Rabu, 19 Oktober 2011

skuad jang kini diambang final piala malaysia

Skuad Jang kini di ambang final Piala Malaysia

NEGERI Sembilan menafikan kelebihan T-Team yang beraksi di halaman sendiri selepas meraih kemenangan 4-2 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kedua-dua pasukan saling berbalas gol pada separuh masa pertama, namun Negeri Sembilan membuktikan mereka lebih hebat sekali gus membawa be...kalan selesa menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Paroi, Sabtu ini.


Pemain tengah, Shahurain Abu Samah memastikan Negeri Sembilan di depan seawal minit keenam apabila merembat masuk ke gawang tuan rumah selepas menerima hantaran cantik pemain sayap, S Kunanlan.

Namun kegembiraan pasukan pelawat tidak lama apabila lima minit selepas itu, bekas penyerang skuad negara, Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan untuk T-Team selepas menanduk cantik ke gawang Negeri Sembilan.


Pemain veteran, Hairuddin Omar bagaimanapun memastikan skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah di depan sekali lagi selepas menerima hantaran silang Mohd Shukor Adan sebelum menanduk masuk pada minit ke-25.


T-Team menyamakan kedudukan semula hasil gol sumbangan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-41 sebelum Hairuddin sekali lagi menyumbang gol ketiga untuk Negeri Sembilan menerusi tandukan tajam selepas menerima hantaran cantik Kunanlan pada minit ke-43.


Bersambung babak kedua, Kunanlan yang sering menjadi perancang pada separuh masa pertama, menjaringkan gol keempat untuk Negeri Sembilan pada minit ke-51 selepas menerima hantaran dari Shukor.

-metro on9-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan