Rabu, 3 April 2013

Artikel 88 Menjerat FAM?

FAM OH FAM!Artikel 88 mungkin semua sudah jemu mendengar tentang atikel tersebut,manakan tidak,artikel ini seolah olah menghalang kebebasan hak bersuara untuk memberi pandangan meningkatkan kualiti liga kita.FAM sudah banyak hilang 'kawan'kerana artikel 88 yang terlalu bodoh dan memerangkap FAM sendiri.Sekiranya artikel ini masih digunakan pada masa hadapan,mungkin kualiti bolasepak negara tak mampu ditingkatkan dan kualiti liga masih di gred d.Artikel ini sememangnya memberi impak besar terhadap bolasepak negara dan mungkin kita semakin jauh ketinggalan dengan negara negara asia yang lain.Thailand juga semakin menjarakkan diri dengan kita disebabkan liga Thailand yang berkualiti dan mempunyai pemain yang berkebolehan dan mempunyai kualiti seperti yang di mahukan kerana pengalaman beraksi di liga mereka yang kompetitif.FAM perlu buka mata dan melihat sekeliling dan perlu melakukan perubahan terhadap kualiti liga kerana liga yang baik sudah pasti mampu melahirkan ramai pemain berbakat dan mampu bersaing dalam pasukan utama untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama bukannya menyalahkan kehadiran pemain import.Suara peminat sudah pasti tidak didengar FAM kerana ego FAM dan peminat sebenarnya sudah jemu memberi pandangan mereka tidak di pertimbangkan bahkan pandangan bekas pemain negara pun seolah olah bercakap dengan 'binatang' kerana FAM seolah seolah tidak faham apa yang manusia mahukan.Artikel ini perlu di hapuskan sekiranya mahu meningkat kualiti bolasepak negara kita,dan menerima pandangan orang orang penting dalam bolasepak negara dan suara peminat bolasepak tempatan.Kes terbaru,udin menyalahkan media kerana bertanyakan soalan yang boleh dikenakan artikel 88,artikel seolah olah menjerat FAM sendiri kerana soalan yang diajukan wartawan sudah pastinya mengenai pandangan terhadap kualiti bolasepak negara.FAM perlu membuang ego mereka atau meletak jawatan daripada jawatan yang dipegang sekiranya tidak mampu menaiktaraf bolasepak Malayia.Penyokong bolasepak tempatan sudah tentu mahu melihat perubahan dalam bolasepak Malaysia dan melihat pasukan bolasepak Malaysia mampu pergi lebih jauh dan bukan setakat mampu jadi jagoan di asia tenggara.

Ahad, 17 Februari 2013

program pembangunan bolasepak di sarawak

topik tok aku pilih sebab aku risau dengan keadaan bolasepak di sarawak kerana rata rata pemain bolasepak sarawak berusia 25 tahun ke atas(usia matang bagi pemain bola).sik banyak pemain muda yang dapat menembusi pasukan senior sebab masalah yang ditimbulkan dirikpun seperti masalah disiplin.aku pernah bermain untuk pasukan kelab di liga kuching dan mewakili sekolah antara tahun 2006 hingga tahun 2012.3 tahun di sarawak,aku dapat nilai kualiti program pembangunan di sarawak.bukan program pembangunan yang sik bagus tapi pemain sendiri yang langsung seolah olah sekadar menyepak bola tanpa mengetahui apa itu bolasepak.kebanyakkan pemain di sarawak(sik semua)anggap bolasepak tok sikda makna apa2 bagi sidak.berbeza di semenanjung,aku pernah bermain di akademi yang diasaskan oleh lagenda bolasepak malaysia shebby shingh.disia aku belajar tentang basic football berbanding di sarawak yang mementingkan permainan keras.basic football sangat penting untuk seseorang pemain.teknik yang betul berik kelebihan kepada seorang pemain.aku pindah ke sebuah akademi atm yang diasaskan shahrin majid,di sia aku dapat didikan dari jurulatih dari sabah.akademi tok sememang dipenuhi pemain yang berbakat,ada di antara sidak bermain di piala presiden dan harimau muda b.sik rugi aku bermain disia sebab,aku dihantar trial harimau muda b dan skuad senior atm.tapi lepas ya aku kembali ke kuching sebab nak bantu kawan kawan aku yang minat jadi pemain bolasepak.aku ajar sidak camne sidak akademi ajar aku,tapi aku nangga sidak langsung sik berminat.aku bermain untuk piala pembangunan di sarawak,rata rata pasukan hanya berlatih pada 2 hari sekali.bayangkan la macam ne nak kekalkan stamina mun sidak malas nak jogging.aku main di kelab liga kuching,semua pemain sidak semua kuda tua,yang mudak cuma aku dengan kawan aku.sepatutnya liga kedakya perlu memberik peluang kepada pemain mudak bukan hanya mengharapkan young crocs.FAS,kelab di liga kuching,pemain perlu berik kerjasama yang bagus untuk melahirkan pemain yang berbakat untuk mengikuti jejak langkah pemain senior. (aku no 14)

Isnin, 14 Januari 2013

BOBBY GONZALES 'SI PEMUSNAH'!

Mungkin ramai yg masih belom kenal sapa Bobby Gonzales yang merupakan penggempur utama skuad Ngap Sayot.Aksi Bobby sememangnya tidak pernah mengecewakan penyokong bolasepak borneo.Bobby pernah bermain untuk pasukan sabah dan sarawak pernah mendapat panggilan skuad kebangsaan Malaysia.Bobby merupakan seorang PEMUSNAH kerana beliau mampu menjaringkan gol dalam apa jua keadaan sekalipun.Pada usia 28 tahun iaitu usia matang bagi pemain bolasepak,Bobby sememangnya merupakan PEMUSNAH yang paling digeruni sekiranya beliau turun beraksi.Gandingannya bersama zamri morshidi begitu serasi sehingga Bobby dan Zamri mampu menjadi mesin gol untuk pasukan sarawak pada musim 2010/2011.Nie aku sediakan sikit perjalanan karier dan informasi tentang 'SI PEMUSNAH' Bobby Gonzales.. Bobby Gonzales (lahir pada 15 Januari, 1984) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang berasal dari Sabah. Terkini, beliau bermain untuk pasukan Sarawak dalam Liga Perdana Malaysia. Dia pernah mewakili Malaysia pada kejohanan Sekolah-Sekolah Asia pada tahun 2001. Bobby memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Sabah. Dia membuat penampilan sulung dalam perlawanan menentang Terengganu pada 2003.[1] Dia juga bermain pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2003. Pada musim 2007/08, Bobby muncul selaku penjaring terbanyak Sabah bersama-sama dengan André Scotti Ossemer dengan 13 gol.[2] Pada musim 2009, Bobby berhijrah ke Brunei dan menyertai DPMM Brunei.[3] Tetapi DPMM terpaksa menarik diri dari saingan liga. Dia kemudian ditawarkan kontrak oleh KL PLUS.[4]. Dia membuat penampilan sulung bersama KL PLUS dalam perlawanan menentang Terengganu dan menjaringkan gol pertamanya buat KL PLUS dalam jarak 25 meter.[5] Namun akibat kecederaan, Bobby terpaksa berehat panjang dan hanya kembali semasa kejohanan Piala Malaysia 2009. Setelah kontraknya tamat dengan KL Plus, Bobby kembali bermain untuk Sabah dalam Liga Perdana Malaysia 2010. Dia digugurkan dari skuad Sabah setelah liga tamat.[6] Dia menyertai Sarawak untuk Liga Perdana Malaysia 2011 kredit to:wikipedia

Sabtu, 12 Januari 2013

Bujang Senang ligat mengganas

Jika tidak kerana kecekapan penjaga gol Universiti Teknologi Mara (UiTM), skuad Bujang Senang sepatutnya meraikan kemenangan dengan lapan atau sembilan gol pada pertemuan Liga Perdana di Stadium Negeri, di sini malam kelmarin. Apapun, lima gol hadiah daripada Bobby Gonzales (minit ke-4 dan 61), Ivan Babic (ke-42), Joseph Kalang Tie (ke-68) dan Guy Bwele (ke-73) sudah memadai untuk mengukir senyuman di wajah ketua jurulatih Robert Alberts sebaik wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan, Helday Idang. Kejayaan besar 5-0 malam kelmarin pastinya menjadi bekalan semangat ketika Ngap Sayot untuk bertandang di Stadium Hang Tuah, Melaka menentang SPA FC esok. Menurut Alberts, perubahan taktikal di posisi sayap dan tengah nyata membuahkan hasil namun beliau terpaksa menunggu separuh babak pertama untuk melihat percaturannya itu membawa impak. “UiTM bermain dengan baik dan tidak mudah untuk menewaskan mereka. Pemain- pemain mereka juga mempunyai kemahiran tinggi dan hampir mengejutkan kita menerusi beberapa serangan berbahaya. “Barisan tengah kita juga kurang menyerlah di awal ” “ Robert Alberts Ketua jurulatih Sarawakpermainan dan menyebabkan kita sukar untuk menembusi benteng UiTM. Namun, saya gembira kerana mereka berjaya mencari keserasian dan telah mengubah rentak permainan dengan ketara,” katanya. Pujian juga dilemparkan oleh Alberts terhadap barisan pertahanan dikepalai oleh pemain import, Guy Bwele yang bertindak cemerlang mematikan serangan bertubi skuad itu. “Saingan masih jauh dan saya harap mereka akan mengekalkan rentak cemerlang pada perlawanan seterusnya,” tambah Alberts. UiTM terlebih dahulu menguji penjaga gol Sarawak, Sani Anuar Kamsani seawal minit pertama menerusi ledakan penyerangnya, Mohd Adam Syahir namun berjaya ditepis keluar. Seakan mendapat inspirasi daripada percubaan awal tersebut, jentera penyerang UiTM menggalakkan serangan dari pelbagai sudut. Bobby akhirnya memadam keresahan sekitar 20,000 penyokong tuan rumah dengan menyumbat gol pertama Sarawak pada minit keempat. Beliau yang menerima hantaran cantik daripada Joseph meledak tepat ke arah palang sebelum melantun ke dalam gol bagi memimpin perlawanan. Pada minit ke-42, giliran Ivan merekodkan nama selaku penjaring setelah menanduk mudah bola hantaran silang Azizan Saperi. Sarawak sepatutnya menutup separuh masa pertama dengan 3-0 jika dihadiahkan sepakan penalti setelah Ivan dijatuhkan oleh dalam kotak penalti. Permainan milik Sarawak sepenuhnya pada separuh masa kedua dengan menyaksikan deretan serangan dijanakan oleh rangkaian penyerangnya. Joseph menunjukkan kualitinya selaku bekas pemain kebangsaan dengan berjaya mengelecek dua pertahanan UiTM sebelum merembat tepat ke arah penjaga gol. Bobby tidak mensia-siakan bola muntahan tersebut dan merembat masuk mudah bagi menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-61. UiTM turut mengintai peluang untuk mengurangkan defisit gol, namun skuad bimbingan Azman Eusoff seperti hilang arah dan menyaksikan serangan mereka sekadar berlegar-legar di luar petak penalti Sarawak. Sebaliknya, kedudukan Sarawak semakin selesa apabila Joseph meledak gol keempat pada minit ke-68 sebelum Guy Bwele menambah derita UiTM enam minit kemudian dengan menanduk mudah bola hantaran ala ‘bicycle kick’ Ronny Harun. Sarawak kini berada di tangga kedua liga di belakang PDRM dengan mengumpul enam mata. kredit to:Borneo Post

Darul Takzim FC Dipenuhi Pemain Bintang?

bangun pagi,tengok newspaper,macam macam cerita dekat newspaper,yang aku nk kongsikan bukan kes politik ke,apa ke,aku nak kongsikan tentang johor darul takzim yang dikatakan dipenuhi pemain 'bintang' dalam skuad bolasepak johor darul takzim.Maaf la kalau entri kali nie buat orang johor dan pemain 'bintang' tersebut marah.Bagi aku,mereka(pemain 'bintang')bukanlah pemain bintang yang layak digelar bintang.Taraf permainan yang ke laut,pass ke laut,itupun penyerang sensasi darul takzim fc mahu menjaringkan 50 gol dalam liga super.Sememangnya Daniel Guiza merupakan antara penyerang terbaik di sepanyol.Ada sesetengah pendapat peminat tempatan yang kurang bersetuju dengan sasaran 50 gol yang disasarkan oleh Guiza kerana tiada pemain kreatif di bahagian tengah.Bagi aku,aku pun bersetuju pendapat peminat tempatan kerana selagi 'pemain bintang' itu bermain di bahagian tengah,tiada pass yang menarik dilakukan sememangnya sukar untuk mana mana penyerang menjaringkan gol,sudah terbukti pada saingan AFF Suzuki Cup dimana tiada hantaran yang menarik dilakukan pemain tersebut.Isu perpindahan pemain paling bernilai di Malaya masih belum redha,harga pemain 'bintang' tersebut bagaikan mampu mengatasi mana mana rekod jaringan pemain berkelas dunia sedangkan apa yang di pamerkan pemain 'bintang'tersebut bagaikan hilang arah ketika beraksi di atas padang,Gerakan 'nasib' pemain tersebut sememangnya mampu mengubah keputusan perlawanan tetapi taraf permainan tersebut bukanlah bertaraf bintang seperti yang diwar warkan oleh ssetengah pihak.Pemain tempatan dalam skuad JDT fc bukanlah bertaraf bintang tapi bertaraf pemain kelas bawahan yang sememangnya tidak mempunyai kualiti sebagai pemain yang digelar 'bintang'.Sentuh dibahagian pertahana,tak dinafikan Aidil Zafuan merupakan antara pemain pertahanan terbaik di asia tenggara tapi Aidil bukanlah 'bintang'seperti yang dikatakan.Aidil adalah seorang pemain yang sentiasa berjuang untuk mendapat keputusan yang baik untuk pasukan.Pertahanan Kiri JDT FC merupakan antara 'bintang' dalam skuad Darul Takzim FC,dengan hantaran,sentuhan,teknik yang semuanya ke laut pun turut di gelar pemain 'bintang'yang menghiasi skuad.pemain pertahanan kiri ini sering melakukan kesilapan yang mudah dan menyebabkan pihak lawan mudah menjaringkan gol.Skuad bolasepak johor darul takzim bukanlah sebuah pasukan berkualiti seperti kelantan yang memiliki pemain yang bagus di setiap posisi.Pemain JDT FC hanyalah BINTANG pada nama tapi dari segi kualiti,masih tidak setaraf BINTANG.Usaha TMJ wajar dipuji dengan membawa pemain ternama tempatan ke dalam skuad walaupun kualiti tak seberapa. BINTANG DAN TERNAMA ADALAH BERBEZA.

Jumaat, 11 Januari 2013

Presiden FAM sila letak jawatan

Pada ketika ini,ramai penyokong bolasepak mahu presiden FAM letak jawatan sebagai presiden bolasepak malaysia.Aku ada jugak lihat pendapat penyokong bolasepak di beberapa blog.Aku tertarik dengan pendapat daripada penyokong bolasepak yang aku perolehi di sebuah blog bolasepak. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini akan menguris hati mana-mana pihak terutama sekali seluruh rakyat negeri Pahang. Ibu saya sendiri berasal dari Temerloh, tapi bukan itu sebabnya kenapa saya tidak boleh bercakap mengenai Presiden FAM yang barasal dari Pahang. Sejak Tuanku mengambil alih tampuk Presiden FAM pada 1984, Malaysia tidak lagi ke Olimpik. Sejak itu juga Malaysia telah ketinggalan tahun demi tahun kepada pasukan yang dulunya kita mudah untuk tewaskan seperti Korea Selatan, Jepun, Iran mahupun Kuwait. Sejak Tuanku mengambil alih tampuk, Malaysia tidak lagi layak ke Piala Asia secara merit. Tidak lagi melepasi pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia. Laos, Myanmar,Vietnam sudah boleh tewaskan kita. Apakah itu Tuanku merasa 1 kemajuan? Jika tahun 1960 sehingga 1980 kita menjadi pasukan digeruni di Asia pada ketika kemudahan,peralatan yang serba kekurangan, apatah lagi imbuhan puluhan ribu ringgit, kenapa bola sepak kita semakin mundur ketika arus peredaran zaman semakin membangun? Maaf jika saya katakan kejuaraan piala AFF dan sukan SEA adalah bukan taraf kita jika dikaji siapa Harimau Malaya dahulu. Olimpik dan Piala Asia adalah medan sebenar pasukan kita. Sukan SEA dan Piala AFF sepatutnya adalah untuk barisan muda yang ingin timba pengalaman. Kita memiliki 1 skuad generasi emas, namun sejak Tuanku mengambil alih, kenapa tidak dapat kesinambungan dari pemain-pemain generasi emas ini? Tidak logik kita ketandusan pemain sedangkan taraf pembangunan teknologi kita lebih baik dari Iraq, Syiria mahupun Bahrain. Tapi kini mereka jauh tinggalkan kita. Apa bezanya berlatih di padang pasir seperti Iraq atau di tempat yang dilengkapi dengan gym, pool tapi kualiti masih jauh ketinggalan. Maaf juga saya katakan, kerana berlatih dalam suasana perang yang membawa Iraq muncul juara Asia pada 2007. Malaysia yang gah disebalik stadium yang bertaraf dunia, teruk dibelasah. Apa beza dahulu dan sekarang? Jika dahulu kita gergasi Asia, sepatutnya sekarang kita sudah boleh mencapai tahap 20 pasukan terbaik dunia jika developement yang Tuanku lakukan dengan cara yang betul dan ikhlas. Apa yang Jepun lakukan sehingga mereka kini sudah boleh tewaskan Argentina? Layak ke Piala dunia 4 kali berturut-turut. Apa yang presiden mereka lakukan dan apa yang presiden kita tidak lakukan. Dan itu Tuanku kata bola sepak kita semakin MAJU? Apakah dengan kejayaan piala AFF Tuanku merasakan bola sepak Malaysia sudah sampai ke kemuncak prestasi? Tidak Tuanku. Itu baru permulaan kepada kebangkitan. Apa yang Tuanku lakukan sehingga David Beckham atau Roy Keane sendiri tidak pernah mendengar tentang wujudnya pasukan bola sepak Malaysia ketika kunjungan mereka pada 2001? Presiden sebelum ini, Tan Sri Hamzah Abu Samah tidak pernah melepaskan peluang turun ke Stadium Merdeka untuk melihat anak-anak buahnya beraksi. Mengiringi mereka ketika menjulang kejuaraan pestabola merdeka 1978, memberi wang imbuhan hanya rm 500 untuk setiap pemain, tapi dibalas dengan kejayaan ke Olimpik Moscow 1980 walaupun kita memboikot temasya itu. Adakah tuanku sering turun melihat anak-anak buah Tuanku beraksi walaupun persahabatan? Jarang sekali Tuanku. Kita pernah dilabelkan oleh seorang wartawan Jepun yang meramalkan Malaya(ketika itu) bakal menjadi wakil Asia pertama ke Piala Dunia. Disebalik kemajuan yang terhidang, sayang bola sepak kita pula semakin mundur. USA yang kita tewaskan dahulu kini sudah melahirkan pemain bertaraf dunia, Croatia yang kita tinggalkan dahulu kini sudah melahirkan Luka Modric. Tiba masa untuk Tuanku berundur secara terhormat. Pemain yang kita ada sekarang mempunyai mentaliti yang bagus, namun, jika salah pembagunan yang diberi, serta campur tangan orang-orang tuanku, makan tidak mustahil, skuad ini juga akan menerima nasib yang sama seperti era 90 an dan 2000. Kejatuhan kita bermula dengan rasuah, tapi bukan itu alasanya kita tidak boleh bangkit jika Tuanku tidak sekat hajat Arwah Dato’ Basri Akil dahulu yang ingin mewujudkan akademi di setiap negeri kerana kos yang tinggi. Apakah dengan membayar jutaan ringgit kepada kelab EPL untuk 1 malam dilihat berbaloi dari melabur jutaan ringgit untuk jangka masa panjang? Apakah kita boleh menghasilkan pemain berkualiti dengan perlawanan hanya untuk 1 malam? Dimana pemikiran Tuanku yang ingin melihat bola sepak kita semakin maju jika terus begini? Inilah masanya tuanku meletak jawatan. 3 pingat emas sukan Sea, 2 kejuaraan Pestabola Merdeka dan 1 Piala AFF dibawah pemerintahan Tuanku amat kami hargai. Tapi Saya sebagai peminat sejak zaman stadium Merdeka amat merindui jeritan ke Olimpik, kepuasan ketika menewaskan Korea Selatan, Jepun, meraikan kemenangan dengan memeluk pemain. Kehebatan itu sudah hilang Tuanku. Sekian. sumber: http://www.facebook.com/notes/abd-rahim-khamis/tiba-masa-presiden-fam-berundur/110169789075168 kredit to:http://www.arenabolasepak.com/category/arena-bolasepak-malaysia/

keputusan penuh liga super dan liga perdana(11/1/2013)

Keputusan penuh Liga Malaysia hari ini : Liga Super : Felda 0 vs 1 Pahang Negeri Sembilan 0 vs 0 Terengganu Darul Takzim 1 vs 0 Perak Liga Perdana : Betaria FC 0 vs 2 Johor FA Kuala Lumpur 0 vs 4 PDRM Sime Darby 3 vs 1 Sabah SPA 4 vs 2 Perlis Srawak 5 vs 0 UiTM FC Kedah 1 vs 0 Pos Malaysia