Selasa, 27 September 2011

Ong Kim Swee hormat rakan sejawat

DI England, Fabio Capello lazimnya sering dilihat ‘bertegang leher’ dengan rakan sejawatan beliau di mana-mana kelab utama Liga Perdana England seperti Alex Ferguson dan Kenny Daglish.

Ia gara-gara keputusan pengendali itu yang berkeras mahukan pemain yang terbaik bagi membentuk skuadnya tanpa mengambil peduli faktor-faktor lain termasuk kecederaan pemain yang pastinya mengganggu strategi Manchester United mahu pun Liverpool bagi menghadapi saingan domestik.

Namun di sini, pendekatan berbeza jelas diambil oleh pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee yang kekal menghormati rakan-rakan sejawatannya di peringkat negeri bagi meneruskan perjuangan pada saingan Piala Malaysia kali ini.

Meskipun dijangka tidak menurunkan pasukan terkuat menjelang kejo- hanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) di Hanoi selama lima hari bermula 19 Oktober depan, Kim Swee tetap mempunyai alasannya tersendiri.

Menurutnya, selain berupaya mengaburi ‘risikan’ pasukan lawan mengenai kekuatan pasukannya menjelang Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, November depan, Kim Swee juga tidak mahu tugas jurulatih negeri terganggu memandangkan tarikh kejohanan itu serentak dengan aksi timbal balik separuh akhir Piala Malaysia pada 18 dan 22 Oktober depan.

“Bukan tidak mahu menurunkan skuad terbaik di Hanoi tetapi saya tetap menghormati jurulatih negeri yang pastinya memerlukan khidmat beberapa pemain dalam skuad negara bagi membantu pasukan negeri masing-masing pada saingan Piala Malaysia.

“Ia bukan satu masalah besar kerana saya berpeluang untuk menguji beberapa pemain lain sepanjang kejohanan VFF menjelang persiapan ke Sukan SEA nanti.
Di Hanoi nanti, pasukan negara yang juga dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA bakal membuat perhitungan dengan skuad bawah 23 tahun Uzbe- kistan (19 Oktober), diikuti B-23 Indonesia (21 Oktober) dan B-23 Vietnam pada 23 Oktober sepanjang kejohanan yang dianjurkan secara liga sepusingan itu.

Antara skuad Sukan SEA Kim Swee yang dijangka tidak disenaraikan ke Hanoi terma- suklah tiga tonggak Kelantan, Mohd. Ab Aziz Ismail, Mohd. Izuan Salahuddin dan Khairul Fahmi Che Mat, selain Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Mohd. Syazwan Roslan (Perak), Muhammad Zubir Azmi (Terengganu) dan juga dua tonggak Felda United, Azrul Azmi dan D. Saarvindran apabila pasukan-pasukan itu telah mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia setakat ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya sebelum ini mengumumkan 21 senarai pelatih yang dipanggil mengikuti latihan sku- ad Sukan SEA di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Sabtu ini.

Begitupun, seramai 13 lagi pemain antaranya Khairul Fahmi, Muhammad Zubir, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar hanya akan menyertai latihan seminggu sele- pas itu sebaik tamat tugasan bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal menentang Australia kelak.

Selain itu, anak-anak buah Kim Swee juga menggalas cabaran untuk mara lebih jauh dalam aksi kelayakan pusingan akhir Olimpik 2012 Kumpulan C Zon Asia menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 November depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan