Jumaat, 11 Januari 2013

Peluang Bukan Hanya Datang Sekali

Alhamdulillah,apa yang ku kejarkan,apa yang ku impikan semuanya hampir tercapai.banyak tawaran tawaran dari persatuan persatuan bolasepak di malaysia khususnya daripada negeri kelahiran aku.Dalam menentukan masa depan,aku kena pilih jalan yang terbaik untuk memperjuangkan apa yang ku citakan sejak berusia 6 tahun,impian aku menjadi PEMAIN BOLASEPAK PROFESIONAL yang aku impikan selama ini terkubur kerana masalah kecederaan yang serius yang memerlukan aku berehat panjang.Terlalu sukar untuk aku menolak pelawaan tawaran dari persatuan bolasepak negeri yang mahu mendapatkan aku,tapi dengan keadaan tak menentu membuatkan aku terpaksa melupakan tawaran dari persatuan dari bolasepak negeri.Hasil penat lelah aku berlatih di sebuah akademi terbaik di ibu negara akhirnya membuahkan hasil kerana bakat aku semakin dipandang oleh 'orang kuat' dalam arena bolasepak di Malaysia.Bermula sebagai pemain yang hanya mempunyai kelebihan skill individu,aku hanya mampu mengesat air mata ketika diletakkan di bangku simpanan kerana kecewa jurulatih tidak percaya akan bakat aku,namun itu bukanlah penamat perjuangan mengejar cita cita aku sebagai pemain bolasepak profesional.Setiap hari pergi ke latihan dan memperbaiki permainan aku dari segala aspek terutama sekali teknik.Tanpa mendengar kutukan sesetangah orang yang aku hanya mampu menjadi pemain simpanan membuatkan aku lebih bersemangat dan berkeyakinan terhadap apa yang aku lakukan.Hari demi hari,perlawanan demi perlawanan aku lalui membuatkan aku semakin matang dalam permainan,dari seorang pemain simpanan hinggalah tempat dalam kesebelasan utama yang aku inginkan semasa di akademi.Tawaran daripada skuad presiden sebuah kelab yang mencipta di arena bolasepak malaysia mahu memberi peluang kepada aku.Tatkala aku bersedia bermain ke level seterusnya,larangan kelab bermain didalam piala presiden membuatkan terpaksa kembali ke akademi dan terus menimba pengalaman sebanyak yang boleh.Setelah semakin sukar mendapat tempat dalam skuad senior kelab kerana dilimpahi pemain berbakat seperti pasangan kembar,'raja piala malaysia'membuatkan aku melupakan akademi kelab tersebut.Dengan adanya pengalaman yang di timba di akademi,aku balik ke negeri kelahiran aku walaupun aku terpaksa tinggal berjauhan dengan mak ayah.Aku menyertai sebuah kelab di kuching,aku sanggup bermain tanpa gaji walaupun semua pemain didalam kelab tersebut dibayar gaji,elaun dan sebagainya.Aku dibelenggu kecederaan semasa menyertai kelab tersebut,ISN memberitahu aku terpaksa berehat sepanjang 6 bulan kerana mengalami kecederaan yang serius.Setelah hampir 2 bulan berlalu,aku mendapat surat daripada PLKN,aku pergi ke kem PLKN untuk melupakan seketika bolasepak.Nasib tidak menyebelahi aku,kecederaan yang aku alami semakin teruk dan menyebabkan aku dipaksa menangguhkan PLKN.Selepas balik daripada PLKN(hari yang sama)aku mendapat beberapa tawaran pasukan senior negeri,namun ketika itu,kecederaan yang sememangnya menghantui aku menjadi penghalang untuk aku menerima tawaran dari beberapa pasukan negeri tersebut.Aku harap selepas kecederaan aku pulih,masih ada pasukan yang mahu membuat tawaran kepada aku untuk beraksi secara prefesional.Aku sentiasa percaya yang rezeki ada dimana mana dan peluang tidak akan datang hanya sekali!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan