Khamis, 30 Jun 2011

safiq rahim akan bermain di liga indonesia?

Kapten skuad kebangsaan,safiq rahim sedia berpindah ke liga indonesia selepas safiq dapat tawaran persib bandung.safiq rahim yang ingin mencari pengalaman bermain di liga indonesia mahu bermain di persib bandung walaupun beberapa kelab lain di indonesia mahu mendapatkan khidmatnya.safiq rahim yang mahu mengikuti jejak rakannya yang bermain di indonesia,safee sali.antara kelab lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat safiq ialah pelita jaya,sriwijaya fc,persija jakarta dan persiba balik papan.

Datuk K.Rajagopal mahu anak buah tunjuk aksi sebenar

JURULATIH kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengakuiyang anak-anak buahnya tidak mempamerkan rentak permainan sebenar ketika mereka menewaskan Taiwan 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Justeru pengendali berusia 55 tahun itu mahu para pemainnya kembali tampil dengan aksi sebenar yang lebih berdisiplin pada aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia di Stadium Perbandaran Taipei, Ahad ini.

"Kami bermula hambar pada 15 hingga 20 minit pertama dan tidak bermain secara agresif seperti biasa. Memang saya agak kecewa kerana selepas mendahului 2-0, barisan perta- hanan pula leka dan melakukan kesilapan mudah.

"Jadi saya mahu para pemain kembali kepada rentak sebenar permainan mereka apabila beraksi di tempat lawan pada Ahad ini.

"Saya lihat para pemain Taiwan cukup komited dan rajin pada perlawanan ini tetapi saya tetap yakin dan optimis kita akan dapat melakukan tugas dengan baik di Taipei.

"Cuma saya mahu para pemain jangan cepat hilang fokus dan main dengan lebih berdisiplin sepanjang 90 minit permainan," kata Rajagobal.

Skuad kebangsaan telah berlepas ke Taipei pada pagi semalam bagi menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat lawan itu.

Dengan penyerang utama, Safee Sali mungkin tidak sempat pulih daripada kecederaan hamstring tendon yang memaksanya dikeluarkan pada waktu rehat aksi malam kelmarin, Rajagobal mungkin terpaksa menggunakan 'senjata sulit' pasukan negara, Norshahrul Idlan Talaha.

"Saya akan buat dua atau tiga pertukaran pada kesebelasan utama berikutan masalah kecederaan dan prestasi pada aksi pertama ini.

"Saya harap Norshahrul sudah bersedia untuk diturunkan. Jika keadaan memerlukan, saya akan menurunkannya di Taipei," jelas Rajagobal.

Dua lagi pemain yang mungkin kembali dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya pada Ahad ini ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain pertahanan kanan, Mahali Jasuli.

Rabu, 29 Jun 2011

Keputusan malaysia vs taiwan

MALAYSIA 2-1 TAIWAN..

skuad olimpik ke slovakia

skuad olimpik malaysiaakan berlatih di slovakia hujung bulan 7ini dan mungkin akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan divisyen 1 liga slovakia.Skuad olimpik juga akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad olimpik republic czech dan austria.

Jumaat, 24 Jun 2011

Demam "Ngap Sayot" Melanda Sarawak

Sarawak Official Fan Club (S.A.D.I.E.H.A.F): Demam "Ngap Sayot" Melanda Sarawak: "Ngap Sayot Dibawah Kepimpinan Bos Awang Mahyan Ketika entri ini ditulis, saya merasakan bahawa slogan 'Ngap Sayot' benar-benar kembali..."

zaquan adha:kalau ada rezeki kenapa tidak..


Penyerang sensasi tanah air, Zaquan Adha Abdul Razak berazam membuktikan dia tidak kehilangan sentuhan berbisanya, meskipun menghabiskan tempoh masa lama untuk merawat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) berulang di lutut kanan.

Namanya mungkin tenggelam, malah seakan dilupakan terus peminat bolasepak tempatan, apatah lagi kelibat Zaquan yang membuat penampilan pertama selepas September 2010 pada Februari lalu, hanya dapat disaksikan 3 kali sahaja musim ini, sebelum kembali tersisih sejak 12 March lalu. 

Namun, di sebalik tahap keyakinan yang merudum, semangatnya tidak luntur, tetap membara dan Zaquan sedia menjadikan saingan Piala Malaysia yang dijangka bermula September depan, sebagai platform kembali mengegar arena bolasepak tempatan, seterusnya MEYAKINKAN BEBERAPA PASUKAN yang kini giat berusaha memancing khidmatnya.

“memang azam saya nak KEMBALI PERFORM macam dulu, tapi nak KEMBALIKAN TAHAP KEYAKINAN TU SUSAH, ia akan ambil masa, sebab selepas injury kali ni, saya TAKUT ia berulang lagi, tak nak la ia jadi balik, tapi saya TAK BOLEH LARI DARIPADA HAKIKAT, even doktor pun kata orang biasa pun boleh kena ACL, apatah lagi saya sebagai pemain. Memang kecewa bila ada orang pertikai kemampuan saya selepas ni, boleh lagi ke main, hebat lagi ke, tapi MENTAL SAYA KUAT, saya TAK PERNAH TERFIKIR NAK BERSARA AWAL, masih YAKIN DGN DIRI SENDIRI, saya akan BUKTIKAN..”. 

 Zaquan Adha
 “saya bersyukur, walaupun tahun ni main 3 kali sahaja, masih ada pasukan yang berminat, ada BEBERAPA PASUKAN contact saya tak boleh dedahkan, tapi saya masih ada kontrak, so tak elok bercakap pasal perkara ini, saya kena buktikan dulu pada Negeri Sembilan, dan kepada MEREKA bahawa saya ni MASIH MACAM DULU, BELUM KEHILANGAN SENTUHAN, susah nak buktikan kalau tak main, dan Piala Malaysia sasaran saya..”, jelas Zaquan dengan penuh semangat.

Tatkala identiti pasukan yang cuba melamarnya cuba dirahsiakan, Zaquan berkata sebagai seorang pemain professional, dia bukanlah terlalu memilih dan sedia mempertimbang tawaran mana-mana pasukan, dan ini pula respon Zaquan ketika ditanya pandangannya mengenai finalis Piala FA, serta pendahulu Liga Super, Kelantan.

“bagi saya, as a professional, mana-mana team OK. Dan Kelantan, team itu sangat-sangat professional, amat bagus, pengurusan yang cukup teratur dan bagus. Memang ada juga yang suruh saya berhijrah ke sana, dan mereka juga PERNAH OFFER saya, nak kata minat, MEMANG SAYA BERMINAT, dan KALAU REZEKI saya di Kelantan,  WHY NOT .. rezeki kita tak tahu, itu cerita akan datang tapi buat masa ni, majikan saya PBNS, dan saya patuh pada kontrak..”.

Aidil Zafuan akur tidak mudah bersaing rebut kesebelasan utama

Tamat sudah aksi kelayakan Olimpik, kini tumpuan terarah pula kepada persiapan skuad senior negara menjelang saingan getir Kelayakan Piala Dunia pusingan pertama menentang Taiwan 29 Jun depan.

Persepsi awal, aksi pusingan pertama, mungkin tidaklah sesukar mana apatah lagi Taiwan, pasukan di ranking ke-160 dunia dilihat bukanlah lawan yang mampu menghadirkan saingan hebat kepada Malaysia, yang masih lagi belum tewas sepanjang musim 2011 selepas menjuarai Piala AFF Suzuki hujung tahun lalu. 

Namun, bagi tonggak pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Razak, tanggapan sedemikian adalah salah. Aidil berpendapat skuad negara, tidak boleh memandang enteng cabaran Taiwan, memandangkan kekuatan mahupun kelemahan pasukan lawan tidak begitu diketahui, dan status sebagai pasukan kerdil itulah sebenarnya kelebihan buat Taiwan.

“kita tak pernah jumpa Taiwan, tak tahu kekuatan, tapi saya yakin coach Datuk Raja sudah mengkaji strategi dan taktikal lawan, dan akan menentukan formasi serta gameplan yg sesuai, kita akan stick to arahan coach, yg penting kena kekalkan performance supaya dapat bawa bekalan selesa..”. – Aidil Zafuan Abd. Razak.

Aidil yang mengalami kecederaan ringan ketika perlawanan persahabatan menentang Myanmar di Kota Bharu 18 Jun lalu, berkata kecederaannya sudah hampir pulih (luka sudah kering) dan sudahpun mula menjalani latihan ringan sejak beberapa hari lalu, dan menjangkakan jahitan akan dibuka dalam tempoh terdekat.

Menariknya, ketika Malaysia tewas kepada Bahrain (agg 1-4) pada aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2010, Aidil adalah salah seorang pemain yang beraksi pada perlawanan di Shah Alam, yang berkesudahan 0-0, di mana dia dilayangkan kad merah kerana mengasari Mahmood Abdul Rahman.

Justeru, perlawanan menentang Taiwan pada Rabu dan 3 Julai depan, pastinya mempunyai makna besar dalam karier Aidil, dan mahu dimanfaatkan sebaiknya pemain Negeri Sembilan ini - menjadi sebahagian daripada tonggak yang memacu kemaraan ke pusingan seterusnya, menentang Singapura yang sudah sedia menanti.

Apapun, Aidil sedar dia bukan pilihan automatik untuk mengisi kesebelasan utama Rajagobal, apatah lagi sejak mengalami kecederaan ACL pada final Piala Malaysia menentang Kelantan tahun lalu, pemain berusia 24 tahun ini tidak beraksi di mana-mana kejohanan kompetitif peringkat antarabangsa – tersisih dari skuad Piala Asia, Piala AFF Suzuki, dan hanya kembali ke skuad kebangsaan sejak 2 bulan lalu.

Dengan gandingan bidan terjun Piala AFF, Muslim Ahmad dan Fadhli Shas beraksi cemerlang bersama skuad Olimpik, dan kehadiran tonggak Kelantan Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Rosid, Aidil juga perlu bersaing dengan bek kental Perak, Hisyamudin Shaari untuk merebut kembali posisi pertahanan tengah.

“saya tersisih lama, AFF pun tak main, tapi takde masalah, peringkat awal memang persefahaman kami agak terjejas, tapi sekarang dah start pick up, kita training brsama, ada frenly game sume..so, sepatutnya takda masalah, cuma saya kena bekerja keraslah nak yakinkan coach, tengok semua tengah form, saya tahu bukan senang nak ada dalam first eleven..”.