Jumaat, 30 September 2011

senarai penjaring gol piala malaysia(selepas tamat peringkat kumpulan)

Senarai Penjaring Piala Malaysia 2011: [updated]

6 Gol
Khyril Muhaymeen Zambri | Kedah

... 4 Gol
Norshahrul Idlan | Kelantan
Failee Ghazali | Perak
Shahurain Abu Samah | Negeri Sembilan
Norfazly Alias | T-Team

3 Gol
Indra Putra | T-Team
Hairudin Omar | Negeri Sembilan
Yong Kuong Yong | Kuala Lumpur
Zainizam Marjan | Sabah
Farderin Kadir | Felda United
Abdul Manaf Mamat | Terengganu
Shafiq Jamal | Perak
Amri Yah Yah | Selangor
Azuwad Arip | Johor
Akmal Mohd Nor | Johor FC

2 Gol
Mohd Badri Radzi | Kelantan
Reshafiq Alwi | Terengganu
Ashaari Shamsudin | Terengganu
Ashaadi Yusof | Johor
Fadzly Shaari | Selangor
Norfarhan Mohamad | T-Team FC
Zairo Annuar Zailani | T-Team FC
Fauzan Dzulkiflli | PKNS FC
Mohd Firdaus Azizul | Negeri Sembilan
Radzi Husin | Sabah
Sarawak | Bobby Gonzalez

Rabu, 28 September 2011

Selasa, 27 September 2011

12 penyerang terbaik dunia

12. Gabriel Batistuta
Beliau menolak pindah ke kelab lain meskipun Fiorentina diturunkan ke Serie B Itali pada musim 1992/93. Namun pada tahun berikutnya, striker Argentina yang kerap dipanggil dengan gelaran Batigol ini membawa kelabnya kembali ke Serie A. Dari Newell's Old Boys hingga bersara di Al Arabi, Batigol telah menjaringkan gol sebanyak 254 gol dari 441 kali bermain. Setelah sembilan musim bersama Fiorentina, ia dijual ke AS Roma dan menjadi sumber inspirasi utama Giallorossi untuk meraih gelaran ketiga dalam sejarahnya.




11. Thierry Henry
Ketika bermain untuk Arsenal, Henry menjadi penjaring terbanyak EPL sebanyak empat kali (2002, 2004, 2005 dan 2006) dan menjadi pemain paling berjaya The Gunners dengan 226 gol dari semua pertandingan. Diaa juga meraih dua gelaran penting bersama pasukan Perancis, iaitu Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.




10. Roberto Baggio
Sayangnya, Baggio lebih diingati dengan kegagalannya menjaringkan tendangan penalti sehingga Itali kalah penalti ketika menentang pasukan Brazil di final Piala Dunia 1994. Tapi, tanpa penampilan Baggio yang gemilang sepanjang pertandingan itu, Azzurri tak mungkin berjaya melangkah ke final. Ia menjadi anak emas bolasepak Itali sejak bermain dengan Fiorentina pada 1985, sebelum perpindahannya ke Juventus menjelang Piala Dunia 1990. Dikenali dengan gelaran "The Divine Ponytail" kerana rambut kuncir dan ketaatannya menjalankan agama Budha, Baggio meraih gelaran liga dua kali - bersama Juventus pada 1994/95, dan AC Milan pada musim berikutnya. Pemain Terbaik Dunia versi FIFA pada 1993.




9. Alessandro Del Piero
Juventus selamanya! Itulah si Pinturicchio yang sudah lima kali scudetto bersama Bianconeri dan menjadi ikon kelabnya dengan 500 penampilan lebih. Sama halnya dengan Batigol, ia pun menolak keluar dari kelabnya yang turun takhta pada 2006 akibat kes rasuah Calciopoli. Gelaran U-21 Eropah pada 1994 dan 1996 disandangnya, ditambah lagi gelaran juara Piala Dunia 2006. Kesetiaan adalah emas!




8. Marco van Basten
218 gol dari 280 penampilan bersama Ajax dan AC Milan bukan prestasi yang mudah diraih. Ia juga mengumpul gelaran hat-trick pada 1992 - Pemain Terbaik Dunia versi FIFA, Pemain Terbaik Eropah, dan Pemain Terbaik Dunia. Marco van Basten menjadi pemain yang berjaya mengikuti jejak Johan Cruyff, sekaligus memimpin Belanda juara Eropah untuk pertama kalinya pada 1988. Bersama AC Milan, ia meraih Piala Eropah pada 1989 dan 1990. Sayangnya, cedera pergelangan kaki memaksanya bersara lebih awal. Meskipun demikian, Van Basten tetap berkhidmat dalam dunia bolasepak. Ia melatih pasukan Belanda pada 2004-08 dan kini menjadi jurulatih Ajax.




7. Ronaldo (Ronaldo Luiz Nazario da Lima)
Pemain yang fenomena ini sudah dua kali meraih hat-trick gelaran Pemain Terbaik FIFA, Eropah dan Dunia. Nama Ronaldo mulai bangkit ketika menjaringkan 58 gol dalam 60 pertandingan di awal kariernya bersama Cruzeiro pada 1993. Setelah dua musim yang gemilang bersama PSV Eindhoven, ia berhijrah ke Barcelona pada 1996 dan merekodkan 34 gol dalam 37 perlawanan untuk menjadi penjaring terbanyak. Bersama Inter Milan, Ronaldo 'mengejek' gaya pertahanan kelab Itali lainnya. Hasilnya, 25 gol diperolehi, sekaligus membawa Inter juara Piala UEFA - semuanya dalam musim pertamanya. Ia juga meraih gelaran penjaring terbanyak pada dua musim pertamanya bersama Real Madrid. Kekecewaan kekalahan 3-0 dari Perancis pada final Piala Dunia 1998 terhapus, ketika Ronaldo membawa Brazil juara Piala Dunia berikutnya. Ia menjadi penjaring terbanyak dengan 8 gol, dan dua di antaranya dihasilkan di final menentang Jerman.




6. Bobby Charlton (Sir Robert Charlton)Inilah salah satu pemain terbaik Inggeris sepanjang masa. Bobby Charlton meraih 106 caps dan 49 gol bersama pasukan England. Sebagai sebahagian dari "Busby Babes" yang selamat dari tragedi Munich 1958, Charlton sepuluh tahun kemudian membawa Manchester United menjadi kelab pertama Inggeris yang juara Piala Eropah. Charlton juga membantu tuan rumah England meraih Piala Dunia 1966. Perlawanan Charlton dengan Eusebio di semifinal melawan Portugal dikenang sebagai pertandingan terbaik England sepanjang masa.




5. Alfredo Di Stefano
Ketika bersama Real Madrid, Di Stefano mengumpul koleksi lapan gelaran Liga Spanyol dan memenangkan lima edisi pertama Piala Eropah. Ia juga menghasilkan gol dalam setiap pertandingan final. Kepemimpinannya di dipadang ditambah skill menakjubkan membuat Di Stefano menjadi faktor utama Real Madrid mendominasi Eropah pada akhir 1950-an. Namun, Di Stefano gagal di peringkat antarabangsa. Ia pernah memperkuatkan barisan Argentina, Colombia dan Sepanyol, tapi tak satupun gelaran Piala Dunia dimenangi. Ia selalu dikenang ketika menciptakan hatrick ketika Real Madrid membelasah Frankfurt 7-4 untuk memenangi trofi Piala Eropah kali kelima berturut-turut.




4. Ferenc Puskas
Inilah penyerang yang kualitinya sukar ditemui lagi di Hungary. Bersama pasukannya, ia mencatat rekod 84 gol dari 85 caps. Tubuhnya pendek, dadanya rata, tapi kekuatannya terletak pada kaki kirinya yang mampu melepaskan rembatan sepantas kilat. Setelah meraih pingat emas Olimpik 1952 sekaligus mengakhiri dominasi Inggeris di Eropah, pasukan Hungary menjadi favorite juara Piala Dunia 1954. Pasukan bergelar "Mighty Magyars" meledakkan 17 gol dalam saingan kumpulan sebelum menyingkirkan Brazil dan Uruguay. Meskipun cedera teruk, Puskas memaksakan dirinya tampil beraksi di final, bahkan menjaringkan gol sebelum kalah secara menyakitkan oleh Jerman Barat.




3. Eusebio (Eusebio da Silva Ferreira)
Pemenang Kasut Emas di Piala Dunia 1966 ini menjaringkan sembilan gol buat Portugal sebelum tersingkir di semi-final oleh tuan rumah England, yang kemudian menjadi sebagai juara. Eusebio menjadi pemain Afrika pertama (kelahiran Mozambique) sehingga dikenali sebagai "Pele versi Eropah" - dan hingga kini masih dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal sepanjang masa. Dari Benfica hingga Sporting Lisbon, nama Eusebio bersinar di usia 19, ketika menjaringkan hat-trick ke gawang Santos (yang ketika itu diperkuatkan Pele) pada Pertandingan Paris 1961. Eusebio menjadi penjaring terbanyak Liga Portugal tujuh kali dan meraih Pemain Terbaik Eropah pada 1965. Dua golnya ke gawang Real Madrid membantu Benfica meraih Piala Eropah untuk kedua kalinya pada 1962. Sayangnya, ia cedera lutut dan terpaksa bersara pada umur 32 tahun. Ia menghasilkanj 41 gol dari 64 caps internasional.




2. Johan Cruyff
Inilah master of total football. Kapten Cruyff memimpin Belanda di Piala Dunia 1974, dengan menjaringkan dua gol baik ke gawang Argentina mahupun Brazil, sebelum dikalahkan Franz Beckenbauer dan Jerman Barat.. Johan Cruyff merupakan nama paling terkenal dalam sejarah bolas sepak Belanda. Ia menjadi pameran utama dalam dominasi Ajax di kancah Eropa pada era 1970-an. Ia mendominasi Belanda dengan lapan gelaran domestik bersama Ajax ditambah satu lagi di Feyenoord. Tiga gelaran Piala Eropah berturut-turut diraih pada 1970 hingga 1973 sebelum berhijrah ke Barcelona. Ia bersara menjelang Piala Dunia 1978, dan selanjutnya berjaya melatih dua bekas kelabnya.




1. Pele (Edson Arantes do Nascimento)
Pada usia 17 tahun, Pele (gambar) menjaringkan enam gol di Piala Dunia 1958, dan menjadi sumber inspirasi Brazil meraih gelaran pertamanya. Kariernya penuh dengan prestasi, di dalam mahupun luar padang, dan ketika ini menjadi duta besar bola sepak. Angka-angkanya: 470 gol dalam 412 penampilan bersama Santos, dan 77 gol dari 92 caps bersama pasukan Brazil. Tiga kali juara Piala Dunia, sepuluh gelaran Campeonato Paulista, dua Copa Libertadores. Sememangnya penyerang terbaik dunia sehingga kini.

Australia pandang rendah terhadap harimau malaya?

Dua tonggak utama, Brett Emerton dan Harry Kewell tidak akan diturunkan Australia apabila menerima kunjungan Malaysia dan Oman untuk perlawanan persahabatan antarabangsa di tempat sendiri bulan depan.

Sebaliknya, jurulatih Australia, Holger Osieck membenarkan kedua-dua pemain itu beraksi untuk kelab masing-masing sehari selepas menentang Malaysia pada 7 Oktober.

Kata Osieck, beliau terpaksa memberi laluan kepada kedua-dua pemain untuk perlawanan pembukaan musim Liga A Australia yang mana Kewell bermain untuk Melbourne Victory dan Emerton di Sydney FC.

Bagaimanapun, beliau tetap akan memanggil pula pemain yang beraksi dalam Liga Perdana England iaitu Tim Cahill, Lucas Neill dan Mark Schwarzer.

"Tentunya orang akan menganggap tindakan ini tidak betul tetapi saya telah membuat kepu- tusan untuk memberi peluang kepada Harry dan Bret bermain dengan kelab baharu mereka," katanya.

Australia akan bertemu Malaysia di Canberra buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun pada perlawanan persahabatan itu dan Oman empat hari kemudian di Sydney.

Australia dan Oman masih meneruskan cabaran melayakkan diri ke Piala Dunia 2014, manakala cabaran Malaysia ditamatkan Singapura lebih awal.

Australia menang perlawanan pertama Kumpulan D kelayakan Piala Dunia dengan menewaskan Thailand 2-1, diikuti Arab Saudi 3-1 awal bulan ini.

Ong Kim Swee hormat rakan sejawat

DI England, Fabio Capello lazimnya sering dilihat ‘bertegang leher’ dengan rakan sejawatan beliau di mana-mana kelab utama Liga Perdana England seperti Alex Ferguson dan Kenny Daglish.

Ia gara-gara keputusan pengendali itu yang berkeras mahukan pemain yang terbaik bagi membentuk skuadnya tanpa mengambil peduli faktor-faktor lain termasuk kecederaan pemain yang pastinya mengganggu strategi Manchester United mahu pun Liverpool bagi menghadapi saingan domestik.

Namun di sini, pendekatan berbeza jelas diambil oleh pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee yang kekal menghormati rakan-rakan sejawatannya di peringkat negeri bagi meneruskan perjuangan pada saingan Piala Malaysia kali ini.

Meskipun dijangka tidak menurunkan pasukan terkuat menjelang kejo- hanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) di Hanoi selama lima hari bermula 19 Oktober depan, Kim Swee tetap mempunyai alasannya tersendiri.

Menurutnya, selain berupaya mengaburi ‘risikan’ pasukan lawan mengenai kekuatan pasukannya menjelang Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, November depan, Kim Swee juga tidak mahu tugas jurulatih negeri terganggu memandangkan tarikh kejohanan itu serentak dengan aksi timbal balik separuh akhir Piala Malaysia pada 18 dan 22 Oktober depan.

“Bukan tidak mahu menurunkan skuad terbaik di Hanoi tetapi saya tetap menghormati jurulatih negeri yang pastinya memerlukan khidmat beberapa pemain dalam skuad negara bagi membantu pasukan negeri masing-masing pada saingan Piala Malaysia.

“Ia bukan satu masalah besar kerana saya berpeluang untuk menguji beberapa pemain lain sepanjang kejohanan VFF menjelang persiapan ke Sukan SEA nanti.
Di Hanoi nanti, pasukan negara yang juga dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA bakal membuat perhitungan dengan skuad bawah 23 tahun Uzbe- kistan (19 Oktober), diikuti B-23 Indonesia (21 Oktober) dan B-23 Vietnam pada 23 Oktober sepanjang kejohanan yang dianjurkan secara liga sepusingan itu.

Antara skuad Sukan SEA Kim Swee yang dijangka tidak disenaraikan ke Hanoi terma- suklah tiga tonggak Kelantan, Mohd. Ab Aziz Ismail, Mohd. Izuan Salahuddin dan Khairul Fahmi Che Mat, selain Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Mohd. Syazwan Roslan (Perak), Muhammad Zubir Azmi (Terengganu) dan juga dua tonggak Felda United, Azrul Azmi dan D. Saarvindran apabila pasukan-pasukan itu telah mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia setakat ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya sebelum ini mengumumkan 21 senarai pelatih yang dipanggil mengikuti latihan sku- ad Sukan SEA di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Sabtu ini.

Begitupun, seramai 13 lagi pemain antaranya Khairul Fahmi, Muhammad Zubir, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar hanya akan menyertai latihan seminggu sele- pas itu sebaik tamat tugasan bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal menentang Australia kelak.

Selain itu, anak-anak buah Kim Swee juga menggalas cabaran untuk mara lebih jauh dalam aksi kelayakan pusingan akhir Olimpik 2012 Kumpulan C Zon Asia menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 November depan.

MISI 33 selangor diteruskan

Nasib berbeza dialami dua pasukan pilihan apabila Kedah gagal ke suku akhir Piala Malaysia setelah seri 1-1 dengan Perak di Stadium Darul Aman sementara `Misi 33’ Selangor kembali bernyawa selepas mengatasi Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Shah Alam, semalam.

Skuad Kenari yang terdesak memerlukan kemenangan tersentak apabila dua jaringan mereka dibatalkan oleh pengadil pada separuh masa pertama.

Kedah ketinggalan pada minit ke-53 hasil jaringan bekas penyerang skuad itu, Mohd. Shafiq Jamal sebelum Mohd. Faizal Abu Bakar menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Keputusan seri itu memberi laluan buat Sabah yang menang besar 4-1 ke atas Johor di Stadium Larkin bagi menempah pertemuan dengan T-Team pada suku akhir yang dijadualkan 4 dan 8 Oktober ini.

Red Giants berdepan situasi mencemaskan apabila ketinggalan 1-0 menerusi Muhd. Shahrom Abdul Kalam pada minit ke-37 sebelum bangkit pada babak kedua bermula dengan jaringan Mohd. Razman Roslan pada minit ke-65 dan Amri Yahyah melengkapkan kebangkitan dengan gol kemenangan melalui tandukan pada minit ke-75.

Juara bertahan, Kelantan menepati reputasi apabila muncul juara Kumpulan C dengan mengalahkan Felda United 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha.

T-Team muncul juara Kumpulan D selepas berpesta gol membelasah PDRM 6-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Johor FC menang 3-1 ke atas Sarawak di Stadium Pasir Gudang manakala PKNS menang tipis 1-0 dengan Sime Darby pada aksi yang tidak memberi sebarang makna kerana keempat-empat pasukan sudah tersingkir untuk ke suku akhir.

Jadual piala malaysia 2011

PIALA MALAYSIA 2011 -Suku Akhir- 10 Oktober 2011 & 14 Oktober 2011 ->PERAK vs SELANGOR ->T-TEAM vs SABAH ->KELANTAN vs TERENGGANU ->NEGERI SEMBILAN vs FELDA UNITED __________________________________________________________________ PIALA MALAYSIA 2011 -Separuh Ahkir- 18 Oktober 2011 & 22 Oktober 2011 ->PERAK/SELANGOR vs KELANTAN/TERENGGANU ->T-TEAM/SABAH vs NEGERI SEMBILAN/FELDA UNITED __________________________________________________________________ PIALA MALAYSIA 2011 - Akhir - 29 Oktober 2011 ........................ vs ........................