Jumaat, 24 Jun 2011

kumpulan genting penaja utama aston villa

Kumpulan Genting menjadi syarikat Malaysia terbaru yang menaja kelab di Liga Perdana Inggeris. Genting Casinos, syarikat yang mempunyai operasi Kasino terbesar di UK diumumkan menjadi penaja utama baru kelab Aston Villa. Syarikat itu menandatangani perjanjian untuk menaja selama 2 tahun bermula 1 Julai ini sehingga penghujung 2012-2013. Nilai keseluruhan penajaan bagaimanapun tidak didedahkan.

Gabriel Agbonlahor menggayakan jersi 'away' terbaru Aston Villa dengan logo 'Genting'
Serentak dengan pengumuman ini, Aston Villa turut melancarkan Jersi 'away' baru untuk musim 2011-2012 dengan logo 'Genting Casinos' di dada. Genting merupakan antara syarikat antarabangsa terbesar dari Malaysia dan mempunyai perniagaan diserata dunia. Di UK sahaja, Genting mengoperasi lebih 40 buah kasino.

Minggu lepas, kelab Liga Championship, Cardiff City turut mengeluarkan jersi dengan nama 'Malaysia' tertera di dada. Perkembangan ini tentunya akan merancakkan lagi arena bola sepak negara yang sedang meningkat naik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan