaan, jelasnya, perlawanan persahabatan itu tidak boleh dijadikan ukuran menilai prestasi pemain.

''Kita masih ada masa dan kita berharap ketua jurulatih dapat membentuk pasukan yang lebih baik dalam tempoh dua tahun ini," katanya.(Sumber Utusan Malaysia)

sultan ahmad shah terima anugerah berlian afc

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan bekas Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) merupakan penerima Anugerah Berlian AFC 2011.

Perwakilan AFC yang diketuai pemangku presidennya Zhang Jilong menghadap Sultan Ahah Shah di Istana Pahang di sini, semalam untuk menyampaikan perkhabaran tersebut kepada baginda yang menjadi Presiden AFC dari 1994 hingga 2002.

Menurut laman web AFC, anugerah akan disampaikan kepada baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada majlis Anugerah Tahunan AFC di sebuah hotel terkemuka di sini pada 23 November ini.

Anugerah tersebut diberikan kepada individu yang memberi sumbangan ke arah pembangunan dan promosi sukan bola sepak di benua Asia.

Penerima anugerah sebelum ini termasuk Saburo Kawabuchi (2005), Joseph S Blatter (2006), Lennart Johannson (2007), Ken Naganuma (2008, selepas kematian), Jeneral Farouk Bouzo (2009) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (2010).(Sumber Utusan)

Amirulhadi tak ambil peduli

Pemain sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti ‘monyet’.
“Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,” kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.

“Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak.

“Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.

Kenyataan itu dikeluarkan Hidayah menerusi laman Twitter, memperkatakan lagak lipat gunting serentak Safee dan Amirul ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut.
“Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita,” katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.

Ketika ditemui, Rajagobal tidak terkejut jika ada pihak mula mempersoalkan kewibawaannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

“Hanya kerana kita tidak layak ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia, ramai yang muncul sebagai ‘jurulatih’ dan mempersoalkan strategi saya pada perlawanan menentang Singapura tempoh hari,” kata Rajagobal.

“Sewaktu kita menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu, tiada pula yang mempersoalkan apa-apa sedangkan kita menurunkan skuad hampir sama, kecuali tanpa Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

“Saya akui barisan pertahanan kita tidak konsisten ketika menentang Singapura dan ramai mempersoalkan kenapa saya tidak memanggil Norhafiz Zamani Misbah selepas pertahanan itu beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea.

“Tetapi katakan saya memanggil Zamani hanya kerana prestasi pada perlawanan itu dan kemudian dia tidak menjadi, tentu percaturan saya akan turut dipersoalkan.”

Rajagobal sedar kekalahan 6-4 secara agregat di tangan Singapura cukup mengecewakan seluruh rakyat Malaysia, tetapi dia mahu peminat sedar dan faham anak buahnya sudah sedaya upaya cuba mengatasi pasukan jiran yang dibarisi pemain lebih berpengalaman itu.

“Saya dan pemain tidak akan lupakan kehadiran lebih 90,000 penonton di stadium malam itu. Saya tahu apa yang mereka harapkan. Pemain kita masih muda dan saya menyediakan pasukan ini untuk layak ke Piala Asia 2015.” (Sumber Berita Harian)

Selasa, 2 Ogos 2011

t-team tidak gentar dengan pasukan gergasi

JURULATIH T-Team, Yunus Aliff tidak gentar jika skuad kendaliannya diundi berada dalam satu kumpulan bersama pasukan berstatus gergasi seperti Sela- ngor, Kelantan pada kempen Piala Malaysia.

Yunus turut mengakui, anak-anak buahnya juga sudah bersedia andai turut diundi bersama 'abang' mereka, Terengganu.

Pengendali pasukan berstatus kelab itu percaya pasukannya tidak dapat mengelak daripada membuat perhitungan dengan ketiga-tiga pasukan tersebut jika mahu muncul sebagai juara Piala Malay- sia yang baharu nanti.

Justeru Yunus berharap agar skuadnya yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman, mampu mencipta kejutan seterusnya menjulang Piala Malaysia tahun ini.

"Dengan berbekalkan pengalaman ketika menentang pasukan-pasukan itu ketika beraksi dalam kempen Liga Super, saya percaya setiap pemain T-Team sudah mengenal pasti setiap kekuatan dan kelemahan pasukan lawan.

"Barisan T-Team dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Indra Putra (Mahayuddin) dan dia dijangka mampu mengemudi pemain-pemain muda untuk menjulang kejayaan kali ini," ujarnya.

Menurut Yunus, pasukan bimbingannya yang kini dalam persiapan untuk menghadapi Piala Malaysia, menjalani latihan seperti biasa.

"Sesi latihan selam sejam setengah tetap dijalankan sepanjang bulan Rama- dan ini dan di bahagikan kepada dua sesi iaitu siang dan malam.

"Ini untuk memastikan tahap kecerga- san pemain berada dalam prestasi terbaik," katanya.

Bagi memperkuat cabaran T-Team, Yunus berjaya melamar penjaring terba- nyak Liga Premier dari pasukan MP Muar, Mohd. Fitri Omar.

Selain Fitri, T-Team turut 'mengimport' dua lagi pemain iaitu penjaga gol Pos Malaysia, Mohd. Jibrail Kamaron Baharin dan Mohd. Faiz Subri dari Perlis.

"Kita pinjam dua pemain penye- rang dan seorang penjaga gol bagi melengkapkan pasukan T-Team dalam menghadapi saingan liga berprestij itu," katanya.

Yunus berkata, tiga pemain skuad Piala Presiden T-Team turut disenaraikan untuk membantu pasukan berstatus kelab itu.

Pemain berkenaan ialah Kamarul Bahrin Abdullah (tengah), Al- Amin Jusoh (pertahanan) dan Khairo Anuar (penjaga gol).

info:kosmo

farizal sedia rampas jersi no.1 negara

REAKSI penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias terkejut bercampur gembira apabila mengetahui namanya tersenarai semula untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula petang ini.

Aksi cemerlang Farizal, 25, mengawal gawang barisan Pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee ketika bertemu Chelsea pada 21 Julai lalu membuktikan dirinya masih layak untuk menyarung jersi No. 1 skuad kebangsaan.

Bagi penjaga gol kelahiran Pahang itu, dia mahu menggunakan sepenuhnya peluang menyertai kem latihan skuad kebangsaan itu untuk meyakinkan semula jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

"Saya rasa sangat bersyukur kerana dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan. Dua misi saya ketika beraksi menentang Chelsea tempoh hari telah berjaya.

"Pertama saya bertekad gawang tidak dibolosi Chelsea dan ia berjaya. Keduanya saya mahu kembali ke skuad kebangsaan dan ia kini sudah tercapai.

"Jadi tugas saya sekarang adalah untuk berusaha bersungguh-sungguh sepanjang sesi latihan nanti bagi meningkatkan prestasi selain memikat hati jurulatih," kata Farizal ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat yang berlepas ke Slovakia awal pagi tadi untuk menyertai lati- han skuad Olimpik negara, Farizal akan berlatih bersama Sharbinee Allawee Ramli dan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali yang di- panggil menggantikan Nasril Nourdin.

Farizal, Sharbinee dan Norazlan pasti akan berusaha meyakinkan Rajagobal dan jurulatih penjaga gol negara, Faozi Mukhlas untuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Oman di Muscat pada 10 Ogos ini.

"Saya berharap dapat terpilih untuk beraksi menentang Oman nanti kerana sudah lama saya tidak berpeluang beraksi pada perlawanan antarabangsa seperti ini.

"Tetapi saya tetap perlu berusaha keras kerana tiada jaminan automa- tik untuk mengisi tempat sebagai penjaga gol utama," jelas Farizal yang pernah menyarung jersi Shah- zan Muda dan Perlis.

Farizal merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sejak Rajagobal dilantik sebagai jurulatih pada 2009 tetapi diketepikan sele- pas mengalami kecederaan patah tulang pipi pada Julai 2010.

info:kosmo

khairul fahmi pulangkan cincin pertunangan

Kontroversi putus tunang penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, hampir menemui noktah apabila hero Harimau Malaya itu mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.

Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kata Khairul Fahmi, dia tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik.


“Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,” katanya ketika di temui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin.

harimau muda menang lagi!

KEPUTUSAN PERLAWANAN 2/8/2011

(friendly) Harimau muda 2-1 Tatran Liptovský Mikuláš.
Gol dijaringkan oleh : Haswan dan Irfan Fazail.
Kemenangan ke-3 Untuk Harimau muda di Slovakia! Taniah Ong Kim Swee Dan Harimau Muda!

sime darby mahu boas dan bustomi

Khamis lalu jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria & pengurus pasukan berada di Gelora Bung Karno untuk melihat dua pemain ini beraksi untuk Indonesia ketika menentang Turkmenistan.


Pengurusan Sime Darby akan menghubungi pengurusan Arema & Persipura untuk membincangkan h...al kontrak.


Bustomi antara pemain Arema yang dilaporkan menjadi perhatian banyak kelab di Indoensia termasuk ISL & IPL untuk musim hadapan. Kontrak pemain Arema sudah tamat 31 Julai, namun pengurusan Arema masih belum memberi kata putus untuk menyambung kontrak pemain. Arema merupakan pasukan paling banyak masalah dalaman musim lalu, tapi berjaya berada di tangga kedua liga pada akhir musim.


Boaz merupakan penjaring terbanyak & pemain terbaik ISL 2010/2011. Boaz ketua pasukan Persipura berjaya meledak 22 gol sepanjang musim. April lalu Ruud Voll (promoter bolasepak Indonesia) pernah mengatakan VVV Venlo (Liga Eredivisie Belanda) berminat untuk membeli Boaz. VVV Venlo sebelum ini membeli Keisuke Honda dari Nagoya Grampus kurang dari 1 juta euro dan menjual Honda ke CSKA Moscow berharga 6 juta euro. Namun kedatangan Boaz ke Sime Darby dilihat mustahil kerana Persipura musim hadapan akan menjadi wakil Indonesia beraksi di Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) selaku juara ISL 10/11 musim lalu. Arema pula akan menghadapi pusingan kelayakkan ke Liga Juara-Juara selaku naib johan liga.

indonesia mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan harimau malaya

Indonesia mempelawa skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan sebagai persediaannya menghadapi perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada September ini.

Anggota jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Bob Hippy berkata Malaysia dipilih memandangkan ia adalah negara jiran yang dekat.

Indonesia juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Australia, katanya melalui laman web rasmi PSSI.

Indonesia diundi dalam Kumpulan E bersama Iran, Bahrain dan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.

Bob berkata walaupun Indonesia diundi dalam kumpulan bersama pasukan dari Timur Tengah, namun ia tidak bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan di rantau itu kerana faktor lokasi dan masa.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya masih menunggu butiran lanjut berhubung tarikh dan lokasi perlawanan tersebut.

Isnin, 1 Ogos 2011

norhafiz kembali!!!!

KELIBAT garang Norhafiz Zamani Misbah merantai kemas pergerakan Fernando Torres dan Didier Drogba ketika Malaysia menentang Chelsea dalam siri persahabatan pada 21 Julai lalu berjaya menambat hati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Semalam, kenyataan daripada badan induk itu menyebut pemain pertahanan itu adalah antara 25 pelatih tersenarai dalam skuad kebangsaan untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Aksi goyah benteng negara ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 harus memberi opsyen lebih kepada ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal dengan kehadiran Norhafiz yang disebut boleh memantapkan kubu negara.

Kali terakhir pemain berusia 30 tahun itu mewakili skuad negara adalah di Sukan Asia 2010. Turut dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan ialah pemain tengah Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zamri yang juga sudah lama tersisih selepas kali terakhir pada kelayakan Piala Asia, hujung tahun lalu.

Penyerang Pelita Jaya FC, Safee Sali yang diberi penghormatan selaku kapten pada perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, turut tersenarai bersama kapten skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim yang tidak beraksi di Bukit Jalil minggu lalu, akibat penggantungan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan pertama menentang Singapura di republik berkenaan sebelum itu.

Pemain lain yang turut dipanggil ialah Amar Rohidan, Mohamad Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Farizal Marlias, S Kunanlan, Mohd Ashaari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee.
FAM dalam kenyataannya berkata, semua pemain itu diminta melapor diri di Wisma FAM pada jam 4 petang esok. Sesi latihan di bawah kendalian Rajagobal itu akan berlangsung lima hari sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Oman mengadakan perlawanan persahabatan dari 8 hingga 10 Ogos ini.

INFO
Senarai 25 pelatih Harimau Malaya

Amar Rohidan (Kedah)
Mohamad Azmi Muslim (Kedah)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Mohd Khyril Muhymeen Zamri (Kedah)
Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor)
Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor)
Safiq Rahim (Selangor)
Norhafiz Zamani Misbah (N Sembilan)
Mohd Farizal Marlias (N Sembilan)
Kunalan Subramaniam (N Sembilan)
Mohamad Ashaari Samsudin (Terengganu)
Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu)
Helmi Remeli (Terengganu)
Abdul Hadi Yahaya (Terengganu)
Ismail Faruqi Ashari (Terengganu)
Joseph Kalang Tie (Terengganu)
Mohd Farisham Ismail (Kelantan)
Chanturu Suppiah (Kelantan)
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (Kelantan)
Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
Mohd Shahrom Abdul Kalam (KL)
Norazlan Razali (KL)
Shahrizal Mohd Saad (Johor FC)
Mohd Faizal Muhamad (Harimau Muda A)
Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya FC, Indonesia)