Khamis, 13 Oktober 2011

joseph kallang tekad ratah kijang


Joseph tekad ratah Kijang SEKALIPUN berjaya membawa bekalan dua gol ke Kota Bharu malam esok, misi Terengganu belum berakhir sebaliknya semakin bersemangat untuk memburu jaringan biarpun sedar laluan berliku pasti hadir pada perlawanan suku akhir kedua nanti. Pemain tengah, Joseph Kalang Tie berkata, dia berserta rakan sepasukan sudah bertekad menyajikan aksi terbaik untuk merealisasikan impian ...ke separuh akhir. Menurut pemain yang menimba ilmu di Australia minggu lalu bersama skuad kebangsaan, baki 90 minit lagi bakal dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memburu jaringan dan seterusnya memastikan tiket ke separuh akhir terjamin. “Atas kertas kami mempunyai sedikit kelebihan, namun ini tidak bermakna kami akan mengamalkan corak bertahan, sebaliknya akan terus mempersembahkan corak menyerang. “Jurulatih, Irfan Bakti juga sudah mengingatkan pemain supaya terus mengasak kubu lawan bagi mencari jaringan dan bukannya bermain dengan corak bertahan,” katanya yang sedikit terasa tanpa Ismail Faruqi Ashari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan