Khamis, 3 November 2011

Faizal Muhammad terima tawaran terengganu

PEMAIN pinjaman Terengganu daripada Harimau Muda A, Mohd Faizal Muhamad, sah dilamar skuad Penyu musim depan selepas dia menyatakan persetujuan untuk menyarung jersi skuad itu sebaik selesai kontrak bersama pasukannya.

Pemain kelahiran Sentul Patah, Marang, Terengganu itu berkata kontraknya bersama Harimau Muda A akan tamat pada 31 Disember ini dan dia minta dilepaskan daripada skuad itu untuk menabur bakti bersama negeri kelahirannya musim depan.


“Ya, saya minta dilepaskan daripada skuad Harimau A musim depan untuk beraksi bersama skuad Terengganu yang sudah menyatakan kesediaan untuk melamar saya,” kata pemain berusia 22 tahun itu.


Pada saingan Piala Malaysia yang berakhir minggu lalu, pemain itu berjaya membentuk gandingan mantap bersama kapten, Marzuki Yusof, di benteng pertahanan sekali gus menambat hati Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengikatnya musim depan.


Selain itu, pemain yang pernah membantu negara menjulang trofi Piala Suzuki AFF Disember tahun lalu mengakui keputusannya untuk mewakili Terengganu musim depan disebabkan untuk membantu pasukan itu selepas kecewa gagal mendakap trofi berprestij itu minggu lalu.


“Sebab itu saya memilih Terengganu untuk berkhidmat musim depan biarpun turut mendapat tawaran daripada pasukan lain,” kata pemain itu yang kini berada dalam kem kebangsaan menghadapi Sukan Sea di Indonesia minggu depan.



Sebelum ini, PBSNT dalam mesyuarat awal skuad itu menyatakan enggan melepaskan beberapa pemain utamanya yang dikatakan meminta pelepasan untuk beraksi bersama skuad lain pada musim depan.


Antara pemain yang dikekalkan trio peledak, Abdul Hadi Yahaya, Abdul Manaf Mamat dan Mohd Ashaari Samsuddin. Turut dikekalkan Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Marzuki Yusof, Joseph Kalang Tie, Reesyafiq Alwi, Ismail Faruqi Ashari, Ahmad Nordin Alias, Mazlizam Mohamad dan penjaga gol kedua Mohd Sharmiza Yusoff. Selain itu, Mohd Faizal berkata, dia berikrar untuk membalas kepercayaan PBSNT dengan aksi terbaiknya pada musim depan terutama dengan kehadiran jurulatih berpengalaman.


“Saya akan memberikan persembahan terbaik pada musim depan dalam misi skuad mendakap Piala Malaysia,” katanya. lebih-lebih dengan kehadiran Mat Zan Mat Aris yang sudah membuktikan kemampuannya membawa Terengganu muncul juara Piala Malaysia pada 2001,” katanya.

YOB uji pemain import.

DUA bekas pemain kebangsaan adalah antara 10 tenaga import yang akan diuji Perak dalam ujian pemilihan selama 10 hari di Ipoh bermula 21 November ini.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemain terbabit kecuali berkata kedua-duanya membabitkan bekas pemain kebangsaan manakala seorang lagi pemain bawah 23 tahun.


Khairul Azwan berkata, awang impot yang disenarai pendek itu pula dicadangkan ejen berdaftar dengan Fifa, AFC dan FAM.


Katanya pemain terbabit berasal dari Afrika, Brazil, Australia dan Lubnan serta tidak pernah beraksi dalam kancah bola sepak tempatan sebelum ini.


“Tiada orang lama yang akan datang kerana kumpulan ini membabitkan muka baru dan tidak pernah terbabit dalam kancah bola sepak di negara ini,” katanya.


Katanya semua pemain berusia bawah 28 tahun dan beraksi di posisi tengah atau penyerang dalam liga Divisyen 1 atau Perdana negara masing-masing.



“Perak berharap dapat menyelesaikan isu pemilihan pemain import sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain pada 8 Disember,” katanya.


Khairul yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata Seladang akan mengadakan kunjungan ke Indonesia pada minggu kedua Disember nanti.

RM 20,0000 sebulan tawaran PBSNT kepada Irfan Bakti.

GAJI RM20,000 sebulan. Itu tawaran yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kepada Irfan Bakti yang telah membuat keputusan mengejut untuk meninggalkan skuad bola sepak Terengganu.

Perkara itu dinyatakan sendiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang turut berharap semua pihak menghormati keputusan jurulatih kelahiran Kelan- tan berusia 60 tahun itu yang memilih Sela- ngor sebagai destinasi baharu.

“Dia dah minta naik gaji dari RM18,000 sebulan kepada RM20,000, kita dah beri. Tapi kita kena hormati juga hasrat dia nak tinggalkan Terengganu, mungkin Selangor tawar lebih baik lagi,” katanya kepada pemberita di Kemaman semalam.

Malah, Ahmad yang merupakan peminat No. 1 bola sepak di Terengganu akhirnya se- cara terbuka merelakan pemergian juru- latih itu, sekali pun ia merupakan satu kepu- tusan yang sukar.

Katanya, Irfan yang enggan menyambung kontrak selama dua tahun bersama PBSNT apabila kontrak asalnya berakhir pada 30 November ini, mempunyai hak untuk berbuat demikian demi masa depannya dalam membangunkan sukan bola sepak negara.


“Perkara ini biasa kerana seseorang juru- latih tak akan kekal lama dengan satu-satu pasukan.

“Bila mereka ada di kemuncak mungkin mereka akan hadapi tekanan lebih besar, jadi mereka akan fikir tawaran lain.

“Kita tak boleh paksa kerana dia mungkin perlukan suasana yang lebih menggembira- kan dan tiada tekanan,” jelasnya lagi.

Mengenai cadangan sekumpulan penyokong yang berhasrat untuk mengadakan de- monstrasi bagi menuntut Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan, Ahmad menjelaskan, perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Demonstrasi dengan slogan ‘Suara Kebangkitan Bola Sepak Terengganu' itu bakal diadakan di pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang ini.

“Dari segi pencapaian, mereka (PBSNT) dah tunjuk kebolehan. Terengganu berjaya menjuarai Piala Malaysia, naib juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super.

“Mana lagi negeri yang ada dua pasukan dari satu negeri berjaya masuk ke peringkat akhir (Piala Malaysia). Kalau ada kurang kat mana tu, kita betulkanlah,” tambahnya.

khairul fahmi mahu kritikan yang membina.

KHAIRUL Fahmi Che Mat memohon kepada peminat bola sepak segera menghentikan kritikan ke atasnya kerana mahu memberi fokus 100 peratus membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta. “Peminat boleh kritik tapi bagilah kritikan yang boleh membina semangat. Jika mahu terus mengkritik biarlah ia berkaitan prestasi di dalam padang. “Bagi saya semua ini harus ditolak ke tepi. Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal lain dan hanya mahu fokus kepada Sukan SEA saja,” kata penjaga gol skuad negara itu, semalam selepas dipalit kontroversi baru membabitkan soal peribadinya, baru-baru ini.

Malaysia membuka tirai perlawanan Kumpulan A menentang pasukan tetangga, Singapura, Isnin ini.

Ketika sama dia tidak menganggap ia satu masalah baru dengan pelantikan Baddrol Bakhtiar selaku kapten pasukan ke Sukan SEA.

“Tidak ada sebarang masalah,” kata Apek yang menerima apa saja keputusan jurulatih, Ong Kim Swee.
Dia menambah: “Baddrol pemain lebih berpengalaman berbanding saya dan berhak diberi tugas ini.

“Bagi saya siapa dipilih kapten tak penting. Apa perlu dilakukan adalah beri komitmen penuh dan saya ajak rakan lain memberi kerjasama kepada Baddrol untuk pulang membawa pingat emas sekali lagi.”

Indra putra,Norfarhan kembali ke pangkuan TRW?

Sireh pulang ke gagang. Indra Putra dan Nor Farhan pernah membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2010


Adakah bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose akan kembali kepangkuan skuad The Red Warriors pada musim hadapan. Segalanya akan terjawab Selasa ini.


Ketiga-tiga pemain terbabit merupakan tunggak utama The Red Warriors ketika merangkul Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah pada 2010. Turut dikaitkan untuk beraksi dengan Kelantan pada musim depan ialah sayap kanan Selangor, Amirulhadi Zainal.


Selasa ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan senarai penuh pemain termasuklah pemain import tempatan yang akan mewakili The Red Worriors bagi musim hadapan.

Rabu, 2 November 2011

senarai pemain malaysia di sukan sea 2011

SENARAI LENGKAP PEMAIN MALAYSIA DI SUKAN SEA 2011 :

GK: Khairul Fahmi, Izham Tarmizi.

DEF: Zamer, Mahalli Jasuli, K. Reuben, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Amer Saidin, Asraruddin Putra, Syazwan Zainol, Zubir Azmi, Aziz Ismail.
... ...
MID: Yong Kuong Yong, Wan Zack, Syahrul Azwari, Shukur Jusoh, Gary Steven Robbat, K. Gurusamy, Irfan, Nazmi, Izuan Solahuddin, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam.

ST: Baddrol Bakhtiar, Izzaq Faris, Thamil Arasu, Fakri Saarani