Isnin, 21 Mei 2012

kelantan buru liga super

SELEPAS berjaya menjulang Piala FA, Kelantan kini berhajat memburu gelaran Liga Super pula. Demikian tegas kapten The Red Warriors, Mohd. Badhri Radzi selepas membantu pasukannya meraih ge laran juara Piala FA malam kelmarin. Menurutnya, untuk mempertahankan gelaran juara Liga Super, dia mahu rakan- rakan sepasukan memberikan tumpuan penuh pada aksi liga selepas ini. Pada final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, Kelantan menewaskan Sime Darby 1-0 menerusi sepakan penalti penyerang importnya, Muhamad Ghaddar pada minit ke-58. Badhri mahu kemenangan tersebut akan menjadi motivasi terbaik buat mereka untuk meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super. “Kami puas apabila berjaya menjulang Piala FA pada edisi tahun ini. Ia merupakan sasaran utama kami terutama selepas gagal dalam dua percubaan sebelum ini. “Kami mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang begitu banyak memberikan sokongan kepada kami. “Namun, kami tidak boleh leka selepas muncul juara Piala FA, sebaliknya kami harus meneruskan kerja keras bagi mengekalkan momentum ini untuk mempertahankan status sebagai juara Liga Super,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin. Pada dua penampilan di pentas akhir Piala FA sebelum ini, Kelantan dikecewakan Selangor pada 2009 yang menyaksikan mereka tewas selepas penentuan sepakan penalti. Pada musim lalu pula, mereka dikecewakan oleh Terengganu pada perlawanan akhir. “Ini sejarah baharu buat pasukan Kelantan. Memang puas selepas impian menjulang Piala FA sudah tercapai dan ia cukup bermakna kepada semua pemain,” katanya.

Sabtu, 5 Mei 2012

Wujudkan Liga Borneo?

Isu didenda hampir RM 80,000 dan beraksi 4 perlawanan tanpa penyokong bukanlah isu yang remeh bagi FAS,bahkan isu ini boleh menyebabkan jatuhnya bolasepak negeri sarawak.Peminat ngap sayot mahupun seluruh peminat bolasepak tanah air pastinya risau hukuman sebegini dilaksanakan sedangkan pihak FAM seperti hanya mendengar 'cerita' dari sebelah pihak sahaja.Isu ini menyebabkan ramai peminat ngap sayot memberi cadangan kepada FAS iaitu membina sebuah liga profesional iaitu liga borneo.Hal ini disokong oleh pihak FAS sendiri dan ingin membina liga tersebut.Sekiranya hal ini berlaku,pastinya,negeri seperti Sabah,brunei,kelab kelab negeri Sarawak,Sabah,Brunei mahupun kelab atau pasukan jemputan mahu menyertai liga borneo.Biarpun seperti di'dera'masih ada lagi yang mahu menyokong sarawak kekal bermain diliga yang dianjurkan FAM.Cadangan beraksi diliga luar turut kedengaran pada segenlitir peminat bolasepak sarawak.Tindakan FAM ini dilihat seperti 'menghancurkan' bolasepak malaysia malah tiada perubahan dan hanya boleh berbangga atas beberapa kejayaan saja sedangkan peminat mahu lebih dari apa yang dikecapi sekarang.peminat bolasepak sekarang ini pandai berfikir dan mahu perubahan dari FAM yang masih berada ditakuk lama.Sekiranya liga profesional borneo diadakan,pasti lebih baik dari liga yang dianjurkan FAM kerana sudah tentu pihak FAS belajar dari kesilapan yang dilakukan FAM.Pihak FAS mahupun peminat bolasepak borneo khususnya pasti akan menyokong wujudnya liga borneo.FAM mungkin akan sentiasa ditakuk lama dan menghancurkan bolasepak di Malaysia.