Rabu, 3 Ogos 2011

sultan ahmad shah terima anugerah berlian afc

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan bekas Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) merupakan penerima Anugerah Berlian AFC 2011.

Perwakilan AFC yang diketuai pemangku presidennya Zhang Jilong menghadap Sultan Ahah Shah di Istana Pahang di sini, semalam untuk menyampaikan perkhabaran tersebut kepada baginda yang menjadi Presiden AFC dari 1994 hingga 2002.

Menurut laman web AFC, anugerah akan disampaikan kepada baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada majlis Anugerah Tahunan AFC di sebuah hotel terkemuka di sini pada 23 November ini.

Anugerah tersebut diberikan kepada individu yang memberi sumbangan ke arah pembangunan dan promosi sukan bola sepak di benua Asia.

Penerima anugerah sebelum ini termasuk Saburo Kawabuchi (2005), Joseph S Blatter (2006), Lennart Johannson (2007), Ken Naganuma (2008, selepas kematian), Jeneral Farouk Bouzo (2009) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (2010).(Sumber Utusan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan