Ahad, 16 Oktober 2011

Amri tiada,Rudie ada


Amri tiada, Rudie ada
BAGI memastikan “Misi 33” terus membara, pengendali Selangor, P Maniam menyediakan perancangan awal sekiranya terpaksa turun tanpa kelibat kapten berpengaruh, Mohd Amri Yahyah dalam peringkat separuh akhir Piala Malaysia, malam esok.

Maniam sudah menamakan dua bekas penyerang kebangsaan, Mohd Rudie Ramli atau Mohd Fadzli Saari sebagai ganti bagi merobek gawang Terengganu dal...am aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam nanti.

“Saya sudah mencuba mereka dalam sesi latihan hari ini (semalam) namun saya perlu menunggu keputusan MRI (magnetic resonance imaging) Mohd Amri esok (hari ini) untuk mengetahui tahap sebenar kecederaan pada kaki kanannya yang dialami semasa bertemu Perak pada Jumaat lalu,” katanya.

Tambah Maniam, sekiranya perancang tengah yang sudah mempamerkan aksi terbaik di barisan serangan itu tidak dapat beraksi, ia tidak akan menjejaskan pasukannya kerana masih mempunyai barisan pemain yang berkualiti untuk memberikan cabaran kepada juara Piala FA itu.

“Kami masih mempunyai Mohd Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Hardi Jaafar dan Azidan Sarudin untuk menguatkan jentera serangan. Jadi usaha Terengganu untuk mencatatkan kemenangan bukan tugas yang mudah terutamanya menentang Selangor di depan penyokong sendiri,” katanya yang kini cemerlang membawa Selangor melepasi badi suku akhir Piala Malaysia.

Namun Maniam tetap menganggap juara 32 kali Piala Malaysia itu akan turun selaku pasukan underdog berdepan naib juara Liga Super itu yang mempunyai barisan pemain yang cemerlang terutamanya Ashari Shamsuddin yang meledak dua gol ketika beraksi di Kota Bharu pada Jumaat lalu.

"Kami kena berwaspada kerana tahap keyakinan mereka adalah tinggi selepas menyingkirkan juara bertahan, Kelantan selain pengalaman luas yang dimiliki pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim dalam mengatur strategi,” katanya.

sumber-Hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan