Ahad, 19 Jun 2011

liga bola sepak wanita tahun hadapan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mewujudkan liga bola sepak wanita di setiap negeri bermula pada tahun hadapan. Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, perjalanan sistem liga untuk pasukan wanita itu hampir menyamai Liga Malaysia yang ada sekarang dan yakin bakal mendapat sambutan daripada pasukan setiap negeri.
“Keputusan mengadakan liga bola sepak wanita ini diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa bola sepak wanita kebangsaan yang dipengerusikan saya beberapa hari lalu. Ini satu medan bagi FAM memilih pemain untuk pasukan kebangsaan wanita yang boleh disandarkan harapan menyertai pertandingan peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita, semalam.
Beliau berkata, badan induk itu juga akan mengadakan satu karnival bola sepak wanita peringkat kebangsaan pada 23 Julai ini sebagai persiapan memilih pemain untuk mewakili pasukan kebangsaan pada satu kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Laos pada Oktober ini.
“Kita ada masa beberapa bulan lagi untuk menyiapkan pasukan wanita kebangsaan dan sebab itu karnival bola sepak wanita ini juga akan menjadi landasan untuk memilih pemain ke sana,” katanya.
Beliau berkata, selain itu beberapa pemain futsal wanita yang menyerlah ketika menyertai beberapa kejohanan futsal dianjur beberapa pihak sebelum ini juga diintai FAM bagi menyerapkan mereka menyertai pasukan kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan